28 February 2010

Emosi

Yes, aku tau semua perempuan mahu kan kau, tapi kau tak perlu la nak poyo dengan aku. Aku lalu je kau pun dan dan nak lalu. Bila aku tak lalu, tak der pulak kau nak sibuk sibuk jalan depan aku. aku tau la kau ni kononnya jejaka fantasi setiap wanita. Tak perlu kau nak poyo poyo.

Aku tau, orang kata kau hot la apa la, tapi tak payah kau nak poyo depan aku. Aku duduk jauh dari kau, tak kacau kau pun. Tp bila aku pandang kau, kau tengah pandang aku. Pe hal weyh?

Please Please Please, kamu jangan poyo la mat.

Kau  main main rambut kau semua. Rileks la Bro. Aku pun ada rambut kot, bukan kau sorang je. Kau ingat Kau Zac Efron ke? Aku la Zac Efron. Kau tersenyum senyum kat aku. Kau ingat aku gay ke apa?

Aku sakit hati la. Apa dia ingat dia hot sangat? Terkinja kinja depan aku, tersenyum senyum depan aku.


Lalu aku simpan cermin.


Aaahh lega.

 
 
P/S: mencabar betul jadi orang tampan kacak nie. haisshhhh..

26 February 2010

Replikasi Reverbasi Masturbasi

Aku sudah bosan. Serius. Midlife crisis? Another midlife crisis post…damn it…

Kau pula? Jangan berlakon. Sedarkah kehidupan kamu semakin bosan. Bangun pagi, pergi kelas, makan nasi soto, balik kelaas, makan lagi dan tidur. Kepada para pembaca yang masih takut pada tuhan, sertakan sembahyang di celah-celah aktiviti tadi. Kepada yang sudah berkahwin, sertakan pula senaman kongkek.

Kepada yang kurang takut, mereka bangun, minum kopi, sosial, mabuk, kongkek, tidur, bangun, kopi, sosial, mabuk, tidur.Esoknya, sama sahaja. Bangun, pergi kelas, makan, balik, tidur. Dan hujung minggu, rasa sedikit gembira kerana cuti dan tak payah bangun pagi. Sampailah kau gol. Mahu jadi ahli nuraka?

Pernahkan kau terfikir, adakah kehidupan ini secara keseluruhannya adalah proses pengulangan abadi? Perhati di kampus kau lebih-lebih lagi di FK (nama glamour fakultas kedokteran). Semuanya adalah pengulangan. Mungkin nombor atau tulisan yang berubah. Rule tetap sama. Formula tetap sama. Proses tetap sama. Tetapi, makian dosen kau mungkin berubah, daripada dia marah kau ‘bangun la woi, tidur aja kau..” kepada “bodoh laknat” atau “bebal cam lembu”, tetapi proses makian tetap berulang.

Musik? Mmm…sama juga. Muzik sama diulang-ulang dilaung-laung dan diadun dengan melodi citrawarna sedikit. D major, C minor, G gurindam, apa-apa la akan berterusan. Ketuk-ketuk drum sikit. Goreng-goreng  gitar sikitt. Habis cerita. Lirik? Ahhh kacang. Ulanglah perkataan cinta sayu sedih mati kanser barah otak, mati kanser sum-sum tulang, putus cinta banyak kali, tentang lelaki kesepian dan kegersangan, sure meletup. Ohh itu lagu melayu. Kalau lagu bahasa lain, elemen-elemen cinta sayu sedih mati tidaklah seperit lagu melayu. Aku peminat musik indon, peminat hardcore betul. Wali! Wali! Shit bosan.

Traffic jammed pun sama. Masuk simpang, kete,angkot, becak penuh atas jalan, mengeluh, pasang radio, tekan-tekan hon berbagai nada, menyelit sana sini, lepas 1 jam baru sampai rumah. Kau mengeluh macam mane pun, traffic jammed tetap wujud. Takkan ade perubahan pun. Pusing-pusing mana pun jammed juga. Esok pun sama. Lain lah, kau mansuhkan kewujudan angkot dan becak atas jalan di Medan ini, disitu barulah terdapat keamanan.

Politik pula. Saya tidak mahu bercerita panjang. Dahulu seorang menabur janji. Seorang lagi menyangkal menyelar memberitahu dunia dan negara mereka adalah lebih baik. Kemudian menang menjadi ahli politik dan meneruskan tugas seperti ahli politik yg pertama tadi. Sama sahaja. Negara pun jadi kucar-kacir, tahu makan duit haram sahaja. Fack kiu.

Seks? Haaa, apa senyum-senyum. Dah-dah, aku tak ingin berlucah disini. Faham-faham kaulah. Kata sudah besar panjang, baligh pun sudah. Ya bukan? Repetition juga la pendek kata. Exam? AF? EPL? Lampu trafik? Putaran bumi? Nasi soto? Sebutkan apa saja.

Jadi, untuk pengajaran hari ini, kau janganlah mengeluh. Kalau kau rasa hidup kau sumpah membosankan, terimalah fakta bahawa dunia ini adalah tempat pengulangan. Seperti seks, jika pengulangan, kau itu kena pandai bajet pada masa dan bijak digunakan, tengok kalendar dan tanda hari yang berkenaan yang dirasakan subur dan sesuai ataupun buat reminder di handset, pasti hidup kau tidak sebosan mana.

Terimalah kebosanan pengulangan dengan hati yang terbuka. Kalau dosen kau suka maki kau bodoh baghal setiap hari, pasti satu hari nanti kau akan rase makiannya semakin hari semakin membosankan, lalu seterusnya kau akan rase hidup kamu akan lebih ceria walau dimaki seteruk mana. Kalau kau sudah bosan menghadap buku setiap hari kerana materi pengajaran kuliah sudah habis semata-mata untuk bersedia menjawab ujian yang tak lama lagi, last minute punya pasal. Dan mengenangkan mungkin result ujian yang lepas macam haram. Kau secara spontan akan study lebih gigih. Hanya golongan-golongan terpilih yg bijak dan kacak seperti penulis kacak ini mudah menyedari hal sedemikian. Jadi, hargailah pengulangan.

Aku rasa myelin sheath dalam saraf otak aku sudah koyak. Study bagai nak mati.
Aku nak sambung perjuangan, study la woooiiiii! Kau tu sudah la bodoh. Berlagak pula.

Bye.

23 February 2010

Tuntutlah ilmu sampai negara China..

Oh aku sekarang tengah sibuk macam lipas kudung, sungguh kelam kabut. Sepurnama lagu mahu exam, lebih kurang lagi satu minggu. damn. Belajar dalam bab-bab medik ini sumpah susah, tiada sikit pun yang senang. Tapi cita-cita masa kecik nak jadi dokter. Kemahuan jadi bomba dan polis ditolak ketepi. Itu cita-cita budak yang belum matang sikit sikit bomba, sikit sikit polis, biasala belum mumayiz lagi masa itu. Inilah padahnya dulu-dulu rajen sangat tengok rancangan MedikTV kat tv3 setiap hari sabtu. Buku fisiologi, histologi, dan seangkatan yang laen, aku rasa macam nak buat masak kicap sahaja. Kalau direbus, tak terminum aku nanti.

Biasalah tertekan, memang macam ini. tapi aku ade masa lagi nak tulis kat blog ni. Lagilah macam membuang masa. Aku cuba mencari alasan, mungkin boleh lepaskan tekanan dengan tulis apa-apa. Kononlah.. Ceh poodah!

Orang dulukala pernah berhikayat, tuntutlah ilmu sampai ke negara china. Aku sekarang tersesat di negara indonesia, jauh lari target. Aku tak kesah pun, yang penting niat. Setiap pekerjaan dimulakan dengan niat , barulah mendapat keberkatan dalam hidup.Teringat masa yang diluangkan bersama kaum kerabat keluarga di rumah masa cuti winter yang lepas, aku meluahkan perasaan pada mama.


"Mama,maafkan fayadh sebab tak boleh study sampai ke negara China, Indonesia sahaja yang boleh go mama.. minta maaf banyak-banyak.."

"Oh takpe anakku sayang.. fayadh sudah cuba yang terbaek kan? Indonesia pun ok ape.. tak payah la mama kena hantar duit banyak-banyak..semua murah bukan?"


Perbualan diatas cuma ditokok tambah, mama aku tak kedekut macam korang. Dia baek, baek sangat-sangat. Berbalik kepada exam, aku cuba buat bersungguh. Kali ini aku bukan cakap lebat, cuma agak poyo sahaja. Baca hari ini, besok lupa. baca hari besok, lusa lupa. Inikah lumrah manusia? diciptakan untuk lupa sentiasa. Baca buku, tutup buku, dan akhir sekali wak lu! betul-betul mencabar emosi dan perasaan hati manusia. Aku sekarang bukanlah tengah beremosi.


37 – B

41 – C

42 – C

47 – D


Apa yang kau fikir bila tengok nombor atas nie? Size bra? Celaka. Ingat aku tahu itu sahaja kah? Ini berkemungkinan nombor-nombor soalan yang bakal ditanya oleh rakan di dalam dewan peperiksaan nanti. Soalan yang tak sempat dijawab di hujung- hujung waktu yang diberi kian tamat. Aku sudah masak ranum dengan perangai budak-budak sekarang, mahu tiru sahaja, berusaha malas nak mampos. Aku nak sambung belajar ( inilah contoh orang yang kuat berusaha). Tiru macam saya.