27 November 2010

Cubaan bunuh diri Dr. Rozmey.


Kini sudah terciptanya sejarah,, munculnya idea, corak pemikiran dan aspirasi dari seseorang yang sepatutnya kita jadikan idola. Setakat ini sudah hampir 39 juta orang yang tengok filem beliau ! Lagi 1 juta nak capai target beb. Reaksi penonton memang diluar jangkaan, Seperti kata beliau;

" Inilah filem melayu pertama yang ditayangkan serentak di seluruh panggung wayang Malaysia. "

Filem melayu pertama? Lu punya filem? Syabas Dr. Rozmey syabas!

REVIEWS:

1. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS);

" .. kami cukup berasa bangga. Kerana apa? Kerana inilah hala tuju industri filem yang kita mahu. Kalau usaha seperti Dr. Rozmey ini diteruskan, nescaya filem-filem kita akan mendapat perhatian di mata dunia. Ramai orang cakap, seniman negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kita sukar dicari ganti, tapi sekarang? Ternyata telah lahirnya seniman baru (Dr. Rozmey) dalam industri perfileman Malaya dan mula mencipta lagendanya tersendiri..Ini baru sahaja permulaan bagi segalanya.. "

2. Suara Keadilan;

"..Kerajaan Malaysia (Barisan Nasional) pada masa sekarang perlu ambil perhatian, sepatutnya filem ini diharamkan serta merta! banyak unsur-unsur entah apa-apa yang boleh mempengaruhi umat Islam di Malaysia. Khurafat, Freemason, Illuminati dan segala macam. Kalau sudah macam ni, macam mana nak bangunkan ukhwah Islam yang cemerlang? Mentaliti seperti ini yang sebenarnya kita kena buang.. "

3. Datuk Yusof Haslam;

"..eleh Rozmey, lu ni poyo macam pundek lah. Gua yang otai ni, relaks aja. Gua punya filem Gerak Khas lagi best dari lu punya filem laa cibai. Lu nak buat sibuk-sibuk buat pengumuman ala-ala penyimpan mohor besar raja pasal apa? Serabut betul.."

4. Michael Bay;

(terjemahan bahasa melayu)  "..cheq tak mau komen banyak-banyak, dia punya efek dalam filem tu macam cannot go la, tak sesuai. Mai sini cheq nak habaq sikit naa, bukan nak kutuk ka apa, nanti tak pasai-pasai cheq kena balun dengan Dr. Rozmey. LOL. Haa laa ni Rozmey, hang pasni toksah la buat filem lagi laa, bazir duit aja haih.. baik hang pi sedekah duit kat anak yatim. Besar pahala dapat. Ye tak? Peace yaww.."

5. Daily Mail;

"..the most hillarious film in the world! Thumbs up!.."

6. J. K Rowling;

"..hmmm i rasa, i nak ambil inspirasi filem 2 Alam tuh sebagai karya i seterusnya. fyi (for your information) i sudah dapat permission from Dr. Rozmey sendiri. So for the next 4 month after the last tayangan of Harry Potter & The Deathly Hallows part II,, i will start writing a new book, maybe akan di adaptasi juga ke layar perak, who's know right? 2 Alam and The Rozmey's Stone? kelass gitu..Avadra Kadavra ! .."

7. Ikmal Fayadh;

"..saya memang peminat setia Abang Rozmey @ Mey. Saya selalu follow up dia punya perkembangan karier. Saya jadikan kegigihan dia sebagai motivasi diri sendiri untuk terus maju, cemerlang dan gemilang. Walaupun dia dicaci maki, dan di fuck sana sini dengan orang ramai yang tak berpuas hati. Celah mana tak puas hati tak tahu lah.. Apa pun yang terjadi, i will always support you Abang Rozmey ! XOXO ! .."

****

Hebat gaya rambut bukan bermaksud hebat dalam segala-galanya.


LAGI TENTANG DR. ROZMEY

20 November 2010

Dilema seorang lelaki; Kebesaran.

My body is wonderland.


Yes.


I have this 'love-hate relationship' with my body. Body i ni adalah seorang gadis (yes, i'm a straight guy yang kacak, macho dan bergaya but my body is a gadis) yang sensitif.


Tak semua lelaki didunia ini seperti i, punya kesedaran untuk selalu jaga dan maintain body shape. Push up 500 kali sehari dan berlari 20 kilometer ulang alik kampus. Itu semua takda masalah.


Tapi..


Everytime i buat tak tau pasal dia, mesti dia merajuk. Gedik tak tentu hala. Bila dia merajuk, mulalah nak besar sana, besar sini, tambah lemak sana, tambah lemak sini, mula lah besarkan perut supaya seluar tak muat, lepas tu buat i rasa guilty. Kecewa dan menyesal. Stress betul.


So terpaksalah i pujuk dia, i kena bawak dia main futsal la setiap malam minggu, belikan makanan dan minuman yang sedap-sedap tapi mahal dan rendah kalori (dia memang jaga badan gila gila) seperti chicken salad, jus tembikai, apple pie, pumpkin pudding, popia pisang dan tempe goreng (ini bila sudah sengkek sebab hari- hari makan kedai mahal).


Memang mengada sungguh! Lepas i dah penat pujuk dia ni, i pun perlukan space okay! asyik-asyik dengan dia aja. i pun nak jugak keluar dengan my friends malam-malam, nak makan nasi lemak, makan KFC, minum Ice blended, tengok wayang sambil makan popcorn caramel. 


TAKKAN TAK BOLEH?! i PERLUKAN RUANG! Please lah faham.


But everytime i buat benda-benda yang dia tak suka seperti itu, dia akan merajuk. Mula lah nak masam muka, besar perut. Mulalah dia tak nak masuk dalam seluar dan baju baju i. Mengada betul tau! Benci benci benci.


Sudah lah, i pun perlu tidur awal malam ni, esok pagi nak bawak dia pergi jogging, nak tengok sunrise katanya.


Body i memang queen control. 


p.s: tapi.. teman wanita i lagilah queen control! Seriously tak tipu. Ahakz




Goodnight Medan. 

17 November 2010