25 February 2011

Warkah untuk Emak

Dear Emak ku sayang,

Mak. Fayadh tak ada duit. Nak duit sikit, boleh? Sorry. Lupa tanya khabar. Mak sihat? I hope this letter finds you in the pink of health (Inilah apa fayadh belajar masa sekolah menengah dulu.)

Kawan-kawan Fayadh semua ada i phone, paling cikai pun at least ada phone skrin sentuh sentuh. Online bukak facebook pakai phone je. Jelez gila. Fayadh terpaksa guna laptop kawan untuk 'Facebooking'. Mak, kenapa tak buat akaun fesbuk? Kalau tak, boleh kita main Texas Hold 'Em Poker sama-sama. Gambar-gambar fesbuk fayadh pun tak ada yang baru. Kamera ada, USB cable pulak tak ada. Buat rugi je fayadh camwhore sorang-sorang dalam bilik.

Bilik fayadh pun panas gila. Macam sauna. Main-main je lah! Tak ada la macam sauna. Tak logik la. Lagi panas dari sauna sebenarnya. Cakap kat ayah mintak tolong poskan air-cond yang besar sekali dari malaysia, jenama toshiba lagi bagus. Baru stailo kalau dalam bilik suhu mencapai takat beku.

Universiti macam biasa la. Setiap kali lepas kelas fayadh lepak dengan kawan-kawan dekat kantin, borak-borak aja. Tak ada duit nak makan. Fayadh pun dah kurus sikit. Orang ingatkan Fayadh ni Zac Efron. Frust tau.

Perak apa khabar? Fayadh dengar selalu hujan. Biasa la tu. Perak 'menangis' sebab Fayadh tak ada. Haha. Tapi mungkin nangis dengan tears of joy. Celaka. Ops sorry.

Mak kenal tak perempuan nama Eton? Fayadh pun tak kenal. Saja tanya. Tak ada kerja.

Sekarang Fayadh dekat rumah kawan. Tadi pergi jalan-jalan petang. Best wo. (Tak ada benda interesting yang nak diceritakan pasal jalan-jalan) Lepas tu kiteorang pergi Indomaret (persis 7E) beli air oren. Lama tak minum air oren. Mak tau tak air oren ada banyak Vitamin C? Vitamin C bagus untuk kesihatan. Mak kena banyak minum air oren.

Air oren tu sebenarnya--- alamak. Battery laptop (kawan) dah low la. Nanti bila kita jumpa, kita sembang pasal air oren dan Vitamin C okay? Bye bye.


P/S: Sayang mak sangat-sangat. Jangan lupa bagi duit.

13 February 2011

Maafkan saya Lisa..



Maafkan saya Lisa Surihani, saya tahu awak mahukan saya gila babi. Saya pun tahu saya lelaki paling hot dan sexy yang pernah awak jumpa. Mestilah awak tak mau lepaskan saya bukan? Tapi..terlalu banyak halangan untuk kita tempuhi bersama.

 Halangan keluarga, tentang hati dan perasaan..buat saya serabut. Mungkin kita perlu ambil masa sedikit lagi. Tak perlu nak cepat-cepat ajak saya kahwin. Maafkan..saya belum bersedia lagi untuk semua itu. 

Harap awak boleh terima kenyataan. Buat masa ini, saya anggap awak teman saya. Teman tapi mesra.. :-)  

10 February 2011

Catatan untuk perempuan marhaen.



Untuk perempuan, mungkin maklum bahawa telanjang itu bagi lelaki adalah syurga mata, yang boleh merangsang nafsu. Namun si perempuan sering terlupa melihat bagaimana telanjang itu di takrifkan oleh fikiran si lelaki. Untuk semua lelaki di dunia, maksud aku seluruhnya, percaya bahawa telanjang itu adalah tubuh yang tanpa pakaian biar sehelai benang. 

Biar tidak semuanya, tapi kebanyakkan lelaki juga menafsirkan telanjang itu adalah pakaian yang hanya menutup tetek juga lurah di antara pusat dan peha. Lebih 90.1234 % dari jumlah kebanyakan itu pula melebarkan takrif telanjang dengan memasukkan perempuan-perempuan yang berpakaian ketat, menampakkan mengkal tetek juga lebar punggung mereka.

Kata kuncinya ialah imaginasi. Imaginasi sang lelaki kuat. Cukup mata mereka sekadar melihat dada montok perempuan itu melalui baju ketat, selebihnya imaginasi mereka yang akan menanggalkan satu persatu pakaian perempuan tersebut hingga imaginasi mereka berkata;



" Perempuan ini sudah aku telanjangkan.." 


Cukup berbahaya.

Ada segolongan kecil lelaki menakrifkan telanjang pula itu sama dengan perempuan, Dan perempuan itu sama dengan telanjang. Yes, golongan ini memang cukup mengelirukan. Tidak kira perempuan itu guna purdah atau guna bikini. Sama aja. Semuanya telanjang bagi mereka. Golongan kecil inilah yang sering telibat dalam jenayah seks berat. Mereka ini adalah golongan sakit jiwa dimana mereka tidak mampu mengguna imaginasi mereka. Malang.

Jadi, bagi si perempuan, jangan hanya melihat senyum manis si lelaki juga renungan manja mereka. Cuba lihat dan dalami imaginasi mereka. Apa kata imaginasi mereka berkenaan telanjang. Lain lelaki, lain takrif telanjang. Untuk aku, aku ini golongan sederhana imaginasi, tidak terlalu kuat, tidak pula terlalu sedikit. Jadi jika jumpa aku, pastikan pakai pakaian yang melebihi sederhana. Tidak di tengah-tengah. Hehehe.



Bagi si lelaki, jaga mata kamu-kamu semua dengan baik. Gunakan dengan akal dan bukan turut nafsu. Ingatlah, sekali terpandang tanpa berkelip itu rezeki, bersyukur. Tapi bila 2 atau 3 atau 4 kali pandang berkelip-kelip. Potensi untuk ke neraka amatlah cerah.


p/s I: aku bosan bahasakan diri sendiri 'i'. Macam gampang bila baca balik.
p/s II: Ooh ya, ini blog aku, bukan blog ayah kamu. Terima kasih. :-)