Semalam, selepas berbuka puasa, bersantai seketika di ruang tamu.
Kipas siling aku kasi pusing maksimum. Panas. Makanan kat esofagus ni pun belum habis turun lagi. Ain, adik perempuan aku darjah 3 yang sebelumnya duduk di atas sofa tiba-tiba bersuara;
" Bang fayadh, nak main teka teki tak? " tanya dia.
" Teka-teki? Okay. No problem. Apa ada hal. Apa dia?? " jawab aku yakin.
" Daaaalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang pandai mengaji? " tanya ain lagi.
Aku tersentak dan terdiam. Dalam otak dah bergolak berfikir.
Apa kejadahnya ini. Aku mintak ihsan tambah masa untuk menjawab dalam 2 minit.
Ain cuma senyum sinis. "Okay, 2 minit tambah" katanya sambil angguk kepala.
Aku tak nak putus asa. Masih berfikir.
Dulu, sekolah rendah, aku lah champion dalam bab teka-teki ni. Jangan main-main.
Boleh jadi wakil negeri perak pergi battle teka-teki dalam peringkat kebangsaan majlis sukan sekolah malaysia - MSSM.
Ain beri peringatan yang masa 2 minit sudah makin hampir.
" Ish..tak boleh jadi ni. Ada ke binatang power sangat sampai pandai mengaji? Celaka. " gomel aku dalam hati.
" Okay, abang give up! tak tahu.. Apa binatang tu?? " tanya aku pasrah.
" Serigala." ain jawab ringkas.
" Eh kenapa pulak? "
" Sebab, aaaaaauuuuuuuu... zubillahi minash shaitan nir rajim.."
Ain terus ketawa berdekah-dekah macam kena rasuk. Aku berlari masuk bilik tanda protes dengan jawapan teka-teki tersebut. Batinku hanya mampu berkata, " Cibai betul. "
Aku yakin, adik Adiputra yang hebat, pandai, otak geliga, IQ tinggi dan genius itu pun boleh terkial-kial kalau nak jawab soalan teka-teki macam ni. Pasti.
15 August 2012
10 August 2012
Emosi
Setiap tempat yang beratap boleh berubah jadi istana.
Baju dan seluar yang terbaik adalah yang anti cuaca.
Tidur adalah berbaring dengan tenang dan memejamkan mata.
Setiap tempat berpagar boleh saja berubah menjadi negara.
Lamunan yang terbaik adalah lamunan tentang...
you know, Lisa Surihani.
Tapi sesungguhnya,
" Siapa lagi yang memerlukan imaginasi, jika kita sudah punya tv? "
Tapi situasi aku sekarang,
Sudah punya tv, tapi cerita macam haram tak best.
Pasal sinetron dan movie blokbuster yang sudah ulang tayang beratus kali.
Program komedi yang bangang tak lawak mana pun, kecuali
part yang ada sorang awek seksi naik pentas gelek-gelek pinggul
dan goyangkan dadanya.
dan sesungguhnya,
" Ikut hati mahu saja aku terajang tv ni sampai pecah berkecai. "

02 July 2012
Awek cun seksi jam 3!
Cuti sekolah beberapa tahun lalu. Aku, Joe/Jo serta beberapa kawan lain, Hakim dan Iman dah set nak pergi piknik dan berbabecue kat pantai Teluk Batik hujung minggu. Merapatkan ukhwah orang cakap. Joe atau Jo, entah aku pun tak tahu ejaan mana satu yang betul. Sial, nickname nak fancy je.
" Pssstt... lu orang cuba tengok awek amoi pakai bikini kaler hitam hujung sana tuuu.."
bisik Iman perlahan sambil mulutnya muncung ke arah awek yang ditunjuknya.
" Pergh! Mantaapp. Gua chop tu! hihihi." bisik Hakim tersengih-sengih.
Kami sebelumnya da siap pakai kacamata hitam. Baru line clear. Sambil kunyah nasi dan ratah ayam, kami teruskan usha awek amoi tersebut dan masing-masing senyum sendirian.Nikmat sungguh.
" Pssstt... ada awek cun seksi lagi. Jam 3. Cepat-cepat!" kata Joe/Jo dengan serius.
Dengan sepantas kilat, semua beralih pandangan mencari target baru yang telah dikesan.
" Mana awek yang lu cakap tu tadi? Pokok kelapa ada la woi.." kata Iman. Bingung.
" Laaa.. gua kan da cakap jam 3, cuba lu tengok betul-betul " jelas Joe/Jo dengan yakin.
" Apa kejadahnya, tak ada pun.." kata Hakim sambil matanya masih tercari-cari dengan lebih teliti.
" Itulah, lu orang semua lambat.. tengok jam gua ni hah! Da pukul 3.02 minit pun. Memang lah awek tu da hilang.. " kata Joe/Jo sambil menunjukkan jam tangan digital jenama casio milik dia.
Keadaan seolah-olah menjadi sunyi buat seketika. Kami merenung dalam-dalam mata Joe/Jo dengan tajam. Dia kusyuk mengunyah dan mulutnya masih penuh dengan makanan. Beberapa saat kemudian;
" Babi lu!!! " jerit Hakim.
*****
Petang tersebut, Joe/Jo mandi laut dengan masih berseluar jeans, berbaju, berkacamata hitam Rayban dan dengan ayam masih ditangannya. Hal yang berkaitan awek-awek cun seksi ni jangan buat main-main. Sikit pun memang tak ada tolak ansur.

Subscribe to:
Posts (Atom)