20 April 2012

Godaan Lisa Surihani -episod I

* * * * *
Jam menunjukkan hampir pukul 8.50 pagi. Matahari masih malu-malu mahu menunjukkan diri. Udara dingin terasa tebal kerana hujan sangat lebat malam tadi. Basah dan lembap. Kedengaran suara beberapa anak-anak kecil ghairah mengejar rama-rama yang berterbangan berhampiran air pancut di tengah Taman Bunga Rashidah Utama. Aku segera mencari bangku kosong untuk duduk, penat berjoging di sekitar 2 blok berdekatan belum hilang lagi.

Tiba-tiba aku tertegun. Disana sayup-sayup dari jauh, di arah seberang Taman Bunga Rashidah Utama sebelah timur,terdengar suara jeritan memanggil nama aku. Tapi selintas saja. Jeritan diputuskan oleh bunyi hiruk pikuk kenderaan bermotor lalu-lalang. Sibuk. Kemudian hening seketika...

Aku menegakkan kepala, mataku mulai liar. Ku hadapkan badan ke timur, ke arah tempat jeritan datang.

Dari jauh terlihat kabur kelibat manusia berlari ke arahku, lariannya kencang sambil menjerit namaku. Dan ketika dia sampai di jalan pertemuan antara jalan masuk Taman Bunga Rashidah Utama dan jalan raya, dia berhenti sebentar, seolah-olah berpikir. Kelihatan penat. Kemudian terus melangkah berjalan kepadaku.

Ya benar, dia Lisa Surihani.
Gadis yang pernah bertakhta dalam hatiku ketika suatu masa dahulu.
Masih ayu dan menawan sepertimana seharusnya.
Rambutnya dibiar panjang mengurai, rapi melepasi bahu.
Warna bibir seperti buah ceri, nampak ranum.
Pipinya putih mulus, gebu.
Senyumannya yang manis. Semanis kurma.
Terlalu cantik untuk seorang perempuan.
Bisa saja bunga-bunga di taman ini terus tertunduk layu, malu dan kalah dengan kecantikkan punya si dia.

[ bersambung... ]

16 April 2012

Publisiti, demokrasi, dan syok sendiri.

"Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi."

Kononnya kaum kerabat mereka paling hebat,
sebelum ini sembang kencang serupa angin taufan.
Kononnya mahu menegakkan dan menyebarkan dakwah islam itu dan ini,
tapi ada segelintir dari mereka juga yang menjatuhkan saudara islam sendiri
dengan caci maki sana dan sini.

Hubungan antara manusia itu tak akan boleh berdiri dengan masa yang singkat.
Ketika sesak perlukan orang di sekeliling, mula lah merata meraih simpati berkati-kati.
Jangan nak terlalu berharap, walaupun harapan setinggi gunung. Sebab apa?
Hubungan antara manusia tak berjalan seperti itu sama sekali.

"Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat."

Betapa cantiknya orang tua kita dahulu mengambarkan kepentingan permuafakatan,
persepakatan, dan istilah yang sering dilaung-laungkan hari ini
iaitu perpaduan.

Hidup ini perlukan semua orang.
Kalau mahu sorang-sorang, tempat kamu dalam hutan sana.

p/s: Aku ingat nak try berkecimpung dalam dunia politik bila sudah besar nanti, aku target majoriti yang mengundi  aku dari gadis dan wanita. Golongan mereka paling ramai dari lelaki sekarang. Dengan kelebihan yang aku ada, sebagai contoh muka aku macam Aaron Aziz, berkaliber, berjiwa kepimpinan, penuh dengan budi pekerti, apa lagi kamu mahu? Aku yakin chance menang dalam  pilihanraya sangat tinggi. 99 persen mungkin.

Amacam? kahkahkah!  .

12 April 2012

Fatih budak jahat.

Fatih salah sorang kawan aku dalam kelas 4 Pintar sekitar tahun 2000. Muka bujur telur, hitam manis, rambut kerinting, telinga agak capang dan perangai yang selalu bajet hero. Kelas aku dalam ranking kelas budak-budak cerdik pandai. Kira okay lah tu kan, takde nampak bangang sangat. Dalam kelas terbahagi kepada beberapa geng. Geng Otai yang nakal serupa syaitan nirojjim, Geng Skema, dan Geng Baik yang terdiri dari pengawas sekolah dan pusat sumber, kuat mengampu cikgu juga.

Sifat berpuak-puak dan assabiyah ini sering membawa kepada pergaduhan dan berbalah antara geng. Itu perkara biasa. Cibai, sudah macam dalam filem KL Gangster .
Mengeluarkan kata-kata kasar atau kesat masa bergaduh nampak macam sudah besar habis, dan boleh mengentarkan pihak lawan, padahal ada yang sesetengah ahli geng tu belum sunat, apa lagi tumbuh rambut pubis.

" Siapa amik pensil shaker aku, pastu tak pulangkan, maka mak dia hitam! "

" Diamlah kau, dah la jongang macam arnab, gemuk macam babi. haha " - sambil lompat-lompat arnab dan mendengus serupa babi serentak untuk tambah efek.

Fatih, antara jaguh dalam pergaduhan. Kalau lawan mulut mencarut dengan dia memang takde chance nak menang. Jangan cuba-cuba cari masalah. Sudah berapa kali dia buat budak perempuan menangis teresak-esak. Nama pun otai. Ada satu hari, aku buat apa entah sampai dia bengang. Dia terus ejek nama ayah aku.

 Rosalinda ay amour.. ay amour~ "

Rosalinda ialah satu drama telenovela dari negara Mexico tayang kat TV3 setiap hari isnin sampai khamis pukul 3 petang. Sangat hits pada tahun 2000 ketika itu. Nama ayah aku Roszaind. Dia panggil aku Ikmal Fayadh bin Rosalinda, sambil nyanyi lagu tema telenovela Rosalinda tersebut dan gelek-gelek menari tarian Mexico. Macam lancau.


Mau seminggu juga lah diejek. Aku buat bodoh. Tiba-tiba satu hari dia datang dekat;

" Payad, jom lawan pemadam. Aku baru beli pemadam baru.. " kata Fatih.

" Siapa kalah kena bagi terus pemadam dia. Game sampai 5. Jom! " jawab aku.

Kecik-kecik sudah pandai berjudi. Nauzubillah. Lepas itu, dia tak panggil nama ayah aku Rosalinda sampai habis sekolah rendah. Tapi sekarang entah kat mana dia aku tak tahulah, moga-moga menjadi manusia yang berguna dalam masyarakat. Oh ya, siapa yang tak tahu lawan pemadam tu apa, zaman sekolah kau memang sangat membosankan.