30 April 2010

Tumbuk Rusok

Penulis yang kacak bergaya ini bukanlah seorang pelajar jurusan sosio politik, tak pernah ikut dengar ceramah parti-parti politik, tak pernah langsung berkempen disana-sini apatah lagi memancing undi, Tapi! memancing aweks pernah lah. Sekadar mahu berkongsi, aku rasa semua manusia sudah tahu,di dalam apa agama sekalipun, rasuah dianggap boleh meruntuhkan moraliti manusia selain dari penzinaan. Begitu juga dalam Islam, pemberian rasuah adalah sama dosanya seperti penerima rasuah. Sama-sama berdosa.

Demikian juga dalam undang-undang negara. Pemberi dan penerima boleh didakwa di mahkamah. Kecuali jika urusniaga rasuah tersebut adalah sebahagian dari pelan-pelan agung BPR *bukan bumiputera rockers* . Ada kes dimana pemberi rasuah itu dengan sengaja memerangkap penerima rasuah tersebut. Terima kasih kepada media. Cuma kau orang, jika boleh gemburkanlah sedikit kes-kes sebegini. Letaklah di muka surat depan. Maklumlah rakyat Malaysia lebih mengutamakan berita Mawi membela anak kucing yang baru atau kucing beliau jatuh sakit akibat kurang perhatian. Ini kisah Mawi jalan-jalan naek kuda pun masuk! Ada ka patut? Maaaacam cibai. Jarang untuk terperasan berita-berita yang kecil seperti rasuah. Baru ahli-ahli korap dan korup tahu apa akibatnya. Bagi mereka malu sedikit.

Tetapi berlainan pula dengan realiti di negara kita. Mereka lebih suka mendakwa pemberi rasuah. Penerimanya dibiarkan bersuka ria , berjoli katak sakan dengan duit haram. Amboi.. hampas sungguh. Sebagai contoh, pilihanraya MT parti pemerintah. Kenapa hanya pemberi sahaja yang kena. Kenapa pemberi sahaja yang menjadi mangsa mahkamah. Penerimanya ke mana pula?

Cuba kau fikirkan….kenapa ya?

Jika penerima-penerima rasuah juga didakwa sama, habis jahanam punah lah parti. Habis hancur satu parti, semua kena dakwa, sampaikan ahli-ahli  yang tukang menampal poster atau tukang laung pun kena dakwa. Mereka mungkin terpaksa mengadakan satu lagi perarakan politik untuk menarik ahli baru. Kempen ‘ahli keluarga-cucu cicit ku Ahli Parti’ akan bermula.

Sebenarnya pemimpin kita bijak. Sumpah bijak. Tahu sahaja dimana lubang-lubang duit. Bijak dalam hal-hal duit. Wang perbelanjaan yang dijimatkan boleh digunakan untuk membayar artis-artis popular seperti Mawi (mawi lagi? wtf) yang akan dijemput untuk memeriahkan sambutan ulangtahun parti atau majlis-majlis  yang dianjurkan kerajaan. Mereka amat tahu dengan isu kehausan rakyat negara kita terhadap hiburan-hiburan. Mungkin selepas ini ada pertandingan seperti Parti Idol untuk menunjukkan mereka mempunyai citarasa yang sejajar dengan rakyat. 1 Malaysia. Sekaligus, terbukti kepekaan mereka terhadap kehendak citarasa rakyat. Peka sungguh parti pemerintah.

Masa yang dijimatkan boleh digunakan untuk memasak dodol durian berperisa strawberi yang terbesar di dunia bagi menarik pelancong dari timur tengah yang semakin syok gila-gila untuk berbelanja di Malaysia. Dengar-dengar gosip, mereka tidak punyai kebebasan yang secukupnya untuk berbelanja di negara mereka sendiri. Tidak hairanlah, berpusu-pusu pelancong dari negara-negara arab bersekutu mahupun tidak bersekutu datang ke sini. Yang peliknya dikatakan mereka berasal dari negara Islam, lagi pelik bila melihat rakyat mereka. Perempuannya berpurdah, tutup habis semua, hanya nampak mata sahaja. Lelakinya pula mesti memakai seluar pendek sambil memegang kamera digital yang paling mahal yang ada di pasaran. Okay, yang ini memang takda kaitan.


( narasumber; Google )


Adakah isu menarik lebih banyak pelancong lebih penting dari masalah rasuah? Janganlah nanti sudah jadi macam negara India, China, atau Indonesia, barulah tergedik nak masukkan isu rasuah dalam agenda RMK.

Malaysia boleh!
Boleh barai…Waspadalah..

27 April 2010

Tribute to Ayah Pin.

Aku kehabisan modal. Aku sebenarnya mahu bercerita mengenai bomoh yang mendapat pelbagai gelaran. (ie: Ayah Pin). Ada yang mengaku Al hafiz, Prof, Dr, Tok Sakti …yang peliknya komuniti kita mudah mempercayai mereka berserta gelaran-gelaran mereka. Bukan susah untuk mengesahkan samada gelaran-gelaran itu benar atau tidak.


"Kiss me baby.." kata Papa Pin.


Kalau beliau mengaku Tok Sakti, suruh aja dia sembuhkan orang yang buta atau pekak tuli..takpun sembuhkan aja orang yang kena AIDS.. kalau mengaku Al Hafiz, suruh beliau membaca beberapa surah dari Quran. Hendak tahu beliau ni Prof/Dr., telefon atau minta alamat universiti dimana beliau mendapat gelaran tersebut untuk membuat pengesahan.

Kembali kepada topik asal. Mereka yang sibuk mencari bomoh untuk apa juga tujuan sangat-sangat bangang dan layak untuk ditipu. Kadangkala terfikir herdikan seperti ‘takda otak ka?.. ke otak kat lutut nih..’ membawa maksud yang jitu dan tepat sekali bagi mereka-meraka itu.

Kalau lambat kahwin, mulalah tergedik-gedik pergi jumpa bomoh. Bomoh suruh kangkang, dia kangkang.
Bomoh kata, itu salah satu treatment yang harus ada. Si pasien, angguk-angguk buat kepala tahu, tanpa berfikir dan terus ikut.

"Tok.. saya ada masalah, dah lama saya hidup membujang, bilalah saya nak kahwin ni, kalau asyik maen dengan vibrator, bosan la. Tok tolonglah saya.. Please, please, please.."

Suami kahwin lain, jumpa bomoh. Bomoh suruh tonggeng, dia tonggeng. Bomoh ajak romen, selamba-tadah tanpa ragu-ragu. Kalau lemah tenaga batin, jumpa bomoh. Apa kau ingat bomoh itu super human ke? Entah entah si tok bomoh ini pun lemah tenaga batin juga, diri sendiri pun tak terubat. Seriously, semua ini macam tahi (shit). Janji dapat kahwin. Janji dapat balik suami. Janji suami puas. Itu dan ini pelbagai alasan. Memang mangkuk dan ayun sungguh masyarakat kita.

Tahukah kau yang kebanyakan mereka-mereka iaitu pelanggan para bomoh adalah ahli politikus dan kaum wanita? Mana aku tahu? Kau jangan banyak tanya. *penulis kacak ini bukan anti wanita, buktinya? beliau hati gadis*
Dan tahukah kau yang Tok Bomoh itu sebelum mendapat ilmu sakti (kononnya sakti) adalah penjual burger biasa di tepi jalan yang meminati lagu-lagu Mawi?

"Bang, bagi burger daging double spesial satu.. tak mau letak sayur, sos cili bagi lebih sikit ye bang. erm lagi satu bang,tak mau letak sos tomato tau.. "


Ayah Pin, lebih baek kau jadi penjual burger. Untung pun untung, daripada kau menyesatkan orang tak tentu pasal. Dasar jahanam.

23 April 2010

Oops! i did it again.

Mood: Tergedik-gedik (i i you you)
Temperatur sekitar: Suhu rectum, panas macam sial.
Lagu faveret minggu ini: Oops! i did it again - Britney Spears.


You all nak tahu tak? Sejak i study kat Medan ni, dah nak dekat 8 bulan tau, pejam celik pejam celik pejam dan celik, sekejap aja. I macam tak percaya pula tau. Hmm maybe i sibuk sangat menelaah pelajaran, pergi kuliah, perbincangan masalah pembelajaran disana-sini, melayan awek-awek indon yang cuba nak tackle i, dan macam-macam lagilah. Bila malam pula, pergi masjid berdekatan untuk menunaikan solat maghrib dan isya' berjemaah. Masa memang terasa singkat. Apatah lagi mahu berfoya-foya, memang tiada masa okayyy. Inilah, sibuk sangat mengejar hal-hal akhirat. 

Lagi satu, i nak story sikit kat you all, i ni jenis yang jarang-jarang  ponteng kelas, bukan nak masuk bakul dan angkat sendiri, memang i suda terbiasa.. dari kecil dididik dengan cara begini. Laen lah macam you tuh.. (Sapa yang nak rasa pedas, makanlah cili). I rasa baru sekali tak pergi kelas, itu pun sebab hal yang tak dapat i nak elakkan, bukan sebab bangun lambat, kena tinggal van, ataupun suda nawaitu dalam hati dari awal lagi memang tak mahu pergi. Itu you lah, perangai i bukan macam tu. Ish, apa lah you ni. Teruk betul!

I tak masuk kelas pun sebab terlambat sikit aja, masa tu pintu kelas sudah tertutup buat i, kecewa betul you.. Ini semua sebab gara-gara tolong sorang mak cik tua ini menyeberangi jalan, takpelah i tak kesah pun, i kan lelaki budiman, so sifat i memang macam nie, baek hati. You tak perlu nak hairan pula.



Haaa.. you all bila lagi nak berubah?


Ini cerita betul, i tiada nak gebang-gebang atau nak kencing-kencing orang, you all pun kenal i kan? I seorang yang penuh dengan kejujuran dalam semua perkara. Percayalah..


Serious, i tak tipu.

Kot.