26 April 2012

Godaan Lisa Surihani -episod II

[ klik untuk sambungan dari episod I ]

Mata kami saling bertentang satu sama lain. Kaku. Seperkara tentang Lisa Surihani.
Jika merenung dalam dalam matanya, dia akan membalas.
Tika itu, seolah-olah perasaan bahagia dan risau datang bersamaaan.
Bisa buat aku seperti lelaki paling kuat dan  paling lemah sekali.
Cuma terpulang, mahu jadi yang mana.

Rasa janggal menyelubungi diri. Sudah lama rasanya tidak bersua. Lisa Surihani tampak masih lelah mahu mulakan bicara. Suaranya manja walaupun kurang jelas pada kalimat yang punya huruf 'R', tapi bagi aku itu sangat comel dan cukup seksi!

" Hi Fayadh.. you apa khabar? sihat? " tanya Lisa Surihani.

" Hi Lisa.. I sihat. Tapi luka dalam hati I ini belum sembuh lagi. " aku jawab ringkas.

Lisa Surihani sepertinya faham maksud yang tersirat. Rasa dan perasaannya dipendam ditahan, tidak ditunjuk pada riak muka.

" Hmmm. dah lama kan kita tak jumpa. You buat apa je sekarang? "
tanya Lisa Surihani lagi.

" I sambung study kat Medan, Indonesia. Sekarang tengah cuti. You Lisa? "

" Nothing interesting, macam tu lah. Tadi I from pasar depan traffic light dekat simpang sana tu, beli ikan sikit. Lalu sini ternampak you." jelas Lisa Surihani.

" Ooh.. Tapi Lisa.. mana ikan yang you beli tu? I tak nampak pun.."

" Oh.. entah lah Fayadh. I pun tak perasaan, maybe dah berterabur kat atas jalan masa I lari-lari tadi. " jawab Lisa Surihani sambil ketawa kecil. Comel.

[ bersambung... ]

23 April 2012

Pick up lines - siri 1

Ada gadis-gadis yang diluar sana yang menjadi idaman dan pujaaan kau, tapi tak tahu kat mana nak memulakan langkah untuk memiliki hatinya?
Jangan risau. Serahkan pada yang pakar.

Kau : Assalamualaikum cinta.. (pastikan gadis pilihan kau sudah tengok filem 7 petala cinta sebelum ni, kalau tak, dia akan blur)

Si Gadis : Waalaikumussalam rindu..

Kau : Kat rumah you ada peta tak? I nak pinjam lah sekejap, boleh?

Si Gadis : Huh? you merepek apa ni. Peta apa?

Kau : Hmm.. you punya peta hati. Sebab I sudah tersesat dan tak dapat keluar dari hati you.. (okay , sampai part ni kau kena buat suara romantik sikit untuk efek yang lebih mendalam gitteww)

Jika ini berkesan, si gadis hanya akan tertunduk segan senyum tersipu-sipu, atau memukul-mukul kau dengan manja kerana tak dapat control ayu lagi, cair mungkin.

Aauuwww!

20 April 2012

Godaan Lisa Surihani -episod I

* * * * *
Jam menunjukkan hampir pukul 8.50 pagi. Matahari masih malu-malu mahu menunjukkan diri. Udara dingin terasa tebal kerana hujan sangat lebat malam tadi. Basah dan lembap. Kedengaran suara beberapa anak-anak kecil ghairah mengejar rama-rama yang berterbangan berhampiran air pancut di tengah Taman Bunga Rashidah Utama. Aku segera mencari bangku kosong untuk duduk, penat berjoging di sekitar 2 blok berdekatan belum hilang lagi.

Tiba-tiba aku tertegun. Disana sayup-sayup dari jauh, di arah seberang Taman Bunga Rashidah Utama sebelah timur,terdengar suara jeritan memanggil nama aku. Tapi selintas saja. Jeritan diputuskan oleh bunyi hiruk pikuk kenderaan bermotor lalu-lalang. Sibuk. Kemudian hening seketika...

Aku menegakkan kepala, mataku mulai liar. Ku hadapkan badan ke timur, ke arah tempat jeritan datang.

Dari jauh terlihat kabur kelibat manusia berlari ke arahku, lariannya kencang sambil menjerit namaku. Dan ketika dia sampai di jalan pertemuan antara jalan masuk Taman Bunga Rashidah Utama dan jalan raya, dia berhenti sebentar, seolah-olah berpikir. Kelihatan penat. Kemudian terus melangkah berjalan kepadaku.

Ya benar, dia Lisa Surihani.
Gadis yang pernah bertakhta dalam hatiku ketika suatu masa dahulu.
Masih ayu dan menawan sepertimana seharusnya.
Rambutnya dibiar panjang mengurai, rapi melepasi bahu.
Warna bibir seperti buah ceri, nampak ranum.
Pipinya putih mulus, gebu.
Senyumannya yang manis. Semanis kurma.
Terlalu cantik untuk seorang perempuan.
Bisa saja bunga-bunga di taman ini terus tertunduk layu, malu dan kalah dengan kecantikkan punya si dia.

[ bersambung... ]