* * * * *
Jam menunjukkan hampir pukul 8.50 pagi. Matahari masih malu-malu mahu menunjukkan diri. Udara dingin terasa tebal kerana hujan sangat lebat malam tadi. Basah dan lembap. Kedengaran suara beberapa anak-anak kecil ghairah mengejar rama-rama yang berterbangan berhampiran air pancut di tengah Taman Bunga Rashidah Utama. Aku segera mencari bangku kosong untuk duduk, penat berjoging di sekitar 2 blok berdekatan belum hilang lagi.
Tiba-tiba aku tertegun. Disana sayup-sayup dari jauh, di arah seberang Taman Bunga Rashidah Utama sebelah timur,terdengar suara jeritan memanggil nama aku. Tapi selintas saja. Jeritan diputuskan oleh bunyi hiruk pikuk kenderaan bermotor lalu-lalang. Sibuk. Kemudian hening seketika...
Aku menegakkan kepala, mataku mulai liar. Ku hadapkan badan ke timur, ke arah tempat jeritan datang.
Dari jauh terlihat kabur kelibat manusia berlari ke arahku, lariannya kencang sambil menjerit namaku. Dan ketika dia sampai di jalan pertemuan antara jalan masuk Taman Bunga Rashidah Utama dan jalan raya, dia berhenti sebentar, seolah-olah berpikir. Kelihatan penat. Kemudian terus melangkah berjalan kepadaku.
Ya benar, dia Lisa Surihani.
Gadis yang pernah bertakhta dalam hatiku ketika suatu masa dahulu.
Masih ayu dan menawan sepertimana seharusnya.
Rambutnya dibiar panjang mengurai, rapi melepasi bahu.
Warna bibir seperti buah ceri, nampak ranum.
Pipinya putih mulus, gebu.
Senyumannya yang manis. Semanis kurma.
Terlalu cantik untuk seorang perempuan.
Bisa saja bunga-bunga di taman ini terus tertunduk layu, malu dan kalah dengan kecantikkan punya si dia.
[ bersambung... ]