Hari ini aku terima beberapa ucapan
dari orang-orang yang tersayang. Terima kasih!
Itu sudah sangat cukup bagi aku.
Oh ya, ada juga ucapan selamat
dari beberapa orang gadis secret admirer.
Penulis kan seorang yang hensem, kacak dan hot.
Dah lah, aku malas nak sembang kencang. kahkahkah
Usia semakin bertambah.
Tanggungjawab juga mengikut sama.
Bersyukur diberi peluang untuk hidup sampai hari ini.
Kita pun tak tahu, bila kita akan lenyap
dari atas muka bumi ni. Tak begitu?
Tadi Steven Gerrard mesej, dia ajak aku celebrate sama-sama.
alang-alang birthday sudah sama hari.
Kat pub mana entah, ada minum-minum sikit katanya.
Aku reply; " Sorry bro, gua nak kena study ni. besok lusa ada exam "
Aku harap Gerrard faham.
30 May 2012
23 May 2012
Terbang
STAR, Ipoh - sekitar tahun 2007.
Sudah beberapa meter kami melewati pos guard perumahan Kem Syed Putra Rejimen Renjer Diraja depan Taman Cempaka dengan gaya cool dan selamba, aku dengar ada orang panggil.
" Woi! kamu dua orang kesini! " jerit pak cik guard
Kaku seketika. Aku berjalan perlahan patah balik kearah beliau. Otak ligat berfikir apa langkah seterusnya.. Zaid Nabila tetap tak berganjak. Cibai.
" Kamu nak pergi mana ni? rumah kat mana? " tanya guard dengan nada tinggi dan garang sambil cekak pinggang.
" Oh..kami berdua nak balik rumah. Saya duduk kat blok H, No. 22 hujung sana tu " jawab aku dengan tenang sambil angkat tangan tunjuk arah rumah. Konon.
" Kamu anak siapa? Dari mana malam-malam buta ni? " tanya guard tu lagi.
" Saya anak Ahmad. Kami pergi makan kat Taman Cempaka tadi, lapar. Kat rumah takde orang nak masak. " jawab aku sambil keluarkan rokok dunhill sebatang. Kasi nyala dengan lighter. Baru nampak dewasa.
" Ooh, pak cik ingat budak STAR tadi. Diaorang kalau fly, ada yang berani masuk balik asrama ikut sini. " jelas beliau.
" Yeke..kalau pak cik jumpa. Tangkap je. kasi heret pergi rumah pengetua. Baru padan muka. " jawab aku sebagai tanda sokong.
Pak guard tadi angguk kepala mengiyakan kata aku. Zaid Nabila berdiri di kejauhan masih nampak cemas dan bingung. Lepas beberapa minit, aku mintak permisi untuk beredar dari situ. Peluh dingin membasahi muka. Kami teruskan perjalanan pulang menuju asrama blok banglo berhampiran perumahan kem renjer yang hanya dipisahkan dengan tembok konkrit setinggi hampir 2 meter. Bila pos guard hilang dari pandangan, Zaid Nabila yang tadi diam sepi terus bersuara.
" Apai, pak cik guard tu cakap apa kat kau?? " tanya Zaid Nabila.
" Entah, dia sembang nak tangkap budak STAR yang fly malam masuk balik asrama ikut pos guard yang kita lalu tu tadi " aku jawab.
" kahkahkahkah! "
Gelak tawa memecah keheningan malam tika jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi.

19 May 2012
Genderasi II
[ klik untuk sambungan ]
Lain pula kesnya untuk lelaki.
Lelaki adalah istimewa (penulis kan seorang lelaki yang kacak yakni istimewa).
Tetapi kenapa lelaki masih lagi tertipu?
Fikirkan sejenak.
Apa yang ada pada wanita?
Kebanyakan lelaki selalu terkeliru yang manakah aset wanita yang paling hebat.
Aku tahu kebanyakan pembaca terutamanya lelaki
akan memikirkan aset paling berharga bagi wanita adalah organ penyusuan
ataupun organ err you know..
Ya, disitulah terserlahnya kelemahan kamu.
Padanlah kamu semua senang ditipu perempuan.
Ketahuilah wahai lelaki,
aset wanita sebenar adalah senyuman mereka.
Ketahuilah kamu. Berjaga-jagalah kamu terhadap serangan wanita
yang penuh nikmat itu. Tolong jangan malukan kaum lelaki.
Aku tahu ramai perempuan (blog penulis kacak ini kan popular dikalangan perempuan) semua tersenyum mendengar kenyataan keloseran lelaki semua.
Tapi perempuan pun apa bezanya.
Memang tidak tahu nak bersyukur langsung.
Adakah sesiapa tersinggung dengan kata-kata aku?
Adakah aku ingin memulakan debat antara gender di sini?
Tentu sekalilah tidak. Kerana pendebatan gender adalah kerja yang paling sia-sia.
Takkan tamat. Cuba kamu katakan kepada perempuan, lelaki lebih hebat dari mereka.
Pasti mengundang pergaduhan. Takpun, katakan sahaja akal perempuan
dikuasai oleh emosi dan nafsu serta tak berfikir secara rasional.
Nantikan sahajalah das-das peluru perkataan dari mereka.
Aku tamatkan penulisan ini secara tiba-tiba di sini
bagi mengelakkan pertempuran gender
dan untuk mengekalkan undi-undi dari perempuan dan wanita.
Kerana undi mereka adalah penting untuk aku.
Undilah saya!

Subscribe to:
Posts (Atom)