“Err..kau ni biar betul boyak. Takkanlah sampai sekarang maintain single.” Kata Ikmal Fayadh setelah melihat Saiful Aizat sugul memikirkan nasibnya yang tidak berapa baik dalam hal-hal mengurat perempuan.
“Entah la yadh, aku terasa macam sampah la pulak. Asyik dipermainkan saja dengan perempuan. Bukannya salah aku pun, aku go on la bila aku nampak ada line kosong” balas Saiful Aizat dengan pandangan seorang romeo yang tewas dalam percintaan.
“Mana kau tahu ada line-line kosong ni, cakap serupa orang telekom pulak. Contoh macam kes si Rozita Che Wan aritu, dia baru senyum-senyum sikit, kau dah mula perasan tahap kelambu." jawab Ikmal Fayadh dengan cool.
Dengan marah, Saiful Aizat membalas
“Peduli apa aku. Janji aku puas. Aku dalam bab mengenal reaksi awek ni no satu. Champion. Kau tau, aku la yang paling hensem dan kacak dalam kampung aku dulu-dulu!"
Aku tahu bila perkataan kacak dikeluarkan,
perkara yang terlintas di kepala kamu adalah
wajah penulis yang kacak sangat ini.
Aku faham. Tak perlu untuk memuji-muji aku lagi. Aku faham.
Kembali kepada episod kisah benar kali ini, pernahkah kamu mengalami perasaan seperti Saiful Aizat? Ditipu, dipermainkan, dipergunakan.
Jika jawapan kamu adalah ya, tepuklah bahu anda sendiri kerana anda sendiri telah mengaku anda seorang loser. Tapi dari aspek yang lain,
kamu adalah lelaki alpha yang berani dan berjiwa kental!
Alpha atau loser sore, tetap bergantung pada pandangan masing-masing.
Adakah kita boleh pasti yang senyuman wanita pada kita menandakan titik bermulanya proses pengawanan? Tidak sama sekali.
Percaya atau tidak, wanita mempunyai tindak tanduk yang lebih kompleks
berbanding lelaki. Sebab itu, senang sahaja lelaki ditipu wanita.
Jangan kamu berkata wanita selalu menjadi mangsa.
Apakah nasib lelaki kalau begitu?
Kenapa perempuan masih boleh jual mahal
sedangkan bilangan mereka di muka bumi ini jauh lebih ramai dari lelaki.
Kenapa mereka mampu merejek lelaki walhal mereka sedar
semakin tipis peluang mereka untuk mendapat pasangan.
Kalau dari segi sudut pandangan ilmu mantik, mereka sentiasa dalam kerugian,
kerana saham mereka berkadar songsang dengan usia mereka.
[ bersambung...]