[
Keunggulan Permaisuri - Part IV ]
Simply kerana otak mereka beroperasi macam gitu, matematik yang sama mereka expect diaplikasi oleh kepala otak kita. Kita pula most of the time, clueless tentang kewujudan 'operasi' dan 'misi' dalam algebra komunikasi seorang makwe. Jadinya bila anda terus saja zahirkan objektif anda untuk ajak dia jogging dalam perenggan pertama, apatah lagi ayat pertama conversation anda dengan dia, mereka simply tidak dapat.
They just won't. Nada.. yilek.
Sepertinya mereka terus ternanti-nanti dan masih cuba find out anda sebenarnya mahu cakap apa walhal sudah terang-terang anda kata mahu ajak dia jogging tadi.
Okay next, keadaan semasa.
Ini luas skopnya, yang penting anda perlu peka. Semasa dia buka mulut, buat mental note segala komplen yang keluar dari mulut dia. Benda-benda macam turun naik harga barang make-up, fashion tudung some kawan dia, konflik perpecahan kawan dia, hobi baru kucing jiran dia.. benda-benda begini. Tiada siapa yang boleh really tell exactly kita sedang cari clue apa melalui siri bebelan dia tapi dengan latihan berterusan, over time, segala mental note yang ada dalam kepala otak kita akan kasi sedikit saranan adalah itu masa yang sesuai atau tidak, menyampaikan mesej mahu ajak dia jogging malam karang.
Penting untuk kita tidak sesekali lupa yang siri bebelan mereka itu, ada kemungkinan besar bermakna mereka 'on a mission' mengajak anda tengok wayang malam nanti cuma mereka masih di peringkat awal misi. The bomb, yaitu mesej 'mari tengok wayang malam ini' belum sampai masanya untuk mereka gugurkan lagi.
Sebab itulah antara komplen paling popular seorang makwe terhadap pakwenya ialah 'he never listen'.
Tahukah anda? mengikut undang-undang mereka, dengan mendengar 6.5 perkataan dari 7 yang mereka tuturkan tidak dikira sebagai 'listening'? Wanita tidak seperti kita, wanita tidak sampaikan mesej dalam sebaris ayat. Mereka perlu anda dengar 18 perenggan non stop sampai habis lalu anda kena pula complete the puzzle dan teka, dia actually transmit mesej apa.
watahelman..
[ bersambung... ]