Untuk menyampaikan jemputan ber-jogging kepada makwe, kita perlu fikirkan setiap kemungkinan yang mungkin ada berdasarkan kepala otak mereka bekerja.
Pertama, berdoa kepada Tuhan.
Kemudian, rangka strategi yang in a way, secara automatik menjawab analisa mereka tentang tujuan, penggunaan ayat dan semasa, renungan mata, tone suara, dan cuaca yang akan pasti mereka kaitkan dengan ayat yang kita guna. Ada banyak cara sebenarnya kalau anda sudah mahir dan bagi pakwe yang sudah mencapai level expert, mereka akan cukup skillful untuk skip beberapa prosedur dan kemudiannya masih boleh walk away just fine.
Now.
Tujuan ajakan jogging anda untuk apa?
Peluang untuk buat sensor mereka memproses ajakan anda ber-jogging tidak ada kena mengena dengan berat badan mereka adalah.. well, mungkin tujuh peratus tapi selalunya; tidak ada. Sebagai seorang lelaki, 102.5% dari kesemua perkara yang kita lakukan sebenarnya adalah tanpa ada tujuan apa-apa. Tetapi sebagai seorang pakwe, setiap satu perkara yang anda buat akan ditafsir mempunyai 7000 ulterior motives dalam kepala otak seorang makwe.
2000-3000 daripadanya adalah something yang got to do dengan bekas makwe lama (kalau ada). 3033 berkait rapat dengan colleague kita paling lawa dan kesemua mereka didaftar dalam kepala otak mereka seorang makwe sebagai those mereka yang slim-slim belaka tidak kiralah se-tong deram apa pun saiz sebenar mereka secara realitinya.
Selebihnya adalah perkara-perkara lain yang.. Entahlah, i dont know. Macam lah saya tahu semua perkara, saya bukan makwe anda punya mama.
[ bersambung...]
No comments:
Post a Comment
terangsang?