30 April 2010

Tumbuk Rusok

Penulis yang kacak bergaya ini bukanlah seorang pelajar jurusan sosio politik, tak pernah ikut dengar ceramah parti-parti politik, tak pernah langsung berkempen disana-sini apatah lagi memancing undi, Tapi! memancing aweks pernah lah. Sekadar mahu berkongsi, aku rasa semua manusia sudah tahu,di dalam apa agama sekalipun, rasuah dianggap boleh meruntuhkan moraliti manusia selain dari penzinaan. Begitu juga dalam Islam, pemberian rasuah adalah sama dosanya seperti penerima rasuah. Sama-sama berdosa.

Demikian juga dalam undang-undang negara. Pemberi dan penerima boleh didakwa di mahkamah. Kecuali jika urusniaga rasuah tersebut adalah sebahagian dari pelan-pelan agung BPR *bukan bumiputera rockers* . Ada kes dimana pemberi rasuah itu dengan sengaja memerangkap penerima rasuah tersebut. Terima kasih kepada media. Cuma kau orang, jika boleh gemburkanlah sedikit kes-kes sebegini. Letaklah di muka surat depan. Maklumlah rakyat Malaysia lebih mengutamakan berita Mawi membela anak kucing yang baru atau kucing beliau jatuh sakit akibat kurang perhatian. Ini kisah Mawi jalan-jalan naek kuda pun masuk! Ada ka patut? Maaaacam cibai. Jarang untuk terperasan berita-berita yang kecil seperti rasuah. Baru ahli-ahli korap dan korup tahu apa akibatnya. Bagi mereka malu sedikit.

Tetapi berlainan pula dengan realiti di negara kita. Mereka lebih suka mendakwa pemberi rasuah. Penerimanya dibiarkan bersuka ria , berjoli katak sakan dengan duit haram. Amboi.. hampas sungguh. Sebagai contoh, pilihanraya MT parti pemerintah. Kenapa hanya pemberi sahaja yang kena. Kenapa pemberi sahaja yang menjadi mangsa mahkamah. Penerimanya ke mana pula?

Cuba kau fikirkan….kenapa ya?

Jika penerima-penerima rasuah juga didakwa sama, habis jahanam punah lah parti. Habis hancur satu parti, semua kena dakwa, sampaikan ahli-ahli  yang tukang menampal poster atau tukang laung pun kena dakwa. Mereka mungkin terpaksa mengadakan satu lagi perarakan politik untuk menarik ahli baru. Kempen ‘ahli keluarga-cucu cicit ku Ahli Parti’ akan bermula.

Sebenarnya pemimpin kita bijak. Sumpah bijak. Tahu sahaja dimana lubang-lubang duit. Bijak dalam hal-hal duit. Wang perbelanjaan yang dijimatkan boleh digunakan untuk membayar artis-artis popular seperti Mawi (mawi lagi? wtf) yang akan dijemput untuk memeriahkan sambutan ulangtahun parti atau majlis-majlis  yang dianjurkan kerajaan. Mereka amat tahu dengan isu kehausan rakyat negara kita terhadap hiburan-hiburan. Mungkin selepas ini ada pertandingan seperti Parti Idol untuk menunjukkan mereka mempunyai citarasa yang sejajar dengan rakyat. 1 Malaysia. Sekaligus, terbukti kepekaan mereka terhadap kehendak citarasa rakyat. Peka sungguh parti pemerintah.

Masa yang dijimatkan boleh digunakan untuk memasak dodol durian berperisa strawberi yang terbesar di dunia bagi menarik pelancong dari timur tengah yang semakin syok gila-gila untuk berbelanja di Malaysia. Dengar-dengar gosip, mereka tidak punyai kebebasan yang secukupnya untuk berbelanja di negara mereka sendiri. Tidak hairanlah, berpusu-pusu pelancong dari negara-negara arab bersekutu mahupun tidak bersekutu datang ke sini. Yang peliknya dikatakan mereka berasal dari negara Islam, lagi pelik bila melihat rakyat mereka. Perempuannya berpurdah, tutup habis semua, hanya nampak mata sahaja. Lelakinya pula mesti memakai seluar pendek sambil memegang kamera digital yang paling mahal yang ada di pasaran. Okay, yang ini memang takda kaitan.


( narasumber; Google )


Adakah isu menarik lebih banyak pelancong lebih penting dari masalah rasuah? Janganlah nanti sudah jadi macam negara India, China, atau Indonesia, barulah tergedik nak masukkan isu rasuah dalam agenda RMK.

Malaysia boleh!
Boleh barai…Waspadalah..

27 April 2010

Tribute to Ayah Pin.

Aku kehabisan modal. Aku sebenarnya mahu bercerita mengenai bomoh yang mendapat pelbagai gelaran. (ie: Ayah Pin). Ada yang mengaku Al hafiz, Prof, Dr, Tok Sakti …yang peliknya komuniti kita mudah mempercayai mereka berserta gelaran-gelaran mereka. Bukan susah untuk mengesahkan samada gelaran-gelaran itu benar atau tidak.


"Kiss me baby.." kata Papa Pin.


Kalau beliau mengaku Tok Sakti, suruh aja dia sembuhkan orang yang buta atau pekak tuli..takpun sembuhkan aja orang yang kena AIDS.. kalau mengaku Al Hafiz, suruh beliau membaca beberapa surah dari Quran. Hendak tahu beliau ni Prof/Dr., telefon atau minta alamat universiti dimana beliau mendapat gelaran tersebut untuk membuat pengesahan.

Kembali kepada topik asal. Mereka yang sibuk mencari bomoh untuk apa juga tujuan sangat-sangat bangang dan layak untuk ditipu. Kadangkala terfikir herdikan seperti ‘takda otak ka?.. ke otak kat lutut nih..’ membawa maksud yang jitu dan tepat sekali bagi mereka-meraka itu.

Kalau lambat kahwin, mulalah tergedik-gedik pergi jumpa bomoh. Bomoh suruh kangkang, dia kangkang.
Bomoh kata, itu salah satu treatment yang harus ada. Si pasien, angguk-angguk buat kepala tahu, tanpa berfikir dan terus ikut.

"Tok.. saya ada masalah, dah lama saya hidup membujang, bilalah saya nak kahwin ni, kalau asyik maen dengan vibrator, bosan la. Tok tolonglah saya.. Please, please, please.."

Suami kahwin lain, jumpa bomoh. Bomoh suruh tonggeng, dia tonggeng. Bomoh ajak romen, selamba-tadah tanpa ragu-ragu. Kalau lemah tenaga batin, jumpa bomoh. Apa kau ingat bomoh itu super human ke? Entah entah si tok bomoh ini pun lemah tenaga batin juga, diri sendiri pun tak terubat. Seriously, semua ini macam tahi (shit). Janji dapat kahwin. Janji dapat balik suami. Janji suami puas. Itu dan ini pelbagai alasan. Memang mangkuk dan ayun sungguh masyarakat kita.

Tahukah kau yang kebanyakan mereka-mereka iaitu pelanggan para bomoh adalah ahli politikus dan kaum wanita? Mana aku tahu? Kau jangan banyak tanya. *penulis kacak ini bukan anti wanita, buktinya? beliau hati gadis*
Dan tahukah kau yang Tok Bomoh itu sebelum mendapat ilmu sakti (kononnya sakti) adalah penjual burger biasa di tepi jalan yang meminati lagu-lagu Mawi?

"Bang, bagi burger daging double spesial satu.. tak mau letak sayur, sos cili bagi lebih sikit ye bang. erm lagi satu bang,tak mau letak sos tomato tau.. "


Ayah Pin, lebih baek kau jadi penjual burger. Untung pun untung, daripada kau menyesatkan orang tak tentu pasal. Dasar jahanam.

23 April 2010

Oops! i did it again.

Mood: Tergedik-gedik (i i you you)
Temperatur sekitar: Suhu rectum, panas macam sial.
Lagu faveret minggu ini: Oops! i did it again - Britney Spears.


You all nak tahu tak? Sejak i study kat Medan ni, dah nak dekat 8 bulan tau, pejam celik pejam celik pejam dan celik, sekejap aja. I macam tak percaya pula tau. Hmm maybe i sibuk sangat menelaah pelajaran, pergi kuliah, perbincangan masalah pembelajaran disana-sini, melayan awek-awek indon yang cuba nak tackle i, dan macam-macam lagilah. Bila malam pula, pergi masjid berdekatan untuk menunaikan solat maghrib dan isya' berjemaah. Masa memang terasa singkat. Apatah lagi mahu berfoya-foya, memang tiada masa okayyy. Inilah, sibuk sangat mengejar hal-hal akhirat. 

Lagi satu, i nak story sikit kat you all, i ni jenis yang jarang-jarang  ponteng kelas, bukan nak masuk bakul dan angkat sendiri, memang i suda terbiasa.. dari kecil dididik dengan cara begini. Laen lah macam you tuh.. (Sapa yang nak rasa pedas, makanlah cili). I rasa baru sekali tak pergi kelas, itu pun sebab hal yang tak dapat i nak elakkan, bukan sebab bangun lambat, kena tinggal van, ataupun suda nawaitu dalam hati dari awal lagi memang tak mahu pergi. Itu you lah, perangai i bukan macam tu. Ish, apa lah you ni. Teruk betul!

I tak masuk kelas pun sebab terlambat sikit aja, masa tu pintu kelas sudah tertutup buat i, kecewa betul you.. Ini semua sebab gara-gara tolong sorang mak cik tua ini menyeberangi jalan, takpelah i tak kesah pun, i kan lelaki budiman, so sifat i memang macam nie, baek hati. You tak perlu nak hairan pula.



Haaa.. you all bila lagi nak berubah?


Ini cerita betul, i tiada nak gebang-gebang atau nak kencing-kencing orang, you all pun kenal i kan? I seorang yang penuh dengan kejujuran dalam semua perkara. Percayalah..


Serious, i tak tipu.

Kot.

21 April 2010

Ketuanan Inggeris.

‘Whatever la...’ ‘ Whateverrrr la…’ - pernah dengar manusia cakap macam ni? ada bukan? kan?


Aii…tak ke kau menyirap mendengar perkataan whatever dalam nada yang sangat meluat…
Jika kamu seorang gadis sunti yang suka benar-benar menyebut perkataan whatever dalam nada yang sangat meluat kepada pendengaran kebanyakan manusia-manusia di sekeliling dan tiba-tiba di tempeleng dengan sangat kuat sehingga muka kamu terpaling ke seorang lelaki yg hensem dan kacak ini, bersaksilah yang kamu sebenarnya antara manusia terpilih yang bertuah di beri kesempatan mengenali dan menatap muka aku .

Dan kau jangan nak hairan pula, ada juga kaum lelaki cuba mengedik buat-buat comel dengan cara begini, disertai gaya ala-ala mak nyah lagi. Auuuww. Jijik sekali. Rasa macam nak flying kick aja kepala mereka sorang-sorang.

Tidak lupa juga penampar tambahan akan di berikan kepada para gadis yang memekatkan
sebutan R di hujung nya. *Kebiasaannya berlaku pada gadis-gadis* Apa kau bajet, kau cucu cicit anak ketuanan british london sana tuh, cakap inggeris pun tunggang langgang, bukan maen lagi kau mau tunjuk terer cakap 'whatever'. Amboi..

Whateverrrrrrrrrrr, Itu aja la yang kau tau bukan?
Mai sini, kau cuba dengar aku speakin inggeris pula ya..
 
 





what the fuuuuuuuuuuk. Amacam?

Haaa.. kan da tak pasal-pasal angin PMS aku datang balik.

18 April 2010

Dunia dan Kupab (aauww..)

Lelaki dan perempuan memang berbeza. Terdetik aku nak menulis tentang perkara ini selepas aku tengok persepahan homo-sapien pelbagai jantina di sekitar kawasan rumah aku di Medan yang pesat membangun ini. Konteks pelbagai jantina ini termasuklah lelaki, perempuan, pondan dan perempuan yang bersikap seperti lelaki mahupun vice versa. Memang tak masuk dek akal sungguh.

Ate? Kau pun tahu,Tuhan cipta 3 jenis sahaja. Lelaki, perempuan, khunsa… tidak cukup lagi kah? Yang ada telur, dipanggil lelaki, yang ade kopek dipanggil perempuan (maaf, bonjolan dada yang ada pada pondan dipanggil silicon-valley), yang ada kedua-duannya atau tiada dipanggil khunsa (tidak berapa pasti). Itu sahaja.  Tapi, manusia sangat kreatif. Mereka menambah bilangan jantina. Mana datangnya terma-terma pondan atau lelaki lembut, lelaki sotong, tomboy, sundal.. Erk maaf sundal tidak terkategori dlm kumpulan tersebut.

Secara peribadi, aku amat benci golongan ini. Bukan setakat pondan, malah lelaki-lelaki yang lembut juga menjadi mangsa keprejudisan aku. Nasib baik aku bukan perdana menteri. Hukuman gantung saja bagi golongan-golongan ini jika tidak insaf dalam masa seminggu, tiada lagi slogan 1 Malaysia. Nahaslah kamu-kamu semua aku kerjakan. Aku yakin ramai lelaki yang bersetuju dengan aku. Terdapat banyak sebab kerana aku benci pondan.

Satu
Memalukan kaum lelaki asli tulen. Keseluruhannya, especially kepada penulis kacak ini.

Dua
Mengada-ngada atau berlebih-lebih dalam hal-hal kemanjaan. Mekap pula biasanya setebal tembok Berlin.

Tiga
Mencuba sedaya upaya hendak maintain ayu walaupun diketahui mempunyai suara yang garau, kesan cukuran misai dan sideburn, mempunyai bulu yang lebat di kaki, dada dan di kawasan sekitarnya. Oh lupa pula, dan mempunyai halkum. Dasat ye kamu-kamu ni sekarang. Buat malu Siti dan Mawi aja.

Empat
Dan aku masih tidak faham kenapa orang perempuan khususnya sering merapati golongan pondan atau lelaki lembut. Dengan selambanya bersentuhan disana-sini. Sedangkan lelaki yang asli tulen berasa amatlah susah untuk merapati gadis-gadis cantik apatah lagi yang seksi dan comel lotey. Automatisnya, kebencian aku terhadap golongan pondan/lelaki lembut bertambah-tambah. Seriously.. aku jealous nak mampos.

Ada pula yang pondan-pondan ini, yang mempunyai teman lelaki(boyfriend) atau sugar daddy. Terdesak sungguh lelaki-lelaki sebegitu. Apa la yang mereka harapkan dari pondan? Nak kongkek pun tak boleh. Silap-silap mereka lawan pedang saja lah. Ting ting ting *bunyi pedang*

Pesen mereka sekarang, pakai baju yang sememangnya sumpah seksi dan menayangkan segalanya aset-aset yang mereka ada, padahal itu semua tiruan, nampak aja original. Aku takkan terpedaya. Bak kata pepatah melayu, " hanya jauhari yang kenal manikam ". Tapi ada juga makhluk ini, manikam tak manikam, dia tak kira, dia tibai semua! amboi.. nafsu dia gelojoh gila.

Ingatlah kewujudan tuhan setiap masa. Fikirkanlah hukuman-Nya. Walaupun kita sesama manusia, sama darajat, dan sungguh amat tidak baek sekali kalau kita benci membenci satu sama lain. Tapi bagi aku, kalau dengan pondan, aku minta maaflah awal-awal lagi. Ikut hati nak aja bagi kepala lutut tepat atas kepala mereka. Yes, aku memang brutal dan tiada nak ada taman-taman dalam hati.  Untuk golongan-golongan ini diluar sana, iya kamu-kamu semua lah;



p.s I HATE YOU!





notabawah: maksud kupab akan diketahui bila perkataan itu diterbalikkan.

16 April 2010

3gp gambar bogel atas katil.

Kau nak tahu? hari-hari aku tengok cermin, belek-belek muka, dan aku yakin Zac Effron persis muka aku. Kau jangan nak sangkal apa-apa lagi. Siapa tiru siapa itu yang jadi masalah sekarang. Kau pun tahu bukan? manusia zaman sekarang, sanggup buat apa sahaja, semata-mata nak hidup dalam ke-glamour-an, lepas itu mulalah nak tiru orang-orang di sini-sana. Dan last-last! aku juga yang jadi mangsa. Sumpah stress.

Kalau kau tak percaya, aku ada bukti (lihat gambar dibawah), kau boleh tengok dengan mata hati kau sendiri. Aku bukan omong-omong kosong aja, berhujah tanpa bukti dan fakta.  




Keterangan: Figura I (Ikmal Fayadh) dipercayai dicuri tangkap oleh paparazzi 2 bulan lepas ketika sedang leka melantak makanan dalam sebuah majlis makan malam amal disekitar kota bandaraya besar nak mampos Medan, Indonesia. Figura II (Zac Efron) diambil dari gambar profil fesbuk dia sendiri dan menurut komen-komen di gambar itu, dipercayai dia ketika ini (semalam) sedang sibuk membeli-belah bersama sorang awek filem High School Musical di pasaraya Giant cawangan Lumut, Perak. Err..ada sale katanya.  



You see lah! aku tak tipu bukan? Eleh, apa dia bajet, kalau sekadar tukar kaler rambut boleh cover lah gaya dan personaliti aku yang dia tiru tu? pooooooodaah lah Zac Effron! 

* Agak-agaknyer kan, kalau aku claim benda ini dekat court, boleh menang tak?   






notabawah: oh lupa pula, yang 3gp gambar bogel atas katil tuh, memang tak ada kena mengena. kih! kih! kih! amboi-amboi.. kalau benda 'baeeek' macam itu, suka bebenor, laju aja kau kan.

11 April 2010

Kalaulah awak ada sekali..

Aku baru balik dinner, bukan candle light dinner, tapi dinner makan-makan besar ramai-ramai dalam dewan. Dia orang cakap tema majlis makan-makan tuh, "MASQUERADE". Kau nak tahu tak? Ada orang lalu-lalu sebelah dan tegur yang aku macam pakai mask muka orang kacak, tampan dan bergaya.

" Eh, you dapat mana mask ini? kacak, tampan dan bergaya lah!"

"Oh, muka i memang macam nih, i tak pakai mask pun. Seriously. " aku jawab.

 Kau tak tengok lagi orang-orang yang pakai mask berbulu-bulu tuh, yang macam ala-ala burung kakak tua itu lah. Pening kepala nak cam muka sebab mereka sudah macam jadi burung aku tengok.  Ah, meriahnya bukan maen lagi, dengan orang-orang yang pakai baju macam tak cukup kain, nampak itu dan ini. Apa mereka bajet mereka hot pakai macam tuh? Yes, aku memamg tak kesah pun, cuma aku untunglah bukan, boleh lah cuci-cuci mata sedikit. kih! kih! kih!

Malam ini, aku cuma rasa sedih dan iri hati. Tengok orang lain sama-sama datang majlis makan-makan tuh dengan teman wanita(TW) ataupun teman lelaki(TL) masing-masing. Dalam entri ini aku nak ber-touching sikitlah boleh? Kau tak fikir yang kau ceritakan segala kisah cinta kau dan touching-touching dalam blog kau, boleh pula kan? Mana adil. Aku pun nak juga.

Aku nampak mereka makan sambil bersuap-suap, gelak ketawa bersama, klik klik klik tangkap gambar berdua-dua kesana kemari. Damn. Aku rasa jealous ya amat. Aku cuma buat-buat sibuk mengunyah makanan sebab tak tahan lagi hati melihat. Aku tahu, ini memang cerita sedih dan aku tak tipu.


Ini saya punya Apple

Izlaiza afifah, mesti saya rasa lagi seronok kalau awak ada sekali malam ni.


Tak mengapa Ikmal Fayadh. Sabar, sabar dan sabar.




Selamat malam Medan.


07 April 2010

Yeay, kitew dapat award ler!

Hi semua! kalow kowang nak taw.. kitew dapat award ler, ade orang bagi. Kitew ta tau nak cakap apew lagi, cuke sangat2. hi hi hi. Sebab bukan selalu pown dapat award macam nie taww.. selalu kitew tengok kat blog owang laen, diowang banyak dapat award-award camniew taww.. sampai kitew pown teringin glew nak gak.




Last-last kan.. kitew dapat pown! yeay! yeay! Thanx kitew ucapkan kat member kitew Amoi sebab bagi kitew award nie.. sukew sangat-sangat taww! ahakz. Antara banyak-banyak blog kan, blog kitew terpilih ler.. sapew tak bangga? hi hi hi. Terima kaceh daun keladi Amoi, kalow ko adew award lagi yang laen, bagi kat kitew eyh, kitew nak kumpul banyak-banyak, nak lawan award orang laen. hi hi hi.

Erm okay, sekarang turn kitew lak nak bagi award nie kat orang laen. Kowang sukew tak? hi hi hi. Tapi tak semua la yang dapat okaayy. Kitew pilih 12 orang jew, nie pown berdasarkan ke-best-an blog dyowang. Antara penerima award ini adalah:

Kepada semua penerima award diatas, terima ajew lah okay apew yang kitew da bagi, bukan selalu kan kowang  dapat award camni? hi hi hi.
Haaa lagi satu, kitew nak bagitaww kat kowang yang da dapat award nie, kowang kena pilih 12 penerima laen yang kowang masing-masing sukew. Ikut suka kowang lah nak bagi award kat blog siapa-siapa pown. Tak kesah okayy. hi hi hi.  Ingat taww!! Tayang kowang sume!(sayang korang semua)  Muuuaaxx! xoxoxo


p/s: oh damn, berbelit lidah aku time nak taip post nih, saja cuba mengedik sikit. Alaa.. macam budak-budak bajet comel masa kini buat. Apa mereka ingat mereka betul-betul comel dengan tulis gaya begitu kah? Budak tabika KEMAS lagi power mengeja dan menulis.

05 April 2010

Mopiko itu Lucah.

Kau tahu? dalam sebuah pembuatan kreatif iklan untuk media cetak, kalau komik dieksekusi atau diinterpretasi dengan tepat, nescaya ia akan dapat memberikan efek atau dampak yang cukup mengena di benak pembaca. Bentuknya yang unik, membuat komik dapat menyampaikan pesan secara verbal dan visual namun lebih personal. Hal ini tak lepas dari kemampuan komik untuk menciptakan semacam - imaginasi - seperti media radio. Kalau otak kau banyak berfikiran dengan berimaginasi negatif, so keluarlah bayangan yang bukan-bukan, lari dari tujuan sebenar. Aku rasa tak perlu aku bagi contoh, kau pun tau macam mana. Senang cerita lah, dalam membaca komik, imaginasi pembaca turut dilibatkan. Efek inilah yang seolah membuat komik memiliki karakteristik istimewa antara media cetak – radio – televisyen.

Dulu, masa kau kecil, kau pernah tengok iklan ubat Mopiko di televisyen? yang siap ada lagu lagi itu? Ya, aku tahu iklan tu menarik. Kalau kena gigit nyamuk, sengal-sengal badan, sapu saja di tempat yang sakit, dijamin mujarab dan berkesan. Tapi sekarang sudah jarang aku jumpa ubat Mopiko ni di kedai-kedai ubat berdekatan.  Mungkin sudah hilang di telan zaman.

Sekadar mahu berkongsi,

Berikut ada komik dalam iklan dari negeri Ginseng (berkenaan ubat Mopiko):
Oh ya, terima kaseh kepada Mie sebab email kat aku iklan komik ini.

(Uniknya, walaupun kau tidak mengerti atau faham bahasanya, kau still akan dapat “message” iklannya). Sedia?










Gambarnya unik banget, dan sederhana tapi cerdas bukan?

02 April 2010

Koneksi Observasi (konek & madu)

Setelah beberapa entri blog aku yang lalu mempunyai isi yang agak serius, aku mengambil keputusan untuk menulis kali ini setelah melakukan observasi yang agak mendalam. Entri kali ini adalah untuk bacaan dewasa sahaja. Dan khas kepada sesetengah perempuan. Kepada yang bawah umur, sila pergi menonton televisyen sekarang. Aku tidak jamin dengan pencemaran minda kau jika kau ingkar arahan penulis kacak ini.

Pada pendapat aku, dalam dunia ini orang melayu adalah golongan manusia yang agak istimewa. Kenapa? Kerana mereka mempunyai daya imaginasi yg amat-amat tinggi tentang seks. Mereka juga merasakan mereka mempunyai konek yang paling hebat di dunia. Cuba kau curi dengar perbualan lelaki-lelaki Melayu dimana sahaja baik yang muda atau yang tua. Nescaya kau akan terdengar mereka bercerita sama ada secara berbisik atau secara terbuka tentang seks. Paling tidakpun bercerita tentang keseksian gadis atau awek yang terlintas di depan mereka.Cubalah tengok.

Bak kata orang-orang tua, madu adalah ubat atau makanan terbaik untuk seks. Begitu juga pendapat orang melayu. Jangan peduli tentang hadis atau fatwa yang mengatakan madu adalah penghalang penyakit jika diamalkan berterusan. Jangan peduli juga ayat-ayat  Al-Quran tentang kebaikan madu lebah kerana yang lebih penting untuk mereka adalah bagaimana madu lebah yang dimakan akan mampu membuatkan konek mereka segagah KLCC (kesilapan contoh, KLCC ada 2 menara) Erk maaf.. segagah menara KL Tower.

Jangan pula kau cari orang yang makan madu bersama sanak saudara atau kaum keluarga. Kau takkan jumpa sebab mereka segan. Kenapa segan? Ini adalah kerana madu adalah makanan orang yang telah bernikah atau dengan kata yang lebih sopan, madu adalah makanan untuk orang yang telah dan akan berseks. Kalau kau perasan, mereka juga akan menyorokkan botol madu dengan lilitan suratkhabar jika mereka membelinya dari lelaki tua di pasar malam yang selalu kau lihat kehulu hilir membawa botol-botol berisi madu yang diikat dgn tali rafia.

Lelaki-lelaki yang menjual madu ini jangan pula dipandang rendah. Mereka ini amat pakar tentang konek dan madu. Tanya sahaja tentang kelebihan madu jualan mereka, pasti mula-mula sekali dia akan menerangkan mengenai kehebatan tenaga batinnya setelah memakan madu. Dan akhir sekali sebagai penutup kepada kata-kata iklannya, dia akan menceritakan betapa gagahnya beliau semasa berkamasutra. Damn.

Pucuk pangkalnya, orang-orang sebegini juga akan makan apa saja demi untuk kekuatan konek mereka. Jika dikatakan dengan memakan bangkai kucing sekalipun mereka akan memakannya. Semuanya adalah kerana seks. Kalau tidak benar, kenapa ada banyak iklan-iklan tepi jalan yang menyediakan khidmat berkaitan dengan lemah tenaga batin? Tok Selamat la, Obat kuat Pak Mat, Tok Kadung la…semuanya menjanjikan penambahan kuasa kuda pelanggan yang rata-ratanya adalah miang dan sudah tua.

Kehidupan orang-orang sebegini pula 24/7 (24 jam sehari seminggu) berkisar tentang seks. Mereka bercakap mengenai seks dimana saja. Yang lelaki akan bercerita atau membuat lawak (double,triple meaning jokes) berkisar tentang seks. Yang perempuan pula, tersenyum simpul sahaja mendengar jenaka itu sambil memikirkan ‘kebuasan’ laki mereka di ranjang (atau mungkin di atas meja makan dan sinki dapur).

Orang yang sebeginilah juga yang pertama menggeleng kepala apabila terdengar berita mengenai gadis bawah umur dirogol. Memang cukup bersemangat hendak mengetahui bagaimana gadis itu dirogol. Terima kasih lah kepada media sekarang yang lebih terbuka sanggup menceritakan secara terperinci tanpa segan silu. Mereka geleng kepala bukan kerana kasihan fikirkan nasib mangsa. Mungkin mereka fikir mereka rugi kerana mereka tidak berada di tempat kejadian untuk menunjukkan kuasa kuda mereka.

Mugkin kau terfikir kenapa kali ini aku agak ekstrim. Tetapi sebagai lelaki yang kacak dan ‘gagah’, aku rasa aku perlu sangat-sangat menulis tentang perkara isu ini memandangkan betapa pentingnya isu di dalam masyarakat kita. Nasihat kepada lelaki - Buang semua seluar dalam kau! Beri ruang untuk ‘adik’ kau bernafas! dan paling penting, semat dalam otak kau, buka jugalah minda kau supaya jangan asyik bercerita atau berfikir tentang seks sahaja. Aku sudah naik jijik.


Sekian dari penulis yg kacak serta tenang ini.

01 April 2010

Ubat kuat Pak Mat.

Hari ini aku terbaca tentang sumbang mahram. Di kala berita tersebut diceritakan juga bagaimana proses pembantaian anak atau cucu sendiri. Kadangkala pihak media lebih berminat kepada cerita-cerita sebegini berbanding cerita-cerita anak kambing Pak Busu membunuh diri akibat harga komersial daging ayam naik.

Kali ini sebenarnya aku terpaksa menulis kerana dada aku terasa sebak setelah membaca berita bagaimana beberapa ekor binatang yang sanggup meromen darah daging sendiri. Memang sangap sungguh manusia-manusia tersebut. Akibat dari perbuatan mereka bukan sahaja mangsa sahaja yg terlibat. Jika mengandung, bayangkan nasib

anak-anak mereka.

Bayangkan perasaan anak-anak ini. Cuba bayangkan kau berada di tempat diaorang. Cuba bayangkan jika hari ini ada bukti yang mengatakan yang kita ini adalah anak hasil hubungan haram. Cuak kan? Kita boleh mencomfortkan diri dengan hanya mengatakan anak-anak ini tidak berdosa atau bersalah, tetapi bolehkah kata-kata ini membebaskan anak-anak ini dari kesedihan melebihi kebanyakkan kesedihan yang biase kita alami. (example: duit scholarship tak masuk lagi, tak dapat salam dgn mawi, kene reject dgn awek cun)

Kepada sesiapa sahaja yg mahu berzina, pastikan kau tidak melahirkan anak. Tibailah sesiapa saja jika kau ni memang ni spesis suke berzina. Tetapi pastikan yang dosa kau tidak akan membawa kesusahan kepada ibu kau… tidak membawa kesedihan kepada anak-anak haram hasil kebuasan konek kau sendiri (explicit sikitt.. maaf aku tengah emo)

Aku juga banyak berdosa dan aku berdoa semoga Tuhan segera kembalikan aku kepada kebaikan setiap kali aku berbuat dosa. Good news untuk para penzina yang mahu memastikan mereka boleh bantai ikut celah mana sekalipun tanpa perlu gusar mengenai melahirkan anak haram.

Kini ada satu tablet yang dijamin akan memastikan tidak berlaku kehamilan yang tidak diingini untuk jangka masa 5 tahun. Hubungi Pak Mat yg jual ubat kuat kat tepi Jalan Haji Taib tu jika berminat.