08 May 2010

Happy Mak's Day. (edisi khas)

Aku yakin, semua sekarang tengah sibuk tulis pasal Hari Ibu atau didalam bahasa penjajah kita Mother's Day. Ya, kamu-kamu semua lah.  Baguslah begitu, sekurang-kurangnya, aku tahu kamu-kamu ingat akan mama, amma, mak, ibu, mummy atau ummi masing-masing. Dan kepada mereka yang sebaliknya, atau memang langsung tak tahu berkenaan dengan Hari Ibu, tak perlu gelabah dan kelam kabut, kau takkan ditarik kedalam neraka ataupun dijatuhkan status anak durhaka.

Ada orang cakap, tak manislah sambut hari-hari sebegini, konon-kononnya ada sejarah dan muslihat tertentu disebalik hari istimewa berkenaan, bla bla bla bla dan bla. Okay,sudah habis. Terpulanglah kepada diri sendiri, asal niat baik, mahu berbuat sesuatu untuk ibu kau. Itu sudah kira baek sangatlah. Sejuk perut mak kau, walaupun kau tahu yang kau sudah banyak kali menyusahkan hidup dia. Aku tahu, jangan nak tipu. Bagi aku, setiap hari adalah hari ibu. Sweet bukan?

Aku teringat cerita dulu-dulu, zaman pra-mumaiyiz.
Masa tuh bulan puasa, tengahari, panas memang lah macam sial, aku memang macam dalam keadaan darurat. Aku fikir konsep Rukiyah dalam Islam boleh digunapakai, jalan senyap-senyap pergi dapur, bunyi tapak kaki pun takda sikit pun, memang macam profesional lah katakan. Bukak peti ais, tengok air botol coca-cola yang semalam tak habis time bukak puasa. Pergh! iman bergoncang memang bukan maen hebat, tak perlu kau nak tanya sama angin apa sebab goncang.

Hati kering. Tengok line clear kiri-kanan, bukak botol air coca-cola cepat-cepat, aku terus tonggang. Mak aaaiii, dia punya sejuk memang sumpah nyaman gila, tambah lagi air coca-cola, layan habis. Aku macam terasa orgasm beberapa kali. Celaka. Dan-dan lah masa tuh mak aku datang dari elah mana entah, tuhan punyalah nak tunjuk balasan time tuh juga.

" Hah!! kamu buat apa nie fayadh?! Oooh..ponteng puasa yer." sergah mak.

Aku tergaman, air dalam mulut penuh lagi, memang tak dapat nak sorok-sorok dah. Aku cuba fikir taktik yang terbaek.

" Err..mak, fayadh tadi dah batal puasa lah.. sebab tulah fayadh minum"

" Batal puasa? kamu buat apa sampai terbatal tuh?" tanya mak.

Otak aku ligat fikir macam-macam helah, nak cakap terkeluar mani pada siang hari, mana mungkin, baligh pun belum lagi! Aku dengan yakin jawab.

" Err.. masa mandi tadi, fayadh terkentut dalam air la mak, batal puasa la kan kalau macam tu? kan? kan?"

" Yela tu.. kamu ni memang saja, banyak aja alasan. " mak mengomel.

Mak aku terus blah sambil buat muka tak puas hati. Aku rasa memang dah kantoi, alasan kentut dalam air memang tak kukuh langsung. Sejak bila pula rumah aku ada kolam renang, kolah pun takda, mandi pakai shower je la. Damn.
Besoknya pula, aku tengah sedap lepak-lepak tengok tv, tiba-tiba mak aku datang dan tanya.

" Fayadh..kamu tak kentut dalam air lagi ke hari ni?"

Tak terjawab aku soalan tuh, memang maut sungguh dan berbisa sekali. Aku rasa memang segan, malu, pilu semua. Masa tuh, niat dalam hati nak lari dari rumah terus memang ada. Sumpah kemaluan.
Aku nak pesan sikit kat kau orang, kalau bab-bab akidah syariah islamiah nih jangan berani nak main-main. Nahaslah kamu-kamu nanti.
Kalau nak tahu, mak aku bagi duit raya kat aku memang macam sikit dari tahun sebelumnya. Tapi mak cool, dia tak marah, dia sabar aja.

Sampailah sekarang, penulis yang kacak ni dah besar, dah boleh kahwin pun rasanya. hi hi hi. Mak aku sabar aja layan karenah anak-anak dia. Kau orang bayangkanlah, betapa besarnya pengorbanan mak kau masing-masing. Tak terbayang bukan?


kaseh seorang ibu.

Bagi seorang lelaki, ibu adalah teman wanita yang pertama. Kau kena bagi kaseh sayang secukupnya sebagai anak, layanlah dia seperti kau melayani kemanjaan teman wanita kau yang sebenar. Kalau kau bukan main asyik lagi ber- i love u, u love me dengan teman wanita kau, tak salah kalau buat macam tu kat ibu sendiri. Sesungguhnya, dia dah macam-macam buat untuk kau.

Aku cuma nak pesan, sayangilah mama, amma, mak, ibu, mummy atau ummi masing-masing. Hargai dan sayangilah mereka setiap hari, bukan hanya pada Hari Ibu semata-mata. Mudah-mudahan, kau akan tergolong  dalam anak yang soleh dan solehah.


notabawah: Oh ya, yang atas itu bukan gambar aku dengan mak aku. no no no. Mak siapa? Itu aku tak tahu. Mak kau kott..

05 May 2010

Indonsial

Aku juga bersemangat nasionalisme dan patriotisme. Bukan hanya jiwa hati gadis dan romantik semata-mata. Bertuah bukan ada rakyat Malaysia yang macam aku ini?

Aku tahu, mereka mengaku yang negara mereka (Indonesia) iaitu sebuah negara yang besar, membangun, dan bakal menjadi negara yang disegani oleh negara lain di mata dunia ini pada satu hari nanti. Mereka juga memuji yang mereka merdeka dengan semangat patriotisme kental yang lahir dalam diri masing-masing, sanggup berkorban habis-habisan, tak sama macam Malaysia, dapat kemerdekaaan dengan cara lembut melalui rundingan, dan mereka kata cara itu macam pondan dan lembik. Dan mereka juga dengan megah serta riak mengatakan negara mereka lah yang paling hebat, paling kuat, paling apa-apa ajalah, itu dan ini.

Aku cuma akan jawab; Ada aku kisah? Pergi matilah sama kau orang.

Sekurang-kurangnya, negara aku tak macam kau punya. Cakap besar tak serupa bikin, tak tahu malu, senang sikit lupa diri, sudah kena musibah baru lah terhegeh-hegeh datang minta tolong. Itu memanglah macam celaka. Setakat lagu cari jodoh kau popular kat Malaysia baek tak payah. Kau tak tahu yang kau punya rakyat sudah berlambak merempat kat Malaysia, lepas itu kau nak bajet macam itu negara kau juga kan? Lagilah celaka.

Duit, duit dan duit. Itu ajalah yang kau tahu. Habis duit rakyat aku bagi kat kau buta-buta macam tu aja, dengan duit-duit simpanan kahwin sekali aku terpaksa usik. *tak sabar nak kahwin*
Ah sialan. Aku syak pihak pak imigration tuh, mintak duit lebih sebab nak beli barang-barang persiapan raya nanti. Yela, raya dah nak dekat, tinggal berapa bulan aja. Langsir nak kena beli baru, baju-baju raya belum tempah, sofa-sofa yang dah koyak mestilah nak kena ganti, nak beli lampu yang kelip-kelip tuh lagi. Mana nak korek duit? Amboi.. ooooo sebab tulah kau orang korek duit aku? Fuck betul lah you all ni.




Aku rasa macam nak jadikan Nordin Mat Top itu idola aku, bagi bom habis satu Medan ni.
Amacam? Ada yang mau ikut?
  

03 May 2010

Aku seorang lelaki yang mahu menyintai dan dicintai..

Semua orang ada gaya dan citarasa sendiri. Hmmm i? lebih terjerumus ke arah lelaki maskulin, lelaki hati gadis, gagah berani, comel gila-gila, jambu, kacak dan bergaya. Prinsip hidup "Mutu dan Keunggulan", itu yang penting dan sering diutamakan dalam setiap penampilan. Tak percaya, tengoklah sendiri. Meletopp yaww!!




berdiri dari kiri: ajis bajet muka cute macam teddy bear, anak pak cik ahmad, zac effron @ fayadh (penulis kacak), peter ronald mcdonald, lee chong wei
.


Kepada semua gadis-gadis diluar sana, u all boleh kalau nak contact, or mesej-mesej  i. Silalah tanpa malu-malu tinggalkan komen dibawah, Jangan lupa bagi nama penuh,no phone, umur, alamat dan email sekali okay? Tak mau combunk-combunk (sombong-sombong) tau..

kih kih kih



notabawah; Yes, kau mesti terasa berbulu bila baca tajuk entri ni bukan? Aku tahu.