11 April 2010

Kalaulah awak ada sekali..

Aku baru balik dinner, bukan candle light dinner, tapi dinner makan-makan besar ramai-ramai dalam dewan. Dia orang cakap tema majlis makan-makan tuh, "MASQUERADE". Kau nak tahu tak? Ada orang lalu-lalu sebelah dan tegur yang aku macam pakai mask muka orang kacak, tampan dan bergaya.

" Eh, you dapat mana mask ini? kacak, tampan dan bergaya lah!"

"Oh, muka i memang macam nih, i tak pakai mask pun. Seriously. " aku jawab.

 Kau tak tengok lagi orang-orang yang pakai mask berbulu-bulu tuh, yang macam ala-ala burung kakak tua itu lah. Pening kepala nak cam muka sebab mereka sudah macam jadi burung aku tengok.  Ah, meriahnya bukan maen lagi, dengan orang-orang yang pakai baju macam tak cukup kain, nampak itu dan ini. Apa mereka bajet mereka hot pakai macam tuh? Yes, aku memamg tak kesah pun, cuma aku untunglah bukan, boleh lah cuci-cuci mata sedikit. kih! kih! kih!

Malam ini, aku cuma rasa sedih dan iri hati. Tengok orang lain sama-sama datang majlis makan-makan tuh dengan teman wanita(TW) ataupun teman lelaki(TL) masing-masing. Dalam entri ini aku nak ber-touching sikitlah boleh? Kau tak fikir yang kau ceritakan segala kisah cinta kau dan touching-touching dalam blog kau, boleh pula kan? Mana adil. Aku pun nak juga.

Aku nampak mereka makan sambil bersuap-suap, gelak ketawa bersama, klik klik klik tangkap gambar berdua-dua kesana kemari. Damn. Aku rasa jealous ya amat. Aku cuma buat-buat sibuk mengunyah makanan sebab tak tahan lagi hati melihat. Aku tahu, ini memang cerita sedih dan aku tak tipu.


Ini saya punya Apple

Izlaiza afifah, mesti saya rasa lagi seronok kalau awak ada sekali malam ni.


Tak mengapa Ikmal Fayadh. Sabar, sabar dan sabar.




Selamat malam Medan.


9 comments:

  1. siapa plak la ng kekasih masing2??hahhha..cian u..saba adalah jalan terbaek.hehhehe

    ReplyDelete
  2. aku turut berdukacita dgn nasib mu fayadh.sabar ok?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. yup, kena bersabar. terima kasih rizqi. :)

    ReplyDelete

terangsang?