19 May 2012

Genderasi II

[ klik untuk sambungan ]

Lain pula kesnya untuk lelaki.
Lelaki adalah istimewa (penulis kan seorang lelaki yang kacak yakni istimewa).
Tetapi kenapa lelaki masih lagi tertipu?

Fikirkan sejenak.

Apa yang ada pada wanita?
Kebanyakan lelaki selalu terkeliru yang manakah aset wanita yang paling hebat.
Aku tahu kebanyakan pembaca terutamanya lelaki
akan memikirkan aset paling berharga bagi wanita adalah organ penyusuan
ataupun organ err you know..
Ya, disitulah terserlahnya kelemahan kamu.
Padanlah kamu semua senang ditipu perempuan.

Ketahuilah wahai lelaki,
aset wanita sebenar adalah senyuman mereka.
Ketahuilah kamu. Berjaga-jagalah kamu terhadap serangan wanita
yang penuh nikmat itu. Tolong jangan malukan kaum lelaki.

Aku tahu ramai perempuan (blog penulis kacak ini kan popular dikalangan perempuan) semua tersenyum mendengar kenyataan keloseran lelaki semua.
Tapi perempuan pun apa bezanya.
Memang tidak tahu nak bersyukur langsung.

Adakah sesiapa tersinggung dengan kata-kata aku?
Adakah aku ingin memulakan debat antara gender di sini?
Tentu sekalilah tidak. Kerana pendebatan gender adalah kerja yang paling sia-sia.
Takkan tamat. Cuba kamu katakan kepada perempuan, lelaki lebih hebat dari mereka.
Pasti mengundang pergaduhan. Takpun, katakan sahaja akal perempuan
dikuasai oleh emosi dan nafsu serta tak berfikir secara rasional.
Nantikan sahajalah das-das peluru perkataan dari mereka.

Aku tamatkan penulisan ini secara tiba-tiba di sini
bagi mengelakkan pertempuran gender
dan untuk mengekalkan undi-undi dari perempuan dan wanita.
Kerana undi mereka adalah penting untuk aku.
Undilah saya!

16 May 2012

Genderasi I

“Err..kau ni biar betul boyak. Takkanlah sampai sekarang maintain single.” Kata Ikmal Fayadh setelah melihat Saiful Aizat sugul memikirkan nasibnya yang tidak berapa baik dalam hal-hal mengurat perempuan.

“Entah la yadh, aku terasa macam sampah la pulak. Asyik dipermainkan saja dengan perempuan. Bukannya salah aku pun, aku go on la bila aku nampak ada line kosong” balas Saiful Aizat dengan pandangan seorang romeo yang tewas dalam percintaan.

“Mana kau tahu ada line-line kosong ni, cakap serupa orang telekom pulak. Contoh macam kes si Rozita Che Wan aritu, dia baru senyum-senyum sikit, kau dah mula perasan tahap kelambu." jawab Ikmal Fayadh dengan cool.

Dengan marah, Saiful Aizat membalas
“Peduli apa aku. Janji aku puas. Aku dalam bab mengenal reaksi awek ni no satu. Champion. Kau tau, aku la yang paling hensem dan kacak dalam kampung aku dulu-dulu!"

Aku tahu bila perkataan kacak dikeluarkan,
perkara yang terlintas di kepala kamu adalah
wajah penulis yang kacak sangat ini.
Aku faham. Tak perlu untuk memuji-muji aku lagi. Aku faham.

Kembali kepada episod kisah benar kali ini, pernahkah kamu mengalami perasaan seperti Saiful Aizat? Ditipu, dipermainkan, dipergunakan.
Jika jawapan kamu adalah ya, tepuklah bahu anda sendiri kerana anda sendiri telah mengaku anda seorang loser. Tapi dari aspek yang lain,
kamu adalah lelaki alpha yang berani dan berjiwa kental!

Alpha atau loser sore, tetap bergantung pada pandangan masing-masing.
Adakah kita boleh pasti yang senyuman wanita pada kita menandakan titik bermulanya proses pengawanan? Tidak sama sekali.
Percaya atau tidak, wanita mempunyai tindak tanduk yang lebih kompleks
berbanding lelaki. Sebab itu, senang sahaja lelaki ditipu wanita.
Jangan kamu berkata wanita selalu menjadi mangsa.
Apakah nasib lelaki kalau begitu?

Kenapa perempuan masih boleh jual mahal
sedangkan bilangan mereka di muka bumi ini jauh lebih ramai dari lelaki.
Kenapa mereka mampu merejek lelaki walhal mereka sedar
semakin tipis peluang mereka untuk mendapat pasangan.
Kalau dari segi sudut pandangan ilmu mantik, mereka sentiasa dalam kerugian,
kerana saham mereka berkadar songsang dengan usia mereka.

[ bersambung...]

13 May 2012

Semangat pagi

Pap. Aku terjaga. Mata masih belum lagi buka sempurna.
Aku tengok jam dengan kelip mata laju-laju. " Ah sial, tinggal 15 minit lagi.. "
Van ke kampus jalan jam 6.30 pagi waktu tempatan. Kuliah start jam 7.00 pagi. Itu rutin.
Kalau lambat sikit, memang kena tinggal. Aku terus lompat dari katil.
Jalan serupa orang mabuk lepas minum todi tapi dengan langkah cepat.
Capai tuala, ambil perkakas mandi, terus pergi bilik air.
Mandi dengan 9 kali gayung itu dah terlalu cukup untuk masa yang semakin terhad.
Sabun badan, gosok gigi, syampu kepala dan lain- lain semua aku buat serentak.
Multitasking orang perak cakap. Otak kanan dan kiri aku memang power kalau bekerja sekali gus.

Habis mandi, keringkan badan berdiri depan kipas angin dengan kelajuan maksimum.
Pakai baju siap semua, rapikan rambut guna tangan. Sikat terlalu mainstream bagi aku.
Baju tuck in kasi smart. Memang hensem. Tali kasut kulit hitam yang aku pakai, aku ikat dengan kemas.
Aku turun tangga dengan langkah dimulakan dengan niat mahu menuntut limu.
Itu pesan ustaz masa sekolah agama rakyat dulu. Baru diberkati katanya.

Sampai bawah aku terus tengok jam, pukul 6.25 pagi. ngam-ngam lagi 5 minit.
Driver van pun belum sampai lagi. Aku tersenyum puas.
Duduk tunggu kat ruang tamu. Bukak tv ada kartun disney, Handy Manny.
Tapi sudah alih bahasa dalam bahasa Indonesia. Layanlah sekejap.
Tak lama kemudian, tiba-tiba aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena.
Kepala aku ligat berfikir, congak dan kira-kira.
" Ish, tak boleh jadi ni.. " kata aku sendirian.

Aku cepat-cepat off tv. Berlari naik tangga balik masuk dalam bilik.
Pintu bilik aku hempas tutup dengan kuat sebagai tanda protes. Bang!
Baju masih lagi tuck in, dan berstokin terus landing atas katil.
Air-cond aku kasi suhu paling rendah dan aku tarik selimut tutup menyelubungi.
Dalam hati masih sumpah seranah.

*****

Apa kejadahnya pagi-pagi hari ahad macam ni ada kuliah? Lancau betul lah.