20 March 2014

Keunggulan Permaisuri - Part III

[ Keunggulan Permaisuri - Part II ]


Untuk menyampaikan jemputan ber-jogging kepada makwe, kita perlu fikirkan setiap kemungkinan yang mungkin ada berdasarkan kepala otak mereka bekerja.

Pertama, berdoa kepada Tuhan.

Kemudian, rangka strategi yang in a way, secara automatik menjawab analisa mereka tentang tujuan, penggunaan ayat dan semasa, renungan mata, tone suara, dan cuaca yang akan pasti mereka kaitkan dengan ayat yang kita guna. Ada banyak cara sebenarnya kalau anda sudah mahir dan bagi pakwe yang sudah mencapai level expert, mereka akan cukup skillful  untuk skip beberapa prosedur  dan kemudiannya masih boleh walk away just fine.

Now.

Tujuan ajakan jogging anda untuk apa?

Peluang untuk buat sensor mereka memproses ajakan anda ber-jogging tidak ada kena mengena dengan berat badan mereka adalah.. well, mungkin tujuh peratus tapi selalunya; tidak ada. Sebagai seorang lelaki, 102.5% dari kesemua perkara yang kita lakukan sebenarnya adalah tanpa ada tujuan apa-apa. Tetapi sebagai seorang pakwe, setiap satu perkara yang anda buat akan ditafsir mempunyai 7000 ulterior motives dalam kepala otak seorang makwe. 

2000-3000 daripadanya adalah something yang got to do dengan bekas makwe lama (kalau ada). 3033 berkait  rapat dengan colleague kita paling lawa dan kesemua mereka didaftar dalam kepala otak mereka seorang makwe sebagai those mereka yang slim-slim belaka tidak kiralah se-tong deram apa pun saiz sebenar mereka secara realitinya.

Selebihnya adalah perkara-perkara lain yang.. Entahlah, i dont know. Macam lah saya tahu semua perkara, saya bukan makwe anda punya mama.


[ bersambung...]

18 March 2014

Keunggulan Permaisuri - Part II

[ Keunggulan Permaisuri - Part I ]

You see,

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap bulan dan bintang, saya berpendapat wanita mempunyai keupayaan luar biasa menganalisa tujuan, penggunaan ayat, keadaan semasa, renungan mata, politik dunia, cuaca dan juga dalam banyak kes, tone suara the second anda habiskan perkataan second last yang anda mahu sampaikan kepada dia.

Dalam kes Ali, kesemua analisa itu berlaku ketika dia  baru saja habis sebut perkataan 'malam' dalam ayat;

" Salmah mari kita jogging malam nanti."

Habis saja dia sebut perkataan 'nanti', kesimpulan telah berlaku dalam kepala otak Salmah dan pada ketika itu, Ali sudahpun dead meat sebelum  sempat dia ketahui apa sebenarnya yang virtually berlaku. Sensor pendengaran wanita tidak pick-up apa yang pakwe mereka kata, exactly seperti apa yang pakwe mereka kata. In fact, sensor mereka merely sesuaikan 'letrik' apa yang sedang mengalir dalam kepala otak mereka, dengan apa yang kita kata.

First, tone suara. Second, lirikan mata. Kemudian mereka pick-up keyword. Keyword dalam kes ayat Ali tadi ialah 'jogging' dan National Geographically speaking, berat badan adalah salah satu perkara yang constantly ber-electrify dalam benak kepala kebanyakkan mereka.

Dan..

Jujur pada saya; berapa kali makwe anda tekankan kepentingan eye contact ketika berinteraksi dengan mereka?

Anda ingat mereka mahukan eye contact sebab nak tengok keindahan anak mata anda ke?

Jangan perasan la brader..


[ bersambung... ]

16 March 2014

Keunggulan Permaisuri - Part I

Jazzy Ali,

Ada beribu perkara yang membezakan manusia dengan kuda dan salah satunya ialah kita boleh berkomunikasi, mampu mempertutur bahasa. Kuda sure boleh bersuara tapi kerana saya bukan kuda, saya tak sure andaikata mereka juga boleh bertutur sesama mereka. Sehingga saya atau somebody daripada kita jadi kuda, kita leave it at that.

Now,

Sebagai seorang manusia kita faham komunikasi dalam bentuk pertuturan bahasa, tak kiralah bahasa apa, berfungsi menyampaikan maksud atau mesej kepada pihak satu lagi.  Sebagai seorang lelaki, kita faham kalau saya kata dekat Ali " Mari kita jogging malam ini ", maksud saya ialah " Oi Ali! Marilah kita jogging malam ini". Di pihak Ali, dia faham exactly apa yang saya cuba sampaikan. Dipendekkan cerita, malam itu exactly itulah apa yang berlaku; kami pergi ber-jogging sambil planet bumi mengorbit seperti biasa.

Mudah.

Bagaimanapun, transmisi maksud atau mesej walaupun yang semudah, selurus ini pun akan bersimpang siur kalau melibatkan perbualan antara satu pakwe dan satu makwe. Ali yang mahu mengajak Salmah makwenya pergi ber-jogging malam karang akan melalui beberapa proses scrutinizing tentang tujuan, penggunaan ayat, keadaan semasa, renungan mata, tone suara dan juga dalam banyak kes politik dunia ketika mahu menyampaikan hasrat murni mahu mengajak Salmah pergi jogging.

Mengajak Salmah berjogging, Ali perlukan transmission strategy yang ampuh. Simply sebut perkataan " Salmah mari kita jogging malam nanti " akan secara semulajadi ter-distorted di saluran telinga Salmah lalu matematik yang selamat mendarat ke kepala otak dia adalah something yang berbunyi "Salmah, awak ni dah gemuk la".

Tidak banyak dan hampir tidak ada perkara yang makwe boleh maafkan kita begitu saja dan menuduh Salmah yang beratnya 55kg sebagai gemuk definitely salah satu daripadanya. In fact, menuduh makwe sendiri dengan tuduhan gemuk kalau di-translatekan  dalam panel code ia umpama kesalahan merompak balai polis menggunakan senjata api... sebanyak dua kali.

" Tapi mana ada saya tuduh dia gemuk?" Ali mula garu kepala.

" Saya cuma ajak dia jogging". Buntu, garuan kepala Ali semakin laju.

Kalau anda juga seperti Ali, maka that can only mean one thing; kepala gatal anda itu belum belajar yang apabila berdepan dengan makwe, apa yang anda sampaikan make little sense tentang apa yang anda sampaikan. Pening bukan?

[ bersambung.. ]