18 March 2014

Keunggulan Permaisuri - Part II

[ Keunggulan Permaisuri - Part I ]

You see,

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap bulan dan bintang, saya berpendapat wanita mempunyai keupayaan luar biasa menganalisa tujuan, penggunaan ayat, keadaan semasa, renungan mata, politik dunia, cuaca dan juga dalam banyak kes, tone suara the second anda habiskan perkataan second last yang anda mahu sampaikan kepada dia.

Dalam kes Ali, kesemua analisa itu berlaku ketika dia  baru saja habis sebut perkataan 'malam' dalam ayat;

" Salmah mari kita jogging malam nanti."

Habis saja dia sebut perkataan 'nanti', kesimpulan telah berlaku dalam kepala otak Salmah dan pada ketika itu, Ali sudahpun dead meat sebelum  sempat dia ketahui apa sebenarnya yang virtually berlaku. Sensor pendengaran wanita tidak pick-up apa yang pakwe mereka kata, exactly seperti apa yang pakwe mereka kata. In fact, sensor mereka merely sesuaikan 'letrik' apa yang sedang mengalir dalam kepala otak mereka, dengan apa yang kita kata.

First, tone suara. Second, lirikan mata. Kemudian mereka pick-up keyword. Keyword dalam kes ayat Ali tadi ialah 'jogging' dan National Geographically speaking, berat badan adalah salah satu perkara yang constantly ber-electrify dalam benak kepala kebanyakkan mereka.

Dan..

Jujur pada saya; berapa kali makwe anda tekankan kepentingan eye contact ketika berinteraksi dengan mereka?

Anda ingat mereka mahukan eye contact sebab nak tengok keindahan anak mata anda ke?

Jangan perasan la brader..


[ bersambung... ]

No comments:

Post a Comment

terangsang?