24 March 2014

Keunggulan Permaisuri - Part V

[ Keunggulan Permaisuri - Part IV ]


Simply kerana otak mereka  beroperasi macam gitu, matematik yang sama mereka expect diaplikasi oleh kepala otak kita. Kita pula most of the time, clueless tentang kewujudan  'operasi' dan 'misi' dalam algebra komunikasi seorang makwe. Jadinya bila anda terus saja zahirkan objektif anda untuk ajak dia jogging dalam perenggan pertama, apatah lagi ayat pertama conversation anda dengan dia, mereka simply tidak dapat. 

They just won't. Nada.. yilek. 

Sepertinya mereka terus ternanti-nanti dan masih cuba find out anda sebenarnya mahu cakap apa walhal sudah terang-terang anda kata mahu ajak dia jogging tadi.

Okay next, keadaan semasa.

Ini luas skopnya, yang penting anda perlu peka. Semasa dia buka mulut, buat mental note segala komplen yang keluar dari mulut dia. Benda-benda macam turun naik harga barang make-up, fashion tudung some kawan dia, konflik perpecahan kawan dia, hobi baru kucing jiran dia.. benda-benda begini. Tiada siapa yang boleh really tell exactly kita sedang cari clue apa melalui siri bebelan dia tapi dengan latihan berterusan, over time, segala mental note yang ada dalam kepala otak kita akan kasi sedikit saranan adalah itu masa yang sesuai atau tidak, menyampaikan mesej mahu ajak dia jogging malam karang.

Penting untuk kita tidak sesekali lupa yang siri bebelan mereka itu, ada kemungkinan besar bermakna mereka 'on a mission' mengajak anda tengok wayang malam nanti cuma mereka masih di peringkat awal misi. The bomb, yaitu mesej 'mari tengok wayang malam ini' belum sampai masanya untuk mereka gugurkan lagi. 

Sebab itulah antara komplen paling popular seorang makwe terhadap pakwenya ialah 'he never listen'. 

Tahukah anda? mengikut undang-undang mereka, dengan mendengar 6.5 perkataan dari 7 yang mereka tuturkan tidak dikira sebagai 'listening'? Wanita tidak seperti kita, wanita tidak sampaikan mesej dalam sebaris ayat. Mereka perlu anda dengar 18 perenggan non stop sampai habis lalu anda kena pula complete the puzzle dan teka, dia actually  transmit mesej apa.

watahelman..


[ bersambung... ]

22 March 2014

Keunggulan Permaisuri - Part IV

[ Keunggulan Permaisuri - Part III ]


Point saya ialah: sebelum bersuara, sediakan satu suasana kondusif yang tidak membenarkan mereka berfikir ke arah apa yang saya cakap tadi. Tapi kalau strategi anda kurang berjaya dan dia end up tanya juga, sediakan jawapan yang sekukuh tembok besar China.

Ajak dia jogging selepas anda jeling satu makwe slim ketika ber-dating bukanlah salah satu jalan, dari banyak jalan yang ada untutk menuju kehidupan bahagia. Ini for sure.

Anda guna ayat yang bagaimana?

Kalau anda tidak dipengaruhi TV, anda akan perasan dalam realiti komunikasi pakwe-makwe, seorang makwe yang mahu ajak pakwe dia tengok wayang tidak simply kata ke pakwe dia " mari kita tengok wayang, Ali ". Hampir setiap keinginan dalam kepala makwe  (yang ada kaitan dengan pakwe of course) dizahirkan  ke dunia nyata sebagai sebuah 'operasi' yang mengandungi beberapa 'misi'. Objektif  akhirnya ialah keinginan mereka tadi.

Bila keinginan mereka ialah pergi tengok wayang, behold. Sama ada anda suka atau tidak, sebelum mereka sampai ke objektif terakhir itu anda akan diheret dengan pelbagai drama dan persoalan. Itu semua part of mission mereka.

Kalau anda play it wrong lalu gatal-gatal cuba connect the dots misi-misi ini secara logik empirikal, anda hanya buang masa dan menyebabkan objektif tengok wayang further 2-3 jam kemudian, which is in itself;

adalah satu pembuangan masa.

Dengan kata lain yang lebih mudah, bolehlah dikatakan secara longgar yang the whole shebang  hasrat mahu tengok wayang mereka ini adalah sebuah acara 'game show' komunikasi.

See?


[ bersambung...]

20 March 2014

Keunggulan Permaisuri - Part III

[ Keunggulan Permaisuri - Part II ]


Untuk menyampaikan jemputan ber-jogging kepada makwe, kita perlu fikirkan setiap kemungkinan yang mungkin ada berdasarkan kepala otak mereka bekerja.

Pertama, berdoa kepada Tuhan.

Kemudian, rangka strategi yang in a way, secara automatik menjawab analisa mereka tentang tujuan, penggunaan ayat dan semasa, renungan mata, tone suara, dan cuaca yang akan pasti mereka kaitkan dengan ayat yang kita guna. Ada banyak cara sebenarnya kalau anda sudah mahir dan bagi pakwe yang sudah mencapai level expert, mereka akan cukup skillful  untuk skip beberapa prosedur  dan kemudiannya masih boleh walk away just fine.

Now.

Tujuan ajakan jogging anda untuk apa?

Peluang untuk buat sensor mereka memproses ajakan anda ber-jogging tidak ada kena mengena dengan berat badan mereka adalah.. well, mungkin tujuh peratus tapi selalunya; tidak ada. Sebagai seorang lelaki, 102.5% dari kesemua perkara yang kita lakukan sebenarnya adalah tanpa ada tujuan apa-apa. Tetapi sebagai seorang pakwe, setiap satu perkara yang anda buat akan ditafsir mempunyai 7000 ulterior motives dalam kepala otak seorang makwe. 

2000-3000 daripadanya adalah something yang got to do dengan bekas makwe lama (kalau ada). 3033 berkait  rapat dengan colleague kita paling lawa dan kesemua mereka didaftar dalam kepala otak mereka seorang makwe sebagai those mereka yang slim-slim belaka tidak kiralah se-tong deram apa pun saiz sebenar mereka secara realitinya.

Selebihnya adalah perkara-perkara lain yang.. Entahlah, i dont know. Macam lah saya tahu semua perkara, saya bukan makwe anda punya mama.


[ bersambung...]