19 October 2008

Pabila Pungguk Rindukan Bulan

Jika kamu me-mancing ikan....
Setelah ikan itu ter-lekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.



Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah
kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu me-ninggalkannya
begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan
bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN
segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada
,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan
janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu men-ampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba mem-perbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukanmudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan men-inggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Men-genyangkan . Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL.Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN .
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain..

Kamu juga ya.

Livre seterusnya...




*Aku jiwang syal!! ahahaha.bkn slalu pun.lalala

No comments:

Post a Comment

terangsang?