30 December 2010

Gulai kari bontot berapi.

Adat lah kalau sudah kalah, mula pung pang pung kecoh bagai nak rak, lepaklah mas. Lu orang pun tahu team Malaysia bukan power sangat pun! Setakat menang final, apa lah sangat. hehe. Ala, lu ingat tak? dulu lu orang bantai team negara gua 5-1! Gua relaks aja, sikit pun tak gelabahlah hai.. HAHAHA!

Lu nak claim lu punya team kalah sebab ada orang Malaysia main-main laser suluh kat muka player lu? Lepaklah mas, takkan lah laser mainan budak-budak belum mumaiyiz RM1.50 itu pun, player lu tak boleh tahan? Kena sikit aja kot. Gedik nak mampus. HAHAHA!

Mas, team negara gua semuanya original made in Malaysia. Cuma Rajagobal tu macam dari negara orang putih sikit. Rambut iras-iras Arsene Wenger. Team negara lu? Gua pun konpius first time tengok, gua ingat team negara Spain. HAHAHA!

Amboi mas, ewah ewah, dulu gua baca lu punya surat khabar. Pergh! baru belasah Malaysia 5-1, dan dan lah 4 hari berturut-turut muka depan pasal bola sepak negara lu sahaja. Lepaklah mas, team negara lu bukannya menang world cup pun. Final piala motor Suzuki pun lu orang kena tibai! HAHAHA!

Lu kelam kabut dan serabut macam ayam apa hal? Lepaklah mas, kaum kerabat lu (mat minah indon) kat negara gua nih beruntung juga apa, mana lah tahu Malaysia dapat cuti sebab kalahkan negara lu dalam final AFF. Dia orang boleh enjoy relaks buat reunion sikit lepak lepak dekat KLCC. HAHAHA!

Mas, gua nak tanya sikitlah boleh? Lu kenal Safee Sali? HAHAHA!

Pergh..lu orang memang jenis main kacau mental emosi. Mentang-mentang lah main kat Jakarta, lu suruh lu punya hot chicks pakai baju sampai nampak boobs sana sini. Yes, gua tak nafikan lu punya chicks punya barang memang mantep. Tapi, lu ingat team Malaysia nafsu kuda macam Ariel Peterpan? HAHAHA!

Eh mas, tunggu sekejap, mana lu orang punya burung garuda? Ooh, gua lupa harimau malaya sudah kick lu punya burung punya testes. Pedih banget dong! HAHAHA!


p.s: Okay, serius i puas gila babi. i cuma berharap tiada Indonesian datang dekat i dan curi-curi cucuk bontot i guna buluh runcing lepas ini. 

29 December 2010

Adios Amigos.

Okay, i nak tanya you all. Tahu apa maksud azam? Hmmm?

Setengah manusia berubah kerana diri sendiri, ada yang berubah kerana keluarga, ada yang berubah kerana kawan-kawan, ada yang berubah kerana mak bapak, ada yang berubah kerana agama dan ada yang berubah kerana keadaan.

Kalau mahu berubah dari segi itu dan ini, you tak perlu tunggu masuk tahun baharu baru nak terhegeh-hegeh mak nenek. Kononnya pada masa itu seumpama buka buku barulah, bermulanya hidup barulah dan segala jadahnya yang baru-baru.

Ada lelaki jahat berubah dari kufur kepada soleh setelah hilang orang yang tersayang,
Ada lelaki gatal hilang kegatalan ataupun bertambah gatal bila sudah jumpa orang yang dia sayang,
Ada wakil rakyat berubah semakin galak makan duit rakyat sendiri bikin perut makin buncit,
Ada imam besar di masjid sudah berubah dari dulunya warak kini sudah pandai tonggang arak dan kongkek siang malam,
Ada perempuan solehah bertukar menjadi liar setelah dirogol dengan teman lelaki atau bapa tiri.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
Ini semua pernah terjadi.


Kalau sudah terdetik dalam hati mahu berubah, apa kata you mulakan dari sekarang? Tiada besok, lusa atau tahun hadapan. It's now or never. Ini lebih baik dari sibuk memasang azam 100 perkara pada tahun baru, tapi tak berbuat apa-apa, hanya berazam dan berharap akan berlakunya keajaiban.

Tahun akan datang seperti tahun-tahun yang lain, i tak pernah kisah untuk fikir tentang azam tahun baru. Sebab i dont need new year to change or to plan to change. i have 365 days. Compare dengan orang lain yang ada awal tahun sahaja untuk menyiapkan list azam tahun baru. Oh sungguh kasihan.

Kecuali masa i umur 10 tahun, i ada berazam mahu kahwin dengan Marion Counter, sikit aja lagi mahu tercapai. Tapi.. dia tolak i mentah-mentah. katanya;

" Fayadh.. i tau you belum baligh lagi. So, i tak yakin you dapat beri apa yang i nak and membahagiakan i di kemudian hari. i'm sorry sayang.."




dan i pasrah, kerana i tahu perempuan sememangnya begitu. Materialistik!

Adios 2010. Terima kasih untuk segala kenangan. Ada yang pahit, manis, payau dan macam celaka pun ada. :)

24 December 2010

Twilight Saga.

" Jacob, i rasa kita kena break up. "

" wtf? why why? i've given you everything, why are you leaving me? "

" Memang lah awak lagi hot dari Edward, lagi cute, badan awak memang sedap, awak pakai seluar sahaja selalu. Memang awak la kegilaan gadis remaja zaman sekarang. Tapi i malas. Sangat malas. And I've had enough okay! "

" Ini mesti sebab Edward bukan? " Jacob mula menitiskan air mata. sob sob sob.

" This has nothing to do with Edward. i bukan macam Bella, terjun masuk air nampak Edward, naik basikal nampak Edward. ish Bella, get a life lah please. "

" Then tell me, why are you dumping me? i came to Malaysia just for you tau! i terpaksa belajar bahasa Malaysia untuk you. i tinggalkan college i kat America!  *Woof Woof*"

" Haaa, itulah pasal, asal marah aja jadi anjing, asal marah aja jadi anjing. Sebab ni la aku nak break up dengan kau la sial. Marah aja jadi anjing. Aku yang susah, asyik nak kena samak 2103492041208321941023021930129 kali. Tak kuasa Mak. "

Lalu gadis itu membaling frisbee dan Jacob yang lurus terus mengejar frisbee itu dan itulah kali terakhir Jacob dapat berjumpa dengan kekasih hatinya.

Lalu Jacob Black menangis lagi dan pulang ke America keesokan harinya.

Dan dia terus menangis..seperti kanak-kanak kehilangan lolipop.

15 December 2010

PMS : swing swing

I selalu dengar kawan kawan female i kerap complain tentang senggugut yang mereka hadapi once a month. Pegang perut dan dengan muka tahan sakit. So bila i tengok aja ciri-ciri macam itu, i boleh tahu lah itu pasal apa.


My girlfriend ada cakap :


" ..Guys are lucky they dont have to deal with PMS.. " 

Well, I agree partially. But I think girls are the lucky ones.

They don't have to deal with PMS-sy girlfriends.

Girls can not go to class and tell their lecturers,

" ..senggugut la cik.. "

There is no way we could skip class and tell our lecturers,

" ..Girlfriend saya PMS la cik.. "

No way. No way.



Tak percaya? cubalah try tengok and tell me kalau anda berjaya.

So look at the bright side, girls. hehe



Goodnight Medan!

08 December 2010

Jolok, masuk dan picit.

Topik gosip hot dan liar makcik-makcik jual kuih kini yang kecoh dan riuh satu Malaya pasal 'sekolah harapan' khas untuk remaja yang hamil muda tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah dalam undang syariah. Bagi rakyat kita di Malaysia, tak kira apa yang sebabkan perempuan itu hamil, terjadi secara langsung dan tidak langsung, dirogol, suka sama suka, angkara hantu raya, atau mandi didalam kolam yang ada sperm aktif berenang-renang.

Anak yang dilahirkan itu secara automatis akan digelar anak haram, bastard, anak luar nikah. Istilah orang putih panggil 'anak hare'. Sangat kreatif kamu-kamu semua.

Itu belum kira orang ramai pergi berdemonstrasi dengan menyuarakan bantahan 100 persen sekolah yang kononnya boleh buat remaja muda djaman sekarang semakin galak berzina. Kalau kau hamil apa ada hal? masuk aja sekolah itu. Makcik jual kuih tadi? Ya, dia pun ikut serta memeriahkan acara demonstrasi. Negara demokrasi lah katakan.

Kamu-kamu semua memang gelabah dan kelam kabut. Cubalah berfikir sebelum menyalak sana sini. Kamu nak banding Malaysia dengan negara barat? Mana boleh macam itu. Undang-undang negara mereka lain. Kamu cakap Malaysia negara Islam dan sememangnya tak patut buat sekolah macam itu?


Oh, kamu semua silap.

Inilah contoh negara Islam yang baik, kita masih terus berdakwah untuk menyelamatkan modal insan negara biarpun mereka sudah terlanjur. Apakah kamu-kamu semua yang menyalak tak tentu pasal mahu mereka yang terlanjur terus tersilap langkah? Kita sepatutnya membantu menyelamtkan mereka dan bukan sekadar mengutuk.

Siapa kata negara Islam yang baik tak timbul masalah zina? 1 statement yang cuba menongkah sejarah. Ingatlah bahawa zina sudah berlaku sejak zaman nabi lagi. Apakah kerajaan di bawah pemerintahan nabi bukan islamik? Mana mungkin ada negara Islam yang sifar kes zina. Kalau inflasi sifar, itu lain.

Masalah agama ni ada khilafnya. Kalau tak tau jangan main hujah sembrono. Itu pun kenalah secara budiman. Tak kena pada muka batang hidung kamu sendiri memang lah pandai bercakap. Pung pang pung pang. Tunggu lah masanya bila kita yang kena seperti mereka. Bukan mahu mendoakan, tapi sebagai peringatan. Masa itu baru kamu akan faham. Jangan cakap tak mungkin kena, sebab kamu bukan tuhan untuk tentukan qada dan qadar.

"..itulah kau, anak sendiri tak pandai jaga, kan sudah dapat cucu haram.."

Kamu-kamu semua jangan salahkan sesiapa, itu, ini dan segalanya. Tak guna berdebat untuk tahu siapa juara, sedangkan penyakit ini terus menelan kita.

Janganlah jadi macam anjing kurap yang konon hebat menyalak semata-mata niat mahu naik taraf dan double standard dan berharap supaya boleh jadi Chihuahua yang comel.

27 November 2010

Cubaan bunuh diri Dr. Rozmey.


Kini sudah terciptanya sejarah,, munculnya idea, corak pemikiran dan aspirasi dari seseorang yang sepatutnya kita jadikan idola. Setakat ini sudah hampir 39 juta orang yang tengok filem beliau ! Lagi 1 juta nak capai target beb. Reaksi penonton memang diluar jangkaan, Seperti kata beliau;

" Inilah filem melayu pertama yang ditayangkan serentak di seluruh panggung wayang Malaysia. "

Filem melayu pertama? Lu punya filem? Syabas Dr. Rozmey syabas!

REVIEWS:

1. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS);

" .. kami cukup berasa bangga. Kerana apa? Kerana inilah hala tuju industri filem yang kita mahu. Kalau usaha seperti Dr. Rozmey ini diteruskan, nescaya filem-filem kita akan mendapat perhatian di mata dunia. Ramai orang cakap, seniman negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kita sukar dicari ganti, tapi sekarang? Ternyata telah lahirnya seniman baru (Dr. Rozmey) dalam industri perfileman Malaya dan mula mencipta lagendanya tersendiri..Ini baru sahaja permulaan bagi segalanya.. "

2. Suara Keadilan;

"..Kerajaan Malaysia (Barisan Nasional) pada masa sekarang perlu ambil perhatian, sepatutnya filem ini diharamkan serta merta! banyak unsur-unsur entah apa-apa yang boleh mempengaruhi umat Islam di Malaysia. Khurafat, Freemason, Illuminati dan segala macam. Kalau sudah macam ni, macam mana nak bangunkan ukhwah Islam yang cemerlang? Mentaliti seperti ini yang sebenarnya kita kena buang.. "

3. Datuk Yusof Haslam;

"..eleh Rozmey, lu ni poyo macam pundek lah. Gua yang otai ni, relaks aja. Gua punya filem Gerak Khas lagi best dari lu punya filem laa cibai. Lu nak buat sibuk-sibuk buat pengumuman ala-ala penyimpan mohor besar raja pasal apa? Serabut betul.."

4. Michael Bay;

(terjemahan bahasa melayu)  "..cheq tak mau komen banyak-banyak, dia punya efek dalam filem tu macam cannot go la, tak sesuai. Mai sini cheq nak habaq sikit naa, bukan nak kutuk ka apa, nanti tak pasai-pasai cheq kena balun dengan Dr. Rozmey. LOL. Haa laa ni Rozmey, hang pasni toksah la buat filem lagi laa, bazir duit aja haih.. baik hang pi sedekah duit kat anak yatim. Besar pahala dapat. Ye tak? Peace yaww.."

5. Daily Mail;

"..the most hillarious film in the world! Thumbs up!.."

6. J. K Rowling;

"..hmmm i rasa, i nak ambil inspirasi filem 2 Alam tuh sebagai karya i seterusnya. fyi (for your information) i sudah dapat permission from Dr. Rozmey sendiri. So for the next 4 month after the last tayangan of Harry Potter & The Deathly Hallows part II,, i will start writing a new book, maybe akan di adaptasi juga ke layar perak, who's know right? 2 Alam and The Rozmey's Stone? kelass gitu..Avadra Kadavra ! .."

7. Ikmal Fayadh;

"..saya memang peminat setia Abang Rozmey @ Mey. Saya selalu follow up dia punya perkembangan karier. Saya jadikan kegigihan dia sebagai motivasi diri sendiri untuk terus maju, cemerlang dan gemilang. Walaupun dia dicaci maki, dan di fuck sana sini dengan orang ramai yang tak berpuas hati. Celah mana tak puas hati tak tahu lah.. Apa pun yang terjadi, i will always support you Abang Rozmey ! XOXO ! .."

****

Hebat gaya rambut bukan bermaksud hebat dalam segala-galanya.


LAGI TENTANG DR. ROZMEY

20 November 2010

Dilema seorang lelaki; Kebesaran.

My body is wonderland.


Yes.


I have this 'love-hate relationship' with my body. Body i ni adalah seorang gadis (yes, i'm a straight guy yang kacak, macho dan bergaya but my body is a gadis) yang sensitif.


Tak semua lelaki didunia ini seperti i, punya kesedaran untuk selalu jaga dan maintain body shape. Push up 500 kali sehari dan berlari 20 kilometer ulang alik kampus. Itu semua takda masalah.


Tapi..


Everytime i buat tak tau pasal dia, mesti dia merajuk. Gedik tak tentu hala. Bila dia merajuk, mulalah nak besar sana, besar sini, tambah lemak sana, tambah lemak sini, mula lah besarkan perut supaya seluar tak muat, lepas tu buat i rasa guilty. Kecewa dan menyesal. Stress betul.


So terpaksalah i pujuk dia, i kena bawak dia main futsal la setiap malam minggu, belikan makanan dan minuman yang sedap-sedap tapi mahal dan rendah kalori (dia memang jaga badan gila gila) seperti chicken salad, jus tembikai, apple pie, pumpkin pudding, popia pisang dan tempe goreng (ini bila sudah sengkek sebab hari- hari makan kedai mahal).


Memang mengada sungguh! Lepas i dah penat pujuk dia ni, i pun perlukan space okay! asyik-asyik dengan dia aja. i pun nak jugak keluar dengan my friends malam-malam, nak makan nasi lemak, makan KFC, minum Ice blended, tengok wayang sambil makan popcorn caramel. 


TAKKAN TAK BOLEH?! i PERLUKAN RUANG! Please lah faham.


But everytime i buat benda-benda yang dia tak suka seperti itu, dia akan merajuk. Mula lah nak masam muka, besar perut. Mulalah dia tak nak masuk dalam seluar dan baju baju i. Mengada betul tau! Benci benci benci.


Sudah lah, i pun perlu tidur awal malam ni, esok pagi nak bawak dia pergi jogging, nak tengok sunrise katanya.


Body i memang queen control. 


p.s: tapi.. teman wanita i lagilah queen control! Seriously tak tipu. Ahakz




Goodnight Medan. 

14 November 2010

Bahasa jiwa bangsa.

Kita semua tahu yang kita perlu mula membeli DVD original. Walaupun agak mahal, tapi untuk kepuasan diri sendiri juga. Ini kerana, apabila sampai dalam bab-bab translation;

" She is not well "

di translatekan ke

" Dia bukan perigi "


****

Mai habaq kat aku sapa yang tak stress kalau sudah macam ni?

12 November 2010

Hantaran. (post untuk Fatin)

Aku baru sahaja menyaksikan drama di facebook hanya kerana sepasang couple yang sangat mencintai sesama sendiri menceritakan wedding plans mereka. Macamlah mereka aja yang berkahwin. Tak perlu nak excited dan kecoh-kecoh satu dunia boleh tak please? 

Meskipun begitu, aku tak berapa sure sama ada mereka gaduh-gaduh manja atau gaduh betul macam sampai rasa mahu pukul satu sama lain.

" You know sayang, nanti kita kahwin, hantaran you, I tak nak lah bagi barang barang typical seperti Jam la, Tie la, I nak bagi you sebuah guitar kemahuan you, tak la typical sangat kan? "

" True, I dah lama dah terfikir macam tu, guess what I'm gonna give you. Oh you are so gonna love it! "

" Auuwwwww. You're so sweet sayang. Tell tell, I have no idea "

" A treadmill, how kool kan? ^__^ "

" ........ Hmmph. Agak kool. =.= "


p/s: Ucapan tahniah kepada Fatin Farhana yang telah selamat bertunang bersama lelaki yang disayangi. Wah! Semoga berbahagia selalu yaww. Banyak-banyak bersabar lah kalau ada masalah rumah tangga nanti. Kahwin nanti panggil aku. Jangan senyap-senyap aja. Mesti tak sabar nak dapat baby banyak-banyak kan kan kan? HAHAHAHAHA




SELAMAT MALAM SEMUA!

08 November 2010

Biarkan mereka bernafas.

Ingatlah kamu-kamu semua bahawa anak adalah kurniaan Tuhan. Kamu tidak ada kuasa dalam hal ini. Yang kamu main siang malam itu adalah kerana kamu memang kaki main. Jangan tipu, aku dengan mengatakan yang ini adalah usaha.

Ini satu lagi masalah orang kita. Asal sudah bernikah saja mesti tak sabar-sabar mahu anak. Macamlah anak itu dia yang buat. Apa kamu ingat automatik kah dapat anak bila dah berkahwin. Senang sahaja dijawab bila ditanya,

" kalau dah kahwin tu tunggu apa lagi, bila nak buat anaknya.."

adakah ini tanda-tanda ketidakcukupan tamadun atau tanda kurang faham makna perkahwinan atau memandang anak itu sebagai suatu produk hasil perkahwinan semata-mata.

Kepada kaum lelaki, anak adalah lambang kepada cukupnya sifat kelakian mereka dan pada perempuan ianya adalah lambang cinta mereka kepada suami dan anak secara generalisasinya adalah lambang kesuburan bagi kedua-dua sepasang suami isteri . Ada juga yang menyatakan anak adalah lambang ikatan kasih sayang suami dan isteri. Ataupun, anak adalah senjata keselamatan. Fikirkan, kalau tak ada anak amat cerahlah masa depan untuk diceraikan atau pun dimadukan.

Orang-orang tua terutamanya pula, asalkan dapat menantu sahaja terus tanya bila nak beranak. Itulah sebabnya ramai anak-anak muda mengandung sebelum bernikah. Hanya untuk menggembirakan ibu bapa mereka. Mereka menjadi keliru-keliran. Malu pula bila anak belum nikah lagi dah mengandung. Tak ke pening budak-budak muda sekarang. Sekejap nak cucu, bila dapat cucu, malu pula. Kasihan.

gambar hiasan.

Memang benar, anak adalah penyeri rumahtangga. Anak juga kepada sesetengah orang merupakan ubat kepada kepenatan seharian berkerja. Tetapi dalam kehidupan kotemporari sekarang berapa jam masa yang dikhususkan untuk mereka. Pagi mereka di hantar ke sekolah. Petangnya pula ke kelas agama (itupun kalau yang masih beragama lagi lah) dan malamnya pula ke kelas tuisyen. Begitulah rutin seharian.

Semua aktiviti anak itu bukan untuk anak-anak tetapi untuk ibubapa. Jika anak-anak cemerlang dalam pelajaran dan mendapat anugerah pada hari sambutan disekolah, maka hari itulah ibubapa akan berpakaian paling anggun dan segak dan duduk di barisan paling depan dalam dewan untuk tujuan mengambil gambar anak mereka sambil menayang kamera digital terbaru mereka. Jangan cuba nak tipu, aku tahu muslihat kamu semua.

Pelajaran sekolah menjadi amat penting sekali, bukan untuk anak-anak saja. Cuba tengok masa dekat-dekat peperiksaan, ibubapa lah orang yang paling sibuk. Jika diadakan sembahyang hajat untuk lulus periksa, penuh masjid. walaupun untuk peperiksaan akhir darjah lima sekalipun. Untuk pengetahuan ibubapa serta orang ramai sekalian, kalau tak lulus darjah lima, anak-anak kalian tidak akan dihukum sula oleh kerajaan Malaysia. Sumpah!

Menteri Pendidikan belum lagi meluluskan undang-undang sedemikian.

Aku rasa, tidak lama lagi rakyat kita akan menjadi kronik seperti rakyat Korea atau Jepun dimana akan wujud ibubapa yang akan membunuh anak sendiri atau membunuh diri sendiri apabila anak mereka gagal didalam peperiksaan. Sekarang ini pun telah ada pelajar di negara kita yang membunuh diri kerana tidak cukup bilangan A dalam peperiksaan. Belum gagal lagi sudah terjun bangunan.

Kasihan sama budak-budak kecil semua. Cuba beri mereka peluang untuk menjadi kanak-kanak. Beri mereka ruang untuk hidup tanpa perlu menjadi kebanggaan keluarga. Sampai masanya nanti tahulah mereka untuk membina hidup mereka sendiri. Mereka bukannya anak orang utan. Mereka ada otak. Macam kamu-kamu semua. Kamu dulu pun bukannya pandai sangat.

Setakat pandai sekolah bukannya pandai segala-galanya.

05 November 2010

Kitew dapat award lagi.. ahakz!





Thanks the person who gave you the award and link the person.

Ooh..terima kasih la yaww kepada BonadSayang dan Anis sebab bagi kat kitew award nih. "Beautiful Blogger Award". Auuww kelas gitew. Kalau i tak cilap, i pernah dapat award camni taww. Takpewlah, i memang sukew sangat dapat award banyak-banyak. Ahakz. Kalau adew, bagi la lagi okeyh? 

XOXO!

Spread the words to 15 bloggers who yoSu like and you think their blogs are awesome.

Memandangkan aku malas nak copypaste url. So, aku tag semua orang!!


Tell 7 things about yourself.

1. Umur 5 tahun, aku pernah cuba meniru aksi Jackie Chan seperti dalam filem Rush Hour. Berpusing flying kick dan terus melakukan back kick sebanyak 3 kali dalam satu masa. Ternyata mengundang padah. Tersembam ke atas lantai dan 3 gigi susu aku patah begitu sahaja. Naiss

2. Dekat rumah aku di Perak. Aku ada lebih kurang 4 bantal di atas katil. Tapi aku hanya memerlukan dua untuk tidur. Satu untuk kepala, lagi satu untuk peluk. Bantal aku yang lagi dua, aku susun di tepi badan.

Dan sebelum tidur aku akan selimutkan kedua-dua bantal lebihan itu sebab aku takut mereka sejuk. Tabiat ini diamalkan dari kecil.

3. Aku pernah merajuk dengan parents aku sebab mereka tak mahu masukkan aku ke Sunway University College dekat PJ tuh. Aku tak faham kenapa mereka kejam.

Aku nak masuk ke college tu sebab Juliana Evans pun study di situ. Aku nak jumpa Juliana Evans.

Susah sangat ke nak faham?

4. Aku berpengalaman luas dalam menjawab paper exam agama islam yang ada 40 soalan dan cuma ambil masa dalam 10 minit sahaja. Sebab bangun lambat. dan wow! mendapat keputusan B+. Ini membuktikan, selagi ada dasar-dasar ajaran agama dalam jiwa, sikit pun tiada masalah. :) 

5. Pada zaman jahiliyah, aku pernah berkonspirasi dalam sindiket melarikan 2 bekas berisi perisa shisha dari kedai karpet milik warga pakistan. Tapi bila buat hisap, macam gampang rasanya. Tuhan punya nak tunjuk benda yang tak dapat keberkatan, tiada langsung nikmatnya.

6. Aku suka dengar musik. Nasyid? Hard Keroncong? Irama Malaysia? Semua boleh. Satu hari, satu koleksi cd musik aku hilang. Merata mencari.

Aku : Mak, nampak cd Linkin Park fayadh tak?

Mak : Huh? Nak pergi park? Sejak bila suka pergi taman ni? Dating eh? (mula mengejek)

Aku : ..........  (insert bunyi cengkerik)

Oh ya, saya budak indie. Tapi saya suka Bunkface je. Saya cool bukan? 

7. Aku dah menemui satu lagi kebolehan istimewa dalam diri aku.
Boleh tahan kencing dari Pulau Pinang ke Bertam,Kepala Batas (naik kereta).
Selamba.


p/s: bonad, puas hati kau? haha

02 November 2010

Mimpi hanya mimpi.

Dulu masa i dalam sekolah menengah, ramai kawan-kawan i cakap yang muka i  
ni macam Zac Effron. Tapi memandangkan, usia semakin dewasa. Rasanya tidak sesuai lagi orang panggil i Zac Effron. Rasa macam bukan lelaki maskulin. So sekarang i sudah ada pilihan lain. Ehem. Taylor Lautner.

I mengaku, i sangat nak jadi macam dia.
tetapi impian tidak akan menjadi kenyataan.


Sebab apa?

1. Senyuman Taylor Lautner boleh Membunuh.


Senyuman i sesungguhnya tidak boleh membunuh.
Senyuman i tidak laku. Kerana pernah i cuba di kedai Mamak. I beli Ais Kosong. Dan masa tu i tidak cukup rm 0.20 sen. So i told the mamak.

" Ane, itu ais kosong kasi free la.. "

dia buat tak layan.

" boleh lah ok? "

I pun senyum ala ala Taylor, dengan harapan dapat minum ais kosong free. Mamak tu pun senyum. Okay, and so i thought, Wah, Laku juga senyuman i ni. Boleh la i jadi Taylor Lautner lepas ni, i thought to myself, sangat excited. I pusing je nak jalan keluar kedai, dengar suara sumbang berkata; 

" Boss, senyum-senyum juga..tapi itu air kosong kena bayar. 0.20 sen Boss.. "

So memang dari segi senyuman, sudah pasti i tiada what it takes to jadi Taylor Lautner.

2. Bentuk badan Taylor dapat menyembuh hati wanita yang luka dan berkecai.

Bentuk badan Taylor Lautner  memang boleh mencairkan hati, jiwa dan perasaan  wanita-wanita diluar sana termasuk golongan lelaki yang tertentu sahaja.
Cuba kalau dia buka baju, mereka-mereka itu boleh menjadi hysteria secara automatis. I pula?  hanya boleh mencairkan tetapi bukan membuat mereka-mereka menjadi hysteria. Damn. Tetapi tidak apa. Brad Pitt juga bukan nya tough macam i. Jadi dari segi ini, i dan Brad Pitt sama sahaja level (statement menyedapkan hati).

3. Taylor Lautner pernah date dengan Taylor Swift dan Selena Gomez.

I pula. Bukan single lagi. Sorry.. hehe. Tetapi i rasa dari segi ni, i menang, sebab i sudah ada this one lady yang sekarang membuatkan I sangat happy. :) dan Taylor Lautner tidak.
Boooo hoo Taylor Lautner. IN YOUR FACE.

Taylor Lautner 2 - Fayadh 1.

4. Taylor Lautner Hensem Sial.

Taylor Lautner lalu sahaja, pasti orang memandang dia. 
Tapi bila i yang lalu sahaja, pasti semua orang buat-buat tak nampak kerana mereka tidak mahu menambah dosa berpura pura senyum dekat i.

5. Perbezaan yang paling ketara dan menyedihkan.

adalah:

Apabila i google image Taylor Lautner, Gambar pertama yang keluar adalah ini;

  

Dan apa bila i google image Ikmal Fayadh, gambar pertama yang keluar adalah;



Ni apa siot?! 


Jadi dengan itu, selepas hati i hancur berkecai, kecewa dan punah.
I pun cari impian yang lain,
yang lebih logik dan boleh direalisasikan. Yeah!

Jadi, Sekarang i nak jadi John Mayer.

you all rasa boleh tak? :D



31 October 2010

♫ Damn you's a sexy beach, sexy beach ♪

Hari ini hari hujung minggu. Sudah rancang mahu pergi shopping mall, ronda-ronda sambil usha awek-awek. Ahakz

Tunggu nak dekat 1 jam. Biasalah janji Melayu. 

Kawan aku sampai, so aku pun naik. Kereta nama "Kijang", nama saja kijang padahal kereta Unser buatan Toyota. Indonesia punya kreatif, beginilah. Laju tak macam kijang pun. Retorik berapi-api.

The weather was awesome, so kawan-kawan aku tak pasang penghawa dingin dan membuka tingkap kereta merasa breeze pagi yang sejuk tapi panas sikit tak panas sangat tapi still panas lah.

Aku duduk di belakang, kawan kepada kawan perempuan aku yang yang memandu kereta.

" Pasang air-cond boleh tak? "

" Ooh, ok boss.. " jawab kawan aku sambil sibuk mencari CD untuk di pasang ke radio.

CD di pasang. Penghawa dingin masih belum di pasang.

" Air-cond, please? "

" Kejap lah, tungu kejap boleh tak bro.. sabarlah. " still busy mencari track di dalam CD itu.

Aku pun tunggu.

Music di mainkan.

"  Damn you's a sexy beach, sexy beach  "


Aku panas, sudahlah lagu macam bongok.

" Panas laaa woii, pasang air-cond boleh tak? Please..please..please.. "

" Ni kan Akon? Kau nak lagu yang manaa? "

Pundek betul.

Aku tak salahkan siapa-siapa. Ini semua salah Freemason dan Illuminati. Mereka yang exposekan kita kepada Akon, Rihanna dan artis-artis yang lain. Maher Zain? Itu lain cerita.


SELAMAT HARI AHAD!

24 October 2010

Modenisasi, Industrialisasi dan proses Sosiologi.

Dahulu, aku ada kawan sekolah rendah, yang duduk dekat dengan taman perumahan aku, bernama Yap Kim Chin. Darjah satu sehinggalah ke darjah lima, nama panggilan beliau adalah sama seperti dalam surat beranak. Orang selalu panggil Yap, Kim atau Chin.

Sehinggalah pada suatu masa, beliau sukakan seorang gadis melayu (cantik, masak ranum, baru sahaja capai baligh dan seksi) bernama Sabrina, terus beliau malu untuk menyebut nama sendiri.


Jadi untuk menampakkan sedikit kemodenan, keurbanan, ketamadunan dan menutup segala ciri ciri asal usul, beliau menukar nama kepada Allen. Sampai sekarang aku tidak tahu mengapa memilih Allen. Tiada pula selebriti ketika itu bernama Allen. Barangkali, hendak mengikut mirip-mirip nama pekebun sekolah kami yang paling glamer pada masa itu, Pak Alang. Sebagai penutup cerita tentang beliau, Sabrina akhirnya menolak cinta Allen (Yap Kim Chin). Frust menonggeng terus. Khabarnya kerana nama beliau tidak cukup inggeris. Brungai punya melayu, itu pendapat Yap Kim Chin err.. Allen.

Bukan kaum Allen sahaja yang tidak suka dengan nama sendiri. Kaum lain pun sama saja. Bezanya, kaum lain tidak terbatas pada Allen, Albert atau John sahaja. Mereka lebih kreatif. Saiful Aizat menjadi Boy. Khairul Hirzan Ahmad menjadi Kulop. Muhammad Shafiq bin Mustapha menjadi Black@Mawi. Muniandy Ramasamy a/l Premanathan dipanggil Joe. Semuanya harus ditukar untuk menampakkan ciri-ciri ke-inggeris-an, kecuali nama Kulop. Kulop masih popular dan tergolong dalam kategori tempatan.

Pemerintah juga tidak terkecuali. Nama Islam pun mahu dipanggil Islam berhari-hari (Islam Hadhari). Sama saja la tuuu bengong. Mungkin untuk menyuruh rakyat mengikut saranan agama hanya pada sesetengah hari saja barangkali. Nama jalan pun kamu hendak tukar. Apa lah salah jalan tu. Presint-presint? Entah apa-apa. Suka sangat kamu menukar nama. Takde kerja lain ke kamu-kamu nih. Buruk sungguh perangai.

Minta maaf kalau aku nampak sangat macam orang gua yang tak reti dan faham tentang 'modenisasi'. Kalau sesuatu benda itu yang mengambarkan asal usul sejarah dan kebanggaan kita, apa perlu kita tukar?

Sebagai menghormati semangat ke-inggeris-an negara kita, aku juga ingin turut serta dalam budaya ini. Dengan ini dengan rasminya aku menamakan anu aku John. Kerana nama sebegini seakan-akan menaikkan lagi semangat aku dan anu aku sendiri. Setuju bukan?

p.s : pernyataan di atas tidak sekali kali bertujuan untuk bercakap lucah, hanyalah semata-mata untuk membuktikan betapa modennya dan telusnya penulis kacak ini. Jangan fikir bukan-bukan pula, kamu semua belum cukup umur lagi. Sudah, pergi main basikal diluar sana dengan kawan-kawan. Ssshhh! ssshh!

22 October 2010

Gila

Apakah dosa jika aku ingin berjatuh cinta? Apakah salah jika aku ingin mencapai cita?
Apakah ertinya jika kita mula bersengketa? Apakah dosa, apakah salah, apakah kejadahnya? Andai akhirnya hilang minda.

Gila bila insani dilamun cinta, gila bila manusia bersuka cita, gila bila orang mereka cerita, sengketa.

Apalah dosanya, jika kita iningin berjatuh cinta? Apalah salahnya, jika kita pingin mencapai cita?
Apalah ertinya, tika kita mula bersengketa.
Apalah dosa, apalah salah, adakah hukumannya?
Pandai akhirnya hilang minda.

Gila bila, insani disamun cinta. Gila bila, manusia berduka cita. Gila bila, orang Amerika cipta, senjata.

Berdamailah, muafakat. Beramailah, bersepakat. Hari ini esok lusa dan tulat!

20 October 2010

"Saye bukan orang Malaysie, saye orang Singapure.."

Aku baru balik dari pejabat pos. Ini pasal barang yang aku nak pos kena tahan dengan imigresen Indonesia. Kata mereka, barang yang menuju ke Malaysia akan di buat pemeriksaan lanjut, dicurigai mengandungi bahan-bahan yang merbahaya. Fuck. Apa kejadahnya? Warga Indonesia, kamu-kamu semua memang gelabah tak tentu pasal. Jelas, kebodohan jelas terpancar disitu. Aku sabar sahaja, dalam hati sudah sumpah seranah.

"Aku kasi bom betul-betul satu pejabat pos ni baru lu orang tauu..cibai."

Untuk pulang ke rumah, aku kena naik betor (beca bermotor). Pilih beca yang cantik-cantik sikit lah. Spring punya seat, vizor kaler-kaler pelangi, ada siap bunga-bunga lagi. Tuu dia sekali pandang, macam kereta berhias la haii. Baru selesa ye tak?

Dalam perjalanan, pak beca tanya

"Abang orang mana, Acheh?"

Masa tu, jalan tengah meriah dengan bunyi-bunyi hon kereta, angkut, dan sebagainya. Celaka punya bising.

"Hmm.. orang Malaysia."

"Apa? orang Indonesia?" tanya pak beca lagi, beliau kurang kedengaran. Aku syak beliau pekak.

"Err.. saya orang Singapura!"

"Ooohh,, orang Singapore rupanya. Ngapain di medan sini? Kuliah ya?"

"Iya..kuliah disini, fakultas kedokteran USU, semester ketiga." jawab aku dengan yakin sekali.

"Wah, jadi dokterlah nanti ya? Baguslah" kata pak beca.

Aku tersenyum tersipu-sipu. Sambil aku menawarkan kuih yang aku beli ditepi jalan sebelum aku tahan dia tadi. Dia cuma mengelengkan kepala. Sudah kenyang katanya. Lantas dia bertanya lagi;

"Di Singapore itu, antara negara yang maju bukan? Sama aja dengan Malaysia. Bangunan tinggi-tinggi, lingkungan bersih dan teratur. Beda kali sama Indonesia, kotor, macet sana-sini, rakyatnya nggak terurus. Iya kan?"

"Nggak tahu la pak.. sama aja rasanya." ujar aku.

Dalam hati, baguslah wahai orang tua, sekurangnya kau sedar negara kau macam mana.

"Asal Singapore bukan? dimana?"

Ahh sudah.. habislah temberang aku. Jahanam.

"Err..dekat-dekat dengan Johor di Malaysia itu. Bapak tahu?" aku menjawab tanpa berfikir, cuba mengunakan ayat pancing dan berharap berlakunya keajaiban.

"Oohh..bapak tahu! yang dekat-dekat dengan Pulau Pinang itu ya?"

"Haaa..ya pak, betul-betul!" aku mengiyakan aja dengan bersungguh-sungguh.

Dalam hati, fuh! sikit je lagi. Wahai orang tua, konfiden betul kau kan.
Pak beca ajak borak lagi, aku pun layan. Kasihan pula. Mulut beliau pot pet pot pet. Aku cuma angguk-angguk geleng-geleng. Dengan gaya slang ala-ala slang Malaysia. Bajet macam lah aku tak boleh nak tangkap kalau dia cakap bahasa Indon. Wahai orang tua,, kau sungguh lucu sekali.

Oh ya, berbelit-belit juga lidah beliau.

"...Orang Singapure lagi bagus dari orang Malaysie. Mereke tak banyak komplen. Tak macam orang Malaysie. Sikit-sikit nak komplen, nak bergaduh aje. Sebab tu, negare Malaysie terkenal dengan 'negara komplen'.."

"...Orang-orang Malaysie semuanye sombong, tak macam orang Singapure.."

Mungkin beliau teguh kepada prinsip Ganyang Malaysia dan mahu menunjukkan nusabangsa Indonesia lebih bagus. Tiba-tiba semangat nasionalisme aku terus membara! Terasa seperti mahu cari buluh runcing kasi sodok bontot pak beca yang itu sampai mati. Oh, agak kejam.

Sudah sampai di depan rumah, tanya pak beca berapa harga bayaran.

" Pak, berapa pak?"

" Hmm.. dua belas ribu (rupiah) ajalah." jawab beliau

Aku hairan, kenapa murah sangat. Selalu paling kurang pun, dua puluh ribu melayang. Wow! ini sudah sangat bagus. Terima kasih wahai orang tua.
Aku pasti, kalau orang Malaysia yang pak beca ni bawa, mesti kena ketuk duit kaw-kaw punya. No mercy. Mungkin lain kali di lain waktu, teknik ini akan diguna pakai tanpa ragu-ragu. HAHA!

Aku bukan nya malu mengaku anak Malaysia, cuma di negara ini yang penuh dengan orang pelbagai ragam, tidak jelas tujuan hidupnya selain dari mahu mencari keganasan dan kesalahan dengan negara jiran yang lain, diri sendiri kenalah pandai-pandai hidup bukan?

Lain kali, aku ingat nak jadi mamat orang putih aja lah. Sebab ramai orang cakap, muka aku dah nak seiras dengan Zack Efron. 99% sama. Muka bersih, suci dan jambu. Aku serius okay. Apa sengih-sengih?


Aku cepat-cepat bayar dan berjalan pergi. Sempat toleh tengok muka pak beca tadi. Muka beliau seperti cukup puas. Mungkin puas kerana seronok mencaci-maki Malaysia di depan 'orang Singapura'.

"Terime kasih yee.. teng kiu (sambil cuba cakap loghat omputih) " ucap pak beca.

Aku cuma menjawab.

"You are welcome..you suck ass bastard " sambil senyum sinis.

Pak beca membalas senyuman, mungkin beliau sekarang sudah suka sama 'orang Singapura', peramah, tak macam orang Malaysia. Kamu-kamu lah! kamu orang Malaysia kan? oh, saya?

Saye bukan orang Malaysie ler, saye orang Singapure. 

16 October 2010

Rozmey oh Rozmey


Abang Rozmey, saya memang hard fan abang. Betul tak tipuu. Abang sekarang sudah jadi idola saya tau. Habis dinding satu bilik tidur ni saya tampal gambar abang. Bangun pagi gosok gigi, semangat motivasi saya terus mencanak naik  bila tengok gambar abang. Tapi..

Kenapa ramai tak suka kat abang? Saya pun tak faham, apa yang mereka nak?
Ada orang cakap, mereka benci dan menyampah tengok rambut abang. Betul kah?

"..aku pening dgn gaya rambut DDR (Datuk dr Rozmey), adakah beliau mahu buat rambut macam the Beatles ataupun Sailormoon? rambut belakang beliau tu kalau buat pigtail, comel koott. "

Abang abang, baru saya teringat, kan abang cakap abang nak buat filem kan?  Saya sampai sekarang setia tunggu filem abang tu tau. 2 Alam yang abang target pecah panggung 40 billion orang. Fuh.. memang meletop la abang Rozmey oooii. Saya nak tanya, filem tu pasal apa? pasal jual-jual obat? pasal rambut-rambut? ataupun pasal duit-duit? 

Saya doakan filem abang tu nanti tercalon dalam Festival Filem Malaysia. Sebab saya rasa yakin yang filem abang tu lebih baik dari filem Papadom, Setem, Cicakman 1 dan Cicakman 2. Itu filem semua mengarut, abang punya lah yang baru taraf internasional.
Go! go! go!





Lagi satu kan, saya memang berkenan sangat dengan tema fesyen yang abang cuba bawa. Menonjol, kemas, nampak kacak bergaya. Ada ke patut, ada orang cakap abang ni macam badut sarkas, nampak "sarcastic", punya masalah dalaman penampilan diri dan sakit mental. Ada orang cakap macam pukimak pun ada juga. Ish ish ish.. kesian abang kan.

Abang Rozmey, saya baru aja join fan group abang kat fesbuk. So lepas ni, boleh lah hari-hari updated pasal cerita-cerita abang. Suka! suka!






"saya sudah berjaya sekarang, anda bila lagi?"



Peace yawww! hihi

14 October 2010

Cukup pedas? Tambah lagi.



Persahabatan. 

Aku terkenangkan kawan baik aku semasa aku kecil dahulu. Iwan, walaupun namanya mirip nama panggilan penyanyi dangdut,dia adalah antara manusia  terawal yang sanggup berkawan dengan penulis yang hensem ini. Walaupun menyedari dirinya tidak cukup kacak untuk berkawan dengan penulis yang kacak, dia memberanikan dirinya.

Tidak ramai yang sebegitu. Aku kagum. Aku dan Iwan bersekolah di tempat yang sama dari darjah satu. Tapi, berlainan kelas. Masa bersekolah dan remaja aku banyak di habiskan bersama dia. Bola sepak, guli, bola tekan, kad judi, main tikam. Aku tetap juara dalam semua permainan itu.(maaf Iwan, aku suda exaggerated sedikit). Keluarganya juga aku anggap seperti keluarga aku sendiri. Ibunya yang suka memekak sambil memegang mikrofon sebesar botol air….

sering menggunakan alasan latihan menyanyi untuk melalak tak tentu pasal.
katanya sedang berusaha sedaya upaya untuk menjadi popular. Hendak mencuba nasib di RTM katanya. Maklumlah tiada Idol semalaya atau Akademi Fantasia pada masa itu, jika tidak mahu aje berduet dengan M Daud Kilau atau A Rahman. Mungkin nasib Mawi tidak sebegini.

Cuba kau lihat lelaki-lelaki yang berkumpul sesama kawan. Baik yang muda atau yang dah melepasi umur pencen. Duduk berbual kosong sehinggalah punggung terasa panas. Meninggalkan keselesaan di rumah. Sanggup melepak dengan kawan-kawan di kedai mamak. Hanya untuk bertemu kawan.


Tidak kira samada kawan-kawan mereka berstatus atau tidak. Ada saja masalah, kawanlah tempat pertama untuk mengadu. Yang penting mereka berseronok apabila dapat berkumpul bersama kawan-kawan. Memang benar kata-kata seorang kawan saya ‘friends for life, nigga’. Walaupun agak keterlaluan dengan mencuba gaya lelaki kulit hitam amerika, kata-katanya membuatkan saya terfikir. Hanya kata-katanya adalah realiti, orangnya entah kemana.

Lain pula hal bagi kaum hawa. Mereka biasanya akan melupakan terus kawan-kawan lama mereka sejurus selepas mendapat kawan baru yang lebih berstatus dari kawan lama mereka. Status amat penting pada mereka. Kerana itulah perempuan amat gemar menceritakan status lelaki mereka kepada orang ramai. Jumlah rantai emas di tangan, wang berkepul-kepul dalam poket, itu dan ini.

Dari segi bilangan kawan juga perempuan tewas. Perempuan amat-amat memilih dalam hal untuk menentukan siapa yang layak menjadi kawan mereka. Status, kecantikan, wang dan barulah aspek keserasian menjadi checklist mereka untuk memilih kawan. Gang Pussycat Doll, gang mama hot, dan lain-lain. Akibat dari sikap ini, kuasa untuk me’reject menjadi berleluasa. Pernah kamu dengar lelaki me’reject lelaki yg lain? (aku tidak dapat mencari perkataan melayu yang sesuai untuk reject..maaf) Dashyat sungguh
perempuan. 



Perempuan juga tidak ramai yang setia dalam persahabatan dan biasanya jika memutuskan persahabatan, peluang untuk kembali berkawan adalah amat tipis. Jika mereka marahkan lelaki? Mereka akan baling kasut mereka atau simbah asid.


Pernah dengar lelaki baling kasut atau simbah asid? Aaah,,mengarut sungguh cerita macam tu. Bohong belaka bukan?



p/s: perkataan me’reject antara lelaki dan lelaki lebih
bermaksud memulaukan/mengetepikan.