17 November 2009

Cinta Monyet



Blok lepas, semester ini, dalam kuliah kelas kebudayaan indonesia, dosen ade ajar dan menguliahkan tentang cinta. hurm, bagus juga kan kelas kebudayaan nih, ajar pasal-pasal nilai murni manusia dalam kehidupan seharian walaupun kuliah memang terasa macam sampah, baek pergi kantin je makan nasi soto. lagi best. Cinta yang pertama, cinta kepada tuhan,, yang kedua, cinta kepada ibu bapa,, yang ketiga, cinta sesama insan manusia,, dan yang seterusnya cinta kepada alam sekitar. sepatutnya banyak lagi, tapi dah ini je aku ingat.

tapi cinta monyet? klasifikasi cinta ini dimanakah?

buah hati aku ada cakap pasal cinta monyet. owh, rupanya banyak lagi jenis-jenis cinta di dunia ini, dosen kebudayaan patut dan sepatutnya susun semula materi pengajaran mereka, cinta monyet tak disebutkan pun dan cinta cinta yang laen. cinta sate? cinta ketchup? sardine cap cinta? cinta tiga segi? cinta mati? cinta fotokopi? banyak lah sangat.

walaupun aku tersangat lah cetek dalam bab cinta-menyintai ini walaupun ramai orang cakap aku nie romantik orang nye, macam lah ada kaitan. aku patriotik, bukan sekadar romantik kosong. mengapa disebut cinta monyet? adakah ada kaitan dengan monyet-monyet yang habitatnya di hutan mahupun di zoo zoo.

adakah golongan monyet monyet ini mempunyai rasa dan perasaan cinta sejak zaman dahulu lagi sehingga zaman malaynium sekarang. mengikut teori evolusi charles darwin? mungkin. setiap makhluk kat dunia ini ade perasaan kaseh sayang. rasa menyayangi dan rasa ingin disayangi. itu memang betul. tapi dulu-dulu, kat sekolah, cikgu ade cakap,, yang cinta monyet ini tak kemana pun. buang masa saja katanya. aku tak tahu.

mungkin juga dipanggil cinta monyet seperti memberi gambaran cinta manusia antara satu sama lain sehingga masing-masing berubah perangai dan berperangai buruk dan akhlak islamiah yang dipegang hilang dan menjadi seperti monyet. atau lebih hardcore, monyet liar. ataupun sumpahan monyet. Kau tahu bukan, monyet ini baek dan terkadang nampak macam cute dan funny pula kan?, golongan kerabat monyet monyet tak patut disalahkan. mereka hanya suka makan pisang.

ramai orang cakap, cinta monyet ini seperti cinta cuba-cuba. mengenal diri kepada cinta. atau boleh dianggap sebagai test drive, mungkin. aku tak tahu. betul,aku memang tak tahu.

walau apapun pandangan kau pasal cinta monyet, tak kesah lah. itu mungkin kenangan yang manis mahupun pahit, sepahit hempedu. simpan kenangan itu sebaeknya. aku sekadar mahu tahu, kenapa dipanggil cinta monyet. mesti monyet monyet sekarang berbangga sebab, ade cinta yang berkaitan dengan mereka. tahniah monyet!

buah hati aku ade cakap lagi ; saya cintakan awak, dan menerima awak seadanya. sumpah aku terharu,, suka! suka! ;)

No comments:

Post a Comment

terangsang?