Semalam, selepas berbuka puasa, bersantai seketika di ruang tamu.
Kipas siling aku kasi pusing maksimum. Panas. Makanan kat esofagus ni pun belum habis turun lagi. Ain, adik perempuan aku darjah 3 yang sebelumnya duduk di atas sofa tiba-tiba bersuara;
" Bang fayadh, nak main teka teki tak? " tanya dia.
" Teka-teki? Okay. No problem. Apa ada hal. Apa dia?? " jawab aku yakin.
" Daaaalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang pandai mengaji? " tanya ain lagi.
Aku tersentak dan terdiam. Dalam otak dah bergolak berfikir.
Apa kejadahnya ini. Aku mintak ihsan tambah masa untuk menjawab dalam 2 minit.
Ain cuma senyum sinis. "Okay, 2 minit tambah" katanya sambil angguk kepala.
Aku tak nak putus asa. Masih berfikir.
Dulu, sekolah rendah, aku lah champion dalam bab teka-teki ni. Jangan main-main.
Boleh jadi wakil negeri perak pergi battle teka-teki dalam peringkat kebangsaan majlis sukan sekolah malaysia - MSSM.
Ain beri peringatan yang masa 2 minit sudah makin hampir.
" Ish..tak boleh jadi ni. Ada ke binatang power sangat sampai pandai mengaji? Celaka. " gomel aku dalam hati.
" Okay, abang give up! tak tahu.. Apa binatang tu?? " tanya aku pasrah.
" Serigala." ain jawab ringkas.
" Eh kenapa pulak? "
" Sebab, aaaaaauuuuuuuu... zubillahi minash shaitan nir rajim.."
Ain terus ketawa berdekah-dekah macam kena rasuk. Aku berlari masuk bilik tanda protes dengan jawapan teka-teki tersebut. Batinku hanya mampu berkata, " Cibai betul. "
Aku yakin, adik Adiputra yang hebat, pandai, otak geliga, IQ tinggi dan genius itu pun boleh terkial-kial kalau nak jawab soalan teka-teki macam ni. Pasti.