10 November 2013

Bahasa Jiwa Bangsa.

Kita semua tahu yang kita perlu mula membeli DVD original. Walaupun agak mahal, tapi untuk kepuasan diri sendiri juga. Ini kerana, apabila sampai dalam bab-bab translation;

" She is not well "

di translatekan ke

" Dia bukan perigi "



****

Stress bukan?

02 August 2013

Kahwin

jangan kawin,
 kalau setakat tak nak rasa ketinggalan sebab semua kawan-kawan dah kawin,
 jangan kawin,
 kalau niat setakat nak show off,
 jangan kawin,
 kalau tak mampu,
 jangan kawin,
 kalau sayang diri sendiri lebih dan tak reti nak bertolak ansur
 kahwin sebab dah ready, to love someone more than yourself,
 dahulukan keperluan orang lain,
 baru diri sendiri.

 aku pun belum kahwin,
 tapi aku rasa,
 love and respect should be at the same level,
 cinta tu boleh pudar,
 tapi , hormat dan tanggungjawab is what makes some couple
 stay strong together. dan in time sayang tu akan  makin kukuh.
 hormat dengan pasangan is what stops you from doing things behind their back,
 hormat dengan pasangan will determine how you treat them,
 hormat dengan pasangan akan buat kau tak berkata buruk tentang mereka pada orang lain,
 hormat dengan pasangan akan buat kau lebih sayang .

 treat people the way you want to be treated.
 but if they don't bother to respect and treat you like you deserve,
 no point.
 but who am i to say,
 aku pun belum ke mana.
 tak semestinya awal tu untung,
 tak semestinya lambat tu rugi.
 dalam hal ini, phrase early birds get the worm tu tak applicable.

from Lidah.

14 June 2013

Milah mana?

Sekolah Agama Rakyat, Taman Fasa 1E1. Seri Manjung Perak.
Sekitar tahun 2001.

Ketika itu sekolah baru menerapkan solat secara berjemaah. Setiap hari selasa dalam setiap minggu akan ada kelas tilawah dan hafazan. Tujuan kelas itu untuk memantapkan bacaan surah pelajar dan cara menunaikan solat dengan betul. Hari itu turn Amirul jadi bilal dan Alif menjadi imam. Azan berkumandang dilagukan Amirul. Suara Amirul memang sedap. Masa tu, dia ketua nasyid wakil sekolah.

Aku  ingat lagi setelah lengkap berwudhu' (erti; ambil air sembahyang), aku sekelas ke kawasan surau bersebelahan perpustakaan untuk berjemaah. Padahal waktu asar lambat lagi. Ustaz  Zaki duduk bersila sambil tunggu semua ada. Dia pesan kat Alif selaku imam, baca dulu surah apa yang tau, tak kisah pelat mana pun, nanti dia ajar balik. Alif angguk kepala tanda faham. Gaya serius dan tenang.

" Allahu akbar " Alif mengangkat takbir.

" Allahu akbar " Alif mulai ruku' dan kami menurut.

" Samiallahulimanhamilah.." Alif  meneruskan rukun solat.

Tiba-tiba kedengaran suara halus dari saf belakang disertai ketawa yang ditahan-tahan.

" Hikhikhik..milah mana pulak tuuu? "

*****

Aku ingat lagi, Amirul pergi berwudhu sekali lagi sebab dia tergelak-gelak smpai terkentut kentut. Satu jemaah kena ulang balik solat. Ustaz Zaki kasi rotan sekali kat tangan budak yang tanya milah mana pulak tu. Berbirat merah. Ustaz Zaki cakap dalam solat tak boleh main-main. Muka dia marah dalam tahan ketawa.

Bacaan yang betul; sami allahu liman hamidah.

Ya, aku masih ingat lagi.

11 June 2013

Hi

Ehem.

Duniawi ini sangat mengoda dengan bermacam godaan.
Sibuk mengejar hal-hal dunia.
Sehingga I sendiri lupa yang I ada blog rupanya.
Hmm itu belum kira bab makwe-makwe hijabster yang pakai tudung lilit-lilit,
tapi nampak juga buah dada.
Tertonjol-tonjol.

" Hnnssss  Hnsssss "

Dan itu juga termasuk dalam hal duniawi sekarang.

Dunia dunia.