10 November 2012

Pendidikan Moral

Bengis tak bermaksud tiada ruang yang lembut di dalam hatinya.
Garang tak bermaksud semua mahu dimarah tanpa adanya sebab.
Tegas tak bermaksud apa yang dibuat langsung dibencinya.
Pendiam tak bermaksud membosankan, buat tak kisah.
Kaki pukul tak bermaksud memukul untuk mendapat kepuasan dan kegembiraan. 
Kedekut tak bermaksud tiada duit papa kedana sehingga harus meminta sedekah.
Kejam tak bermaksud seperti perangai firaun yang dilaknat.

Mereka tetap akan sayangkan kita sampai nafas terakhir.
Siapa kamu yang layak untuk memberi nilai dan markah?
atau mengomel berkeluh kesah " kalaulah begitu begini itu dan ini"

Tak kira apa saja yang sudah terjadi, atau akan terjadi. Mungkin.
Ini kerana mereka tetap ayah kita.

Sebelum terlambat,
Sayangilah ayah kamu yang seorang saja itu.
Kalau emak kamu kahwin lagi satu, dan bapa kandung kamu masih hidup.
Sayangilah kedua ayah kamu itu.
Kalau emak kamu kahwin lagi,
Kamu kira sendirilah berapa ayah yang kamu ada.
Takkan itu pun aku nak ajar?


Perihal anak bastard dan anak ayam kepada bapa ayam, aku kasi tolak jauh tepi dulu.

09 November 2012

Zalora

" Dengar sini, jangan beritahu isteri, girlfriend, adik,
kakak, ibu mertua tentang laman web zalora.com.my
Tau tak, portal online shopping untuk baju dan kasut yang besar gila tu?
Kasut, beg. Beratus jenama, beribu gaya.

Dan yang paling gila lagi, penghantaran dan pemulangan
ke seluruh negara adalah percuma! "


My ass.

11 October 2012

Perempuan dan jejaka idaman

Ini tentang perempuan dan jejaka idaman mereka. Konon.
Sering aku dengar mereka mahu lelaki yang begini, begitu
sesuai dengan citarasa masing-masing, atau nafsu mungkin.
Tapi berakhir dengan lelaki lain dari yang diidam-idamkan.

Ada jenis suka lelaki kemas, rambut pendek bersikat,
tak suka rambut panjang, tapi akhirnya dapat mamat rambut
serupa Ramli Sarip juga.

Yang hatinya cair dan jatuh cinta dengan lelaki yang main musik
gitar atau drum misalnya.
Dapat lelaki tone deaf, buta musik. Pegang gitar pun terkial-kial.

Kalau yang kaki K-Pop, suka lelaki korean look, rambut fancy,
atau mirip Lee Min Ho pun sudah okay.
Tapi end up dengan lelaki muka jawa. True punya jawa.

Kenapa perempuan mahu lain, tapi dapat yang lain?
Yang memilih dan menjawab semua ini adalah akal dan hati mereka.

Karena kalau ikutkan hati mungkin akan memilih atau terpilih sang buaya, kaki judi
kaki todi, maupun kaki pukul.
Namun jika ikut akal, semua perempuan mahu lelaki yang baik,
beragama kuat, setia pada yang satu, bla bla bla bla bla bla bla bla bla,
penyabar, dan hebat di ranjang. Terpulang masing-masing

Yes, aku berani bertaruh ramai perempuan yang mahu lelaki yang kaya-kaya sahaja.
Nanti masa depan 'cerah' dan 'terjamin' kata mereka.

Ahh kau. Dasar perempuan materialistik.

15 August 2012

Binatang yang pandai mengaji.

Semalam, selepas berbuka puasa, bersantai seketika di ruang tamu.
Kipas siling aku kasi pusing maksimum. Panas. Makanan kat esofagus ni pun belum habis turun lagi. Ain, adik perempuan aku darjah 3 yang sebelumnya duduk di atas sofa tiba-tiba bersuara;

" Bang fayadh, nak main teka teki tak? " tanya dia.

" Teka-teki? Okay. No problem. Apa ada hal. Apa dia?? " jawab aku yakin.

" Daaaalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang pandai mengaji? " tanya ain lagi.

Aku tersentak dan terdiam. Dalam otak dah bergolak berfikir.
Apa kejadahnya ini. Aku mintak ihsan tambah masa untuk menjawab dalam 2 minit.
Ain cuma senyum sinis. "Okay, 2 minit tambah" katanya sambil angguk kepala.
Aku tak nak putus asa. Masih berfikir.
Dulu, sekolah rendah, aku lah champion dalam bab teka-teki ni. Jangan main-main.
Boleh jadi wakil negeri perak pergi battle teka-teki dalam peringkat kebangsaan majlis sukan sekolah malaysia - MSSM.

Ain beri peringatan yang masa 2 minit sudah makin hampir.
" Ish..tak boleh jadi ni. Ada ke binatang power sangat sampai pandai mengaji? Celaka. " gomel aku dalam hati.

" Okay, abang give up! tak tahu.. Apa binatang tu?? " tanya aku pasrah.

" Serigala." ain jawab ringkas.

" Eh kenapa pulak? "

" Sebab, aaaaaauuuuuuuu... zubillahi minash shaitan nir rajim.."

Ain terus ketawa berdekah-dekah macam kena rasuk. Aku berlari masuk bilik tanda protes dengan jawapan teka-teki tersebut. Batinku hanya mampu berkata, " Cibai betul. "

Aku yakin, adik Adiputra yang hebat, pandai, otak geliga, IQ tinggi dan genius itu pun boleh terkial-kial kalau nak jawab soalan teka-teki macam ni. Pasti.

10 August 2012

Emosi

Setiap tempat yang beratap boleh berubah jadi istana.
Baju dan seluar yang terbaik adalah yang anti cuaca.
Tidur adalah berbaring dengan tenang dan memejamkan mata.
Setiap tempat berpagar boleh saja berubah menjadi negara.
Lamunan yang terbaik adalah lamunan tentang...
you know, Lisa Surihani.

Tapi sesungguhnya,

" Siapa lagi yang memerlukan imaginasi, jika kita sudah punya tv? "

Tapi situasi aku sekarang,
Sudah punya tv, tapi cerita macam haram tak best.
Pasal sinetron dan movie blokbuster yang sudah ulang tayang beratus kali.
Program komedi yang bangang tak lawak mana pun, kecuali
part yang ada sorang awek seksi naik pentas gelek-gelek pinggul
dan goyangkan dadanya.

dan sesungguhnya,

" Ikut hati mahu saja aku terajang tv ni sampai pecah berkecai. "

02 July 2012

Awek cun seksi jam 3!

Cuti sekolah beberapa tahun lalu. Aku, Joe/Jo serta beberapa kawan lain, Hakim dan Iman dah set nak pergi piknik dan berbabecue kat pantai Teluk Batik hujung minggu. Merapatkan ukhwah orang cakap. Joe atau Jo, entah aku pun tak tahu ejaan mana satu yang betul. Sial, nickname nak fancy je.

" Pssstt... lu orang cuba tengok awek amoi pakai bikini kaler hitam hujung sana tuuu.."
bisik Iman perlahan sambil mulutnya muncung ke arah awek yang ditunjuknya.

" Pergh! Mantaapp. Gua chop tu! hihihi." bisik Hakim tersengih-sengih.

Kami sebelumnya da siap pakai kacamata hitam. Baru line clear. Sambil kunyah nasi dan ratah ayam, kami teruskan usha awek amoi tersebut dan masing-masing senyum sendirian.Nikmat sungguh.

" Pssstt... ada awek cun seksi lagi. Jam 3. Cepat-cepat!" kata Joe/Jo dengan serius.

Dengan sepantas kilat, semua beralih pandangan mencari target baru yang telah dikesan.

" Mana awek yang lu cakap tu tadi? Pokok kelapa ada la woi.." kata Iman. Bingung.

" Laaa.. gua kan da cakap jam 3, cuba lu tengok betul-betul " jelas Joe/Jo dengan yakin.

" Apa kejadahnya, tak ada pun.." kata Hakim sambil matanya masih tercari-cari dengan lebih teliti.

" Itulah, lu orang semua lambat.. tengok jam gua ni hah! Da pukul 3.02 minit pun. Memang lah awek tu da hilang.. " kata Joe/Jo sambil menunjukkan jam tangan digital jenama casio milik dia.

Keadaan seolah-olah menjadi sunyi buat seketika. Kami merenung dalam-dalam mata Joe/Jo dengan tajam. Dia kusyuk mengunyah dan mulutnya masih penuh dengan makanan. Beberapa saat kemudian;

" Babi lu!!! " jerit Hakim.

*****

Petang tersebut, Joe/Jo mandi laut dengan masih berseluar jeans, berbaju, berkacamata hitam Rayban dan dengan ayam masih ditangannya. Hal yang  berkaitan awek-awek cun seksi ni jangan buat main-main. Sikit pun memang tak ada tolak ansur.

26 June 2012

Cinta pertama

Pada umur 17 tahun, aku telah discover my talentless in flirting.
Sekitar tahun 2007, aku menghadapi masalah untuk mencari pasangan hidup.
Yes aku tahu, aku masih muda, mentah dan mempunyai masa depan yang cerah,
tetapi, budak umur 13 tahun pun boleh ada makwe, asal aku tak boleh pulak?
Ah emosi.

Masalah ini telah sering aku bangkitkan sebagai satu topik perbualan
bersama-sama rakan sekolah. Mereka telah menasihatkan aku untuk melupakan
tentang cinta-cinta bertepuk sebelah tangan aku ini, dan memulakan hidup yang baru.

Aku berkata pada mereka, "Korang cakap senanglah, korang semua sudah ada makwe!"
Ah emosi lagi.

Aku selalu berfikir tentang masa depan aku dalam dunia percintaan
yang makin lama makin competitive. Aku berfikir tentang haluan dan jalan yang akan
aku ambil dan akhirnya aku telah mengambil keputusan untuk menjadi
seorang homo atau homoseksual atau gay atau faggot atau gay boy
atau "u-want-some-kissy-kissy-with-me?" kind of guy.

Satu hari aku terjumpa gadis paling cute sekali di bus stop.
Nama dia Lisa Surihani. Agak peramah. Aku sangat enjoy berborak dengan dia.
"Free tak malam ni? if you know what i mean.." pelawa Lisa Surihani.
Aku jawab ringkas, "Sorry Lisa, im gay".
Lisa terkejut, dan berkata "what a waste! hmm maybe i boleh tolong something?"
Aku berfikir kembali. Mungkin takdir aku bukan menjadi seorang gay boy!

Hari-hari yang aku jalani selepas itu bersama Lisa Surihani sangat indah.
Bagaikan hidup didalam syorga, dan dia lah bidadarinya.
Sehinggalah suatu hari, Lisa Surihani telah meninggalkan aku tanpa diketahui sebab.
Tetapi, yang paling penting, dia telah melukakan hati aku.
(pehh, terer jugak aku buat tulisan bold).

23 June 2012

Golly Mos*s, She's A Muffin



" You know anything about geometry? "
" Well.. i know its what you said when you turn into a tree.
 Get it? GEEE I'M TREE. "
- Kandi, Two and A Half Men

20 June 2012

Tips kelihatan hebat

Bagaimana untuk kamu untuk kelihatan hebat?
Selain dari meniru gaya serta personaliti penulis kacak ini,
Aku akan memberi tips lain.

Iaitu (dah lama tak pakai iaitu, pehh)
dengan merendah-rendahkan dan memperkotak-katikkan orang lain.
Senang saja. Terbukti.

Kau pendek?
Nak kelihatan tinggi?
Berdiri sahaja di sebelah orang yang lebih pendek.

Kau lemah?
Penakut? Dayus?
Nak kelihatan kuat dan berkuasa?
Serang sahaja orang yang lagi lemah dari kamu.
Dengan membabi buta. Bom saja rumah mereka.
Soal agama atau belas kasihan itu nanti cerita.

Sekian. Terima kasih.


Berdoalah pada tuhan supaya orang-orang yang kurang ajar terhadap agama saya diberi hukuman yang berat. Kepada orang-orang yang menghalang pembebasan Palestin,
dan juga kepada yang telah menghina tempat ibadah agama saya.
Babi sungguh kamu ni kan.

17 June 2012

Tak cukup Melayu?

Ada orang cakap pada aku yang aku ni kurang Melayu. Apa kejadahnya?
Aku tahu sebab ada juga orang cakap muka aku iras-iras artis lelaki korea sikit. 
Alaaa macam group aliran musik apa tu, K-pop? Yes K.pop.
Muka jejaka jambu, comel dan suci kata mereka. Aku iyakan sahaja. 
Kebanyakkan gadis-gadis la yang cakap bagitu. Nampak sangat nak try tackle aku.

Tapi, aku sendiri pun konfius, ada orang-orang itu yang bangsa Melayu, 
tapi rambutnya berkarat. 
Dan aku tahu warna karat tersebut bukan semula jadi. Aku sangat yakin.
Nak lagi gampang warna biru, oren dan lain-lain. 

Aku rasa kadang-kadang ramai orang keliru antara bangsa dan agama.
Kalau dia kata aku kurang Islamik, aku boleh terima (walaupun tak bangga).
Setakat hak dan batil, halal dan haram, itu tak jadi masalah.
Cuma banyak lagi yang perlu belajar dan diamalkan.
Tapi bila ada orang kata aku kurang Melayu... aku jadi kurang pasti.
Ragu-ragu disitu.

Tapi, ada satu perkara yang boleh bantu aku untuk pastikan.
Perkara ini akan dipersetujui oleh orang-orang yang mengenali aku.
Jika kamu membuat temujanji dengan aku pada jam 2 petang.
Aku akan tiba dengan muka tersenyum pada jam 4 petang.
Paling awal pun jam 3 petang.

Tak cukup Melayu tu ke woi?!

14 June 2012

Love isn't blind it's retarded



" If you love someone, you have to let them go,  
if they comeback, they're yours. If they don't..., then you stalk them. " 
- Rose, Two and A Half Men.

11 June 2012

Godaan Lisa Surihani -episod III

klik untuk sambungan dari episod II ]

Aku cuma membalas ketawanya dengan senyuman.

" Eh Lisa, duduk lah sini. Takkan nak berdiri. Kesian you. Sorry la, basah sikit bangku ni.." pelawa aku sambil guna tangan membersihkan bangku kayu dari daun-daun gugur yang basah.

" Oh..okay. Thank sooo much Fayadh. " ucap Lisa Surihani dengan lembut sebelum terus duduk

Lisa Surihani menghela nafas panjang. Keadaan sunyi untuk beberapa ketika. Matanya tekun melihat sekeliling Taman Bunga Rashidah Utama yang dipenuhi bunga bermacam jenis dan warna, terkadang terdengar bunyi kicauan burung yang riuh sahut-sahutan satu sama lain.

" Fayadh, you selalu ke datang sini?" tanya Lisa Surihani tiba-tiba.

" Kalau ada masa, I singgah lah sekejap. Kenapa Lisa? "

" Tak ada apa, I saja tanya. Sorang je la? "

" Hurm ya.. sorang-sorang je." jawab aku.

" Muka you kan handsome, bergaya. Takkan la sorang je. Jujurlah please Fayadh.." desak Lisa Surihani sambil melirik matanya pada aku dan senyum manja. Nakal.

" Ya, I memang handsome. Sampai you pun tergila-gila kat I kan Lisa? " balas aku.

Lisa Surihani ketawa, terasa segan dan hanya mampu menjelir lidah. Pipinya yang putih mulus gebu mulai kemerahan kerana malu-malu kucing.

[ bersambung... ]

05 June 2012

Tribute to Skoot Tahir

Dulu masa pre-medical, aku dengan beliau satu rumah. Housemate.
Rumah kami betul-betul belakang kolam renang. Swimming pool orang putih cakap.
Bilik beliau sering menjadi port melihat awek-awek mandi. Yakni, tempat melempiaskan nafsu serakah, dimana hormon remaja ketika itu galak membuak-buak.
Kebanyakkan awek-awek course nursing yang suka mandi kat swimming pool ni.
Pakai baju jarang dan ketat, berlegging. Mau berdarah hidung kalau usha lama-lama.
Dan kesempatan itu digunakan sebaik-baiknya.
Tak heranlah, beliau sering ajak aku join sama cuci mata. Sharing is caring disitu.
Terima kasih.

Dulu ada 1 hari di bulan Ramadhan sekitar tahun 2008.
Disebabkan aku ada ajak sorang awek cun ni berbuka puasa sama-sama hari tersebut,
tapi kena aku direjek mentah-mentah. Hati aku berkecai punah.
Tak payah cakaplah down macam mana. Macam celaka punya down.
Sampai aku hampir nyala rokok sebatang nak kasi release stress. Agak dramatik.
Skoot Tahir terus memberi nasihat sehingga aku tak jadi merokok.
Kalau tak, memang tak full puasa aku tahun tu. Tak dapatlah duit raya.
Terima kasih.

Dan banyak lagi. Semoga kau menjadi manusia yang berguna, usaha tangga kejayaan
dan janganlah jadi sampah masyarakat. kahkahkah! Taklah, aku serius ni.

Skoot Tahir

02 June 2012

Kapalalu dimana?

Hidup ini ada waktunya.

Bukan macam kau masak nasi guna ricecooker,
tunggu 20 minit dan kau boleh terus makan.
Bukan macam kau basuh baju guna washing machine,
campak semua, kasi biozip boleh, tunggu kering
tak sampai 10-15 minit, dan kau boleh pakai.
Belum lagi kalau mee maggi perisa kari in 2 minutes,
itu tak payah cerita lah..

Segala yang kau buat dengan susah payah sekarang,
perlukan masa untuk lihat hasilnya.
Bersabar dan istiqamahlah sahaja.
Sebab hidup ini ada waktunya.
Janganlah mengeluh seperti celaka
macam kau sorang yang hidup kat dunia ni.

Oleh itu, marilah berfikir guna akal yang sudah dikurniakan.
Bukan guna kepala lutut, maupun kepala abah kau,
apa lagi kepala zakar.

30 May 2012

Dewasa

Hari ini aku terima beberapa ucapan
dari orang-orang yang tersayang. Terima kasih!
Itu sudah sangat cukup bagi aku.
Oh ya, ada juga ucapan selamat
dari beberapa orang gadis secret admirer.
Penulis kan seorang yang hensem, kacak dan hot.
Dah lah, aku malas nak sembang kencang. kahkahkah

Usia semakin bertambah.
Tanggungjawab juga mengikut sama.
Bersyukur diberi peluang untuk hidup sampai hari ini.
Kita pun tak tahu, bila kita akan lenyap
dari atas muka bumi ni. Tak begitu?

Tadi Steven Gerrard mesej, dia ajak aku celebrate sama-sama.
alang-alang birthday sudah sama hari.
Kat pub mana entah, ada minum-minum sikit katanya.
Aku reply; " Sorry bro, gua nak kena study ni. besok lusa ada exam "
Aku harap Gerrard faham.

23 May 2012

Terbang

STAR, Ipoh - sekitar tahun 2007.

Sudah beberapa meter kami melewati pos guard perumahan Kem Syed Putra Rejimen Renjer Diraja depan Taman Cempaka dengan gaya cool dan selamba, aku dengar ada orang panggil.

" Woi! kamu dua orang kesini! " jerit pak cik guard

Kaku seketika. Aku berjalan perlahan patah balik kearah beliau. Otak ligat berfikir apa langkah seterusnya.. Zaid Nabila tetap tak berganjak. Cibai.

" Kamu nak pergi mana ni? rumah kat mana? " tanya guard dengan nada tinggi dan garang sambil cekak pinggang.

" Oh..kami berdua nak balik rumah. Saya duduk kat blok H, No. 22 hujung sana tu " jawab aku dengan tenang sambil angkat tangan tunjuk arah rumah. Konon.

" Kamu anak siapa? Dari mana malam-malam buta ni? " tanya guard tu lagi.

" Saya anak Ahmad. Kami pergi makan kat Taman Cempaka tadi, lapar. Kat rumah takde orang nak masak. " jawab aku sambil keluarkan rokok dunhill sebatang. Kasi nyala dengan lighter. Baru nampak dewasa.

" Ooh,  pak cik ingat budak STAR tadi. Diaorang kalau fly, ada yang berani masuk balik asrama ikut sini. " jelas beliau.

" Yeke..kalau pak cik jumpa. Tangkap je. kasi heret pergi rumah pengetua. Baru padan muka. " jawab aku sebagai tanda sokong.

Pak guard tadi angguk kepala mengiyakan kata aku. Zaid Nabila berdiri di kejauhan masih nampak cemas dan bingung. Lepas beberapa minit, aku mintak permisi untuk beredar dari situ. Peluh dingin membasahi muka. Kami teruskan perjalanan pulang menuju asrama blok banglo berhampiran perumahan kem renjer yang hanya dipisahkan dengan tembok konkrit setinggi hampir 2 meter. Bila pos guard hilang dari pandangan,  Zaid Nabila yang tadi diam sepi terus bersuara.

" Apai, pak cik guard tu cakap apa kat kau?? " tanya Zaid Nabila.

" Entah, dia sembang nak tangkap budak STAR yang fly malam masuk balik asrama ikut pos guard yang kita lalu tu tadi " aku jawab.

" kahkahkahkah! "

Gelak tawa memecah keheningan malam tika jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi.

19 May 2012

Genderasi II

[ klik untuk sambungan ]

Lain pula kesnya untuk lelaki.
Lelaki adalah istimewa (penulis kan seorang lelaki yang kacak yakni istimewa).
Tetapi kenapa lelaki masih lagi tertipu?

Fikirkan sejenak.

Apa yang ada pada wanita?
Kebanyakan lelaki selalu terkeliru yang manakah aset wanita yang paling hebat.
Aku tahu kebanyakan pembaca terutamanya lelaki
akan memikirkan aset paling berharga bagi wanita adalah organ penyusuan
ataupun organ err you know..
Ya, disitulah terserlahnya kelemahan kamu.
Padanlah kamu semua senang ditipu perempuan.

Ketahuilah wahai lelaki,
aset wanita sebenar adalah senyuman mereka.
Ketahuilah kamu. Berjaga-jagalah kamu terhadap serangan wanita
yang penuh nikmat itu. Tolong jangan malukan kaum lelaki.

Aku tahu ramai perempuan (blog penulis kacak ini kan popular dikalangan perempuan) semua tersenyum mendengar kenyataan keloseran lelaki semua.
Tapi perempuan pun apa bezanya.
Memang tidak tahu nak bersyukur langsung.

Adakah sesiapa tersinggung dengan kata-kata aku?
Adakah aku ingin memulakan debat antara gender di sini?
Tentu sekalilah tidak. Kerana pendebatan gender adalah kerja yang paling sia-sia.
Takkan tamat. Cuba kamu katakan kepada perempuan, lelaki lebih hebat dari mereka.
Pasti mengundang pergaduhan. Takpun, katakan sahaja akal perempuan
dikuasai oleh emosi dan nafsu serta tak berfikir secara rasional.
Nantikan sahajalah das-das peluru perkataan dari mereka.

Aku tamatkan penulisan ini secara tiba-tiba di sini
bagi mengelakkan pertempuran gender
dan untuk mengekalkan undi-undi dari perempuan dan wanita.
Kerana undi mereka adalah penting untuk aku.
Undilah saya!

16 May 2012

Genderasi I

“Err..kau ni biar betul boyak. Takkanlah sampai sekarang maintain single.” Kata Ikmal Fayadh setelah melihat Saiful Aizat sugul memikirkan nasibnya yang tidak berapa baik dalam hal-hal mengurat perempuan.

“Entah la yadh, aku terasa macam sampah la pulak. Asyik dipermainkan saja dengan perempuan. Bukannya salah aku pun, aku go on la bila aku nampak ada line kosong” balas Saiful Aizat dengan pandangan seorang romeo yang tewas dalam percintaan.

“Mana kau tahu ada line-line kosong ni, cakap serupa orang telekom pulak. Contoh macam kes si Rozita Che Wan aritu, dia baru senyum-senyum sikit, kau dah mula perasan tahap kelambu." jawab Ikmal Fayadh dengan cool.

Dengan marah, Saiful Aizat membalas
“Peduli apa aku. Janji aku puas. Aku dalam bab mengenal reaksi awek ni no satu. Champion. Kau tau, aku la yang paling hensem dan kacak dalam kampung aku dulu-dulu!"

Aku tahu bila perkataan kacak dikeluarkan,
perkara yang terlintas di kepala kamu adalah
wajah penulis yang kacak sangat ini.
Aku faham. Tak perlu untuk memuji-muji aku lagi. Aku faham.

Kembali kepada episod kisah benar kali ini, pernahkah kamu mengalami perasaan seperti Saiful Aizat? Ditipu, dipermainkan, dipergunakan.
Jika jawapan kamu adalah ya, tepuklah bahu anda sendiri kerana anda sendiri telah mengaku anda seorang loser. Tapi dari aspek yang lain,
kamu adalah lelaki alpha yang berani dan berjiwa kental!

Alpha atau loser sore, tetap bergantung pada pandangan masing-masing.
Adakah kita boleh pasti yang senyuman wanita pada kita menandakan titik bermulanya proses pengawanan? Tidak sama sekali.
Percaya atau tidak, wanita mempunyai tindak tanduk yang lebih kompleks
berbanding lelaki. Sebab itu, senang sahaja lelaki ditipu wanita.
Jangan kamu berkata wanita selalu menjadi mangsa.
Apakah nasib lelaki kalau begitu?

Kenapa perempuan masih boleh jual mahal
sedangkan bilangan mereka di muka bumi ini jauh lebih ramai dari lelaki.
Kenapa mereka mampu merejek lelaki walhal mereka sedar
semakin tipis peluang mereka untuk mendapat pasangan.
Kalau dari segi sudut pandangan ilmu mantik, mereka sentiasa dalam kerugian,
kerana saham mereka berkadar songsang dengan usia mereka.

[ bersambung...]

13 May 2012

Semangat pagi

Pap. Aku terjaga. Mata masih belum lagi buka sempurna.
Aku tengok jam dengan kelip mata laju-laju. " Ah sial, tinggal 15 minit lagi.. "
Van ke kampus jalan jam 6.30 pagi waktu tempatan. Kuliah start jam 7.00 pagi. Itu rutin.
Kalau lambat sikit, memang kena tinggal. Aku terus lompat dari katil.
Jalan serupa orang mabuk lepas minum todi tapi dengan langkah cepat.
Capai tuala, ambil perkakas mandi, terus pergi bilik air.
Mandi dengan 9 kali gayung itu dah terlalu cukup untuk masa yang semakin terhad.
Sabun badan, gosok gigi, syampu kepala dan lain- lain semua aku buat serentak.
Multitasking orang perak cakap. Otak kanan dan kiri aku memang power kalau bekerja sekali gus.

Habis mandi, keringkan badan berdiri depan kipas angin dengan kelajuan maksimum.
Pakai baju siap semua, rapikan rambut guna tangan. Sikat terlalu mainstream bagi aku.
Baju tuck in kasi smart. Memang hensem. Tali kasut kulit hitam yang aku pakai, aku ikat dengan kemas.
Aku turun tangga dengan langkah dimulakan dengan niat mahu menuntut limu.
Itu pesan ustaz masa sekolah agama rakyat dulu. Baru diberkati katanya.

Sampai bawah aku terus tengok jam, pukul 6.25 pagi. ngam-ngam lagi 5 minit.
Driver van pun belum sampai lagi. Aku tersenyum puas.
Duduk tunggu kat ruang tamu. Bukak tv ada kartun disney, Handy Manny.
Tapi sudah alih bahasa dalam bahasa Indonesia. Layanlah sekejap.
Tak lama kemudian, tiba-tiba aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena.
Kepala aku ligat berfikir, congak dan kira-kira.
" Ish, tak boleh jadi ni.. " kata aku sendirian.

Aku cepat-cepat off tv. Berlari naik tangga balik masuk dalam bilik.
Pintu bilik aku hempas tutup dengan kuat sebagai tanda protes. Bang!
Baju masih lagi tuck in, dan berstokin terus landing atas katil.
Air-cond aku kasi suhu paling rendah dan aku tarik selimut tutup menyelubungi.
Dalam hati masih sumpah seranah.

*****

Apa kejadahnya pagi-pagi hari ahad macam ni ada kuliah? Lancau betul lah.

10 May 2012

Serbanistas

Tahukah anda?
demontrasi (demonstration). Contoh ayat;
" Ahmad dan rakan-rakan pergi berdemontrasi pada hari sabtu yang lalu."

Asal usulnya kata tersebut adalah dari;
1. demon : de'moin, demoon, dimoin'
yang bermaksud syaitan / setan / syaiton.
sementara pula dalam istilah bahasa greek purba,
bermaksud 'spirit' atau 'divine power'.

2. stration = kata ambilan dari kata sifat frustration
frust-tra-tion; tration, tra'tion yang bermaksud / stress / tegang / tertekan
/ marah / angin satu badan.

Jadi berdasarkan perkara diatas, ternyata
maknanya disini sudah sangat jelas
ada unsur pemujaan syaitan secara terang-terang
dalam 'demonstrasi' itu sendiri.
Memuja syaitan adalah syirik.


Bangang.

07 May 2012

Pick up lines - siri 2

Okay, misalnya kau duduk di sesuatu tempat. Kerusi di sebelah kau kosong.
dan ada seorang gadis duduk di sebelah sebelah kau, yakni di sebelah kerusi kosong itu.
Niat dalam hati mahu menegur,
Tapi kau ragu-ragu mahu mulakan perbualan. Jangan risau.
Serahkan pada yang pakar.

Kau : Ehem ehem.. (untuk tarik perhatian si gadis)  Hai awak, sorry la kalau kacau..

Si gadis : Err, ye ada apa? (ini menunjukkan respon yang baik, masa depan kau amat cerah!)

Kau : Awak kalau boleh jangan duduk lama sangat kat kerusi tu.

Si gadis : Eh, habis tu saya nak duduk kat mana kalau macam tu?

Kau : Alaa, sebelah saya ni kan kosong, awak pindah je la duduk sini.

Si gadis : Ish, tak mau lah saya. Kenapa pulak?

Kau : Saya takut awak dikerumuni semut nanti. Sebab.. awak gadis yang paaaaling manis pernah saya jumpa.

Aauuwww!

Oh ya, antara respon yang tidak dapat dijangka. Mungkin si gadis tersebut akan terus melompat duduk di sebelah kau, dan tanya;

" Bila awak nak masuk meminang saya? Jari manis saya ni sudah sedia untuk disarung cincin oleh seseorang tau..."

Hati-hati.

03 May 2012

Tangkap leleh.

You know,
Bila aku merayau-rayau dalam internet,
Misalnya fesbuk, blog, tumblr dan lain-lain.
banyak betul aku jumpa gambar orang yang amik gambar ala-ala 'myspace'.
Jenis dongak atas tepi kiri (45 darjah), muncungkan mulut, muka buat-buat kiut.
Nak lagi gampang, jenis berduet ramai-ramai.
Biarkan, Malaysia kan negara demokrasi,
semua orang boleh bergambar ikut suka hati dan perasaan masing-masing.
Kalau kau tak puas hati, nak pergi buat demonstrasi
duduk bantah bersih segala lancau tu, pun boleh.

Jadi selaku individu yang mempunyai semangat ingin tahu yang kuat dan tinggi.
Aku cuba bergambar dengan cara tersebut. Ya, sendirian.

Aku kasi dongak ke atas kiri, letak kamera tinggi sikit,
muka buat-buat kiut (padahal memang kiut pun),
bibir muncungkan sikit, tambah gaya senyum-senyum. Comel gittew.


SNAPPP!!


Lepas amik gambar, aku view semula gambar yang aku amik tadi dengan penuh excited.

Sial. Macam tikus cencorot bila tengok lama-lama.
Geli you know. Damn.

26 April 2012

Godaan Lisa Surihani -episod II

[ klik untuk sambungan dari episod I ]

Mata kami saling bertentang satu sama lain. Kaku. Seperkara tentang Lisa Surihani.
Jika merenung dalam dalam matanya, dia akan membalas.
Tika itu, seolah-olah perasaan bahagia dan risau datang bersamaaan.
Bisa buat aku seperti lelaki paling kuat dan  paling lemah sekali.
Cuma terpulang, mahu jadi yang mana.

Rasa janggal menyelubungi diri. Sudah lama rasanya tidak bersua. Lisa Surihani tampak masih lelah mahu mulakan bicara. Suaranya manja walaupun kurang jelas pada kalimat yang punya huruf 'R', tapi bagi aku itu sangat comel dan cukup seksi!

" Hi Fayadh.. you apa khabar? sihat? " tanya Lisa Surihani.

" Hi Lisa.. I sihat. Tapi luka dalam hati I ini belum sembuh lagi. " aku jawab ringkas.

Lisa Surihani sepertinya faham maksud yang tersirat. Rasa dan perasaannya dipendam ditahan, tidak ditunjuk pada riak muka.

" Hmmm. dah lama kan kita tak jumpa. You buat apa je sekarang? "
tanya Lisa Surihani lagi.

" I sambung study kat Medan, Indonesia. Sekarang tengah cuti. You Lisa? "

" Nothing interesting, macam tu lah. Tadi I from pasar depan traffic light dekat simpang sana tu, beli ikan sikit. Lalu sini ternampak you." jelas Lisa Surihani.

" Ooh.. Tapi Lisa.. mana ikan yang you beli tu? I tak nampak pun.."

" Oh.. entah lah Fayadh. I pun tak perasaan, maybe dah berterabur kat atas jalan masa I lari-lari tadi. " jawab Lisa Surihani sambil ketawa kecil. Comel.

[ bersambung... ]

23 April 2012

Pick up lines - siri 1

Ada gadis-gadis yang diluar sana yang menjadi idaman dan pujaaan kau, tapi tak tahu kat mana nak memulakan langkah untuk memiliki hatinya?
Jangan risau. Serahkan pada yang pakar.

Kau : Assalamualaikum cinta.. (pastikan gadis pilihan kau sudah tengok filem 7 petala cinta sebelum ni, kalau tak, dia akan blur)

Si Gadis : Waalaikumussalam rindu..

Kau : Kat rumah you ada peta tak? I nak pinjam lah sekejap, boleh?

Si Gadis : Huh? you merepek apa ni. Peta apa?

Kau : Hmm.. you punya peta hati. Sebab I sudah tersesat dan tak dapat keluar dari hati you.. (okay , sampai part ni kau kena buat suara romantik sikit untuk efek yang lebih mendalam gitteww)

Jika ini berkesan, si gadis hanya akan tertunduk segan senyum tersipu-sipu, atau memukul-mukul kau dengan manja kerana tak dapat control ayu lagi, cair mungkin.

Aauuwww!

20 April 2012

Godaan Lisa Surihani -episod I

* * * * *
Jam menunjukkan hampir pukul 8.50 pagi. Matahari masih malu-malu mahu menunjukkan diri. Udara dingin terasa tebal kerana hujan sangat lebat malam tadi. Basah dan lembap. Kedengaran suara beberapa anak-anak kecil ghairah mengejar rama-rama yang berterbangan berhampiran air pancut di tengah Taman Bunga Rashidah Utama. Aku segera mencari bangku kosong untuk duduk, penat berjoging di sekitar 2 blok berdekatan belum hilang lagi.

Tiba-tiba aku tertegun. Disana sayup-sayup dari jauh, di arah seberang Taman Bunga Rashidah Utama sebelah timur,terdengar suara jeritan memanggil nama aku. Tapi selintas saja. Jeritan diputuskan oleh bunyi hiruk pikuk kenderaan bermotor lalu-lalang. Sibuk. Kemudian hening seketika...

Aku menegakkan kepala, mataku mulai liar. Ku hadapkan badan ke timur, ke arah tempat jeritan datang.

Dari jauh terlihat kabur kelibat manusia berlari ke arahku, lariannya kencang sambil menjerit namaku. Dan ketika dia sampai di jalan pertemuan antara jalan masuk Taman Bunga Rashidah Utama dan jalan raya, dia berhenti sebentar, seolah-olah berpikir. Kelihatan penat. Kemudian terus melangkah berjalan kepadaku.

Ya benar, dia Lisa Surihani.
Gadis yang pernah bertakhta dalam hatiku ketika suatu masa dahulu.
Masih ayu dan menawan sepertimana seharusnya.
Rambutnya dibiar panjang mengurai, rapi melepasi bahu.
Warna bibir seperti buah ceri, nampak ranum.
Pipinya putih mulus, gebu.
Senyumannya yang manis. Semanis kurma.
Terlalu cantik untuk seorang perempuan.
Bisa saja bunga-bunga di taman ini terus tertunduk layu, malu dan kalah dengan kecantikkan punya si dia.

[ bersambung... ]

16 April 2012

Publisiti, demokrasi, dan syok sendiri.

"Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi."

Kononnya kaum kerabat mereka paling hebat,
sebelum ini sembang kencang serupa angin taufan.
Kononnya mahu menegakkan dan menyebarkan dakwah islam itu dan ini,
tapi ada segelintir dari mereka juga yang menjatuhkan saudara islam sendiri
dengan caci maki sana dan sini.

Hubungan antara manusia itu tak akan boleh berdiri dengan masa yang singkat.
Ketika sesak perlukan orang di sekeliling, mula lah merata meraih simpati berkati-kati.
Jangan nak terlalu berharap, walaupun harapan setinggi gunung. Sebab apa?
Hubungan antara manusia tak berjalan seperti itu sama sekali.

"Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat."

Betapa cantiknya orang tua kita dahulu mengambarkan kepentingan permuafakatan,
persepakatan, dan istilah yang sering dilaung-laungkan hari ini
iaitu perpaduan.

Hidup ini perlukan semua orang.
Kalau mahu sorang-sorang, tempat kamu dalam hutan sana.

p/s: Aku ingat nak try berkecimpung dalam dunia politik bila sudah besar nanti, aku target majoriti yang mengundi  aku dari gadis dan wanita. Golongan mereka paling ramai dari lelaki sekarang. Dengan kelebihan yang aku ada, sebagai contoh muka aku macam Aaron Aziz, berkaliber, berjiwa kepimpinan, penuh dengan budi pekerti, apa lagi kamu mahu? Aku yakin chance menang dalam  pilihanraya sangat tinggi. 99 persen mungkin.

Amacam? kahkahkah!  .

12 April 2012

Fatih budak jahat.

Fatih salah sorang kawan aku dalam kelas 4 Pintar sekitar tahun 2000. Muka bujur telur, hitam manis, rambut kerinting, telinga agak capang dan perangai yang selalu bajet hero. Kelas aku dalam ranking kelas budak-budak cerdik pandai. Kira okay lah tu kan, takde nampak bangang sangat. Dalam kelas terbahagi kepada beberapa geng. Geng Otai yang nakal serupa syaitan nirojjim, Geng Skema, dan Geng Baik yang terdiri dari pengawas sekolah dan pusat sumber, kuat mengampu cikgu juga.

Sifat berpuak-puak dan assabiyah ini sering membawa kepada pergaduhan dan berbalah antara geng. Itu perkara biasa. Cibai, sudah macam dalam filem KL Gangster .
Mengeluarkan kata-kata kasar atau kesat masa bergaduh nampak macam sudah besar habis, dan boleh mengentarkan pihak lawan, padahal ada yang sesetengah ahli geng tu belum sunat, apa lagi tumbuh rambut pubis.

" Siapa amik pensil shaker aku, pastu tak pulangkan, maka mak dia hitam! "

" Diamlah kau, dah la jongang macam arnab, gemuk macam babi. haha " - sambil lompat-lompat arnab dan mendengus serupa babi serentak untuk tambah efek.

Fatih, antara jaguh dalam pergaduhan. Kalau lawan mulut mencarut dengan dia memang takde chance nak menang. Jangan cuba-cuba cari masalah. Sudah berapa kali dia buat budak perempuan menangis teresak-esak. Nama pun otai. Ada satu hari, aku buat apa entah sampai dia bengang. Dia terus ejek nama ayah aku.

 Rosalinda ay amour.. ay amour~ "

Rosalinda ialah satu drama telenovela dari negara Mexico tayang kat TV3 setiap hari isnin sampai khamis pukul 3 petang. Sangat hits pada tahun 2000 ketika itu. Nama ayah aku Roszaind. Dia panggil aku Ikmal Fayadh bin Rosalinda, sambil nyanyi lagu tema telenovela Rosalinda tersebut dan gelek-gelek menari tarian Mexico. Macam lancau.


Mau seminggu juga lah diejek. Aku buat bodoh. Tiba-tiba satu hari dia datang dekat;

" Payad, jom lawan pemadam. Aku baru beli pemadam baru.. " kata Fatih.

" Siapa kalah kena bagi terus pemadam dia. Game sampai 5. Jom! " jawab aku.

Kecik-kecik sudah pandai berjudi. Nauzubillah. Lepas itu, dia tak panggil nama ayah aku Rosalinda sampai habis sekolah rendah. Tapi sekarang entah kat mana dia aku tak tahulah, moga-moga menjadi manusia yang berguna dalam masyarakat. Oh ya, siapa yang tak tahu lawan pemadam tu apa, zaman sekolah kau memang sangat membosankan.

09 April 2012

Kembali.

Rasanya sudah 8 bulan aku menyepi,
terasa ala-ala kemunculan kembali Butterfingers.
Awek-awek yang selalu baca blog ni pun aku rasa sudah ramai pergi cari port lain.
Apa boleh buat, hidup ni kadang-kadang macam hangat-hangat tahi ayam. Ramai orang tanya aku sebelum ni,

" Kau tak aktif tulis dalam blog lagi keww?"

Aku cuma senyum dan jawab ringkas,

" Sibuk kejar dunia akhirat.."

Kebanyakkan yang tanya ni awek-awek je, hampir 99%. Caring la katanya. Ceewah!
Aku harap selepas ini, akan terus istiqamah.
Besok sudah tua, nak tunjuk anak cucu yang atuk dia orang ada blog.
Apa kejadah yang atuk dia tulis entah lah. kahkahkah

Maaf, aku lupa yang aku ada blog rupanya!