[ klik untuk sambungan dari episod I ]
Mata kami saling bertentang satu sama lain. Kaku. Seperkara tentang Lisa Surihani.
Jika merenung dalam dalam matanya, dia akan membalas.
Tika itu, seolah-olah perasaan bahagia dan risau datang bersamaaan.
Bisa buat aku seperti lelaki paling kuat dan paling lemah sekali.
Cuma terpulang, mahu jadi yang mana.
Rasa janggal menyelubungi diri. Sudah lama rasanya tidak bersua. Lisa Surihani tampak masih lelah mahu mulakan bicara. Suaranya manja walaupun kurang jelas pada kalimat yang punya huruf 'R', tapi bagi aku itu sangat comel dan cukup seksi!
" Hi Fayadh.. you apa khabar? sihat? " tanya Lisa Surihani.
" Hi Lisa.. I sihat. Tapi luka dalam hati I ini belum sembuh lagi. " aku jawab ringkas.
Lisa Surihani sepertinya faham maksud yang tersirat. Rasa dan perasaannya dipendam ditahan, tidak ditunjuk pada riak muka.
" Hmmm. dah lama kan kita tak jumpa. You buat apa je sekarang? "
tanya Lisa Surihani lagi.
" I sambung study kat Medan, Indonesia. Sekarang tengah cuti. You Lisa? "
" Nothing interesting, macam tu lah. Tadi I from pasar depan traffic light dekat simpang sana tu, beli ikan sikit. Lalu sini ternampak you." jelas Lisa Surihani.
" Ooh.. Tapi Lisa.. mana ikan yang you beli tu? I tak nampak pun.."
" Oh.. entah lah Fayadh. I pun tak perasaan, maybe dah berterabur kat atas jalan masa I lari-lari tadi. " jawab Lisa Surihani sambil ketawa kecil. Comel.
[ bersambung... ]