Tadi, dalam rancangan nak pergi beriadah sebentar malam ni. bosan lak duk umah malam-malam tak wat ape.selalu bila lepas makan je, mesti rase nak bukak buku. menelaah pelajaran. susah betul, bile dah terbiasa asyik study je. betul susah.
bermain snooker. orang indon panggil billiard. cam canggih je bunyi kan. jalan kaki tak sampai 10 minit camtu..lokasi yang dituju. Thamrin Plaza. Aku tak pernah pergi pun, Kawan aku cakap. kat situ tempat best. beriya je dye.
" Pak, tempat biiliard nya di lantai berapa ya pak? "
sahaja tanya kat pak guard. nak mengonfirmkan yang tempat tuh betul-betul wujud. dye cakap kat lantai 7. wah, bukan semangat la budak-budak nih cari lif, masuk dan terus tekan butang no 7. muka happy je. ala,nak beriadah la kan, semangat betul. da sampai kat lantai 7 nih, aku cam terdengar bunyi pelik. dum dum dum. oh, ini bunyi lif kot. agak kuat bunyi tuh,
ting tong. pintu lif terbukak. aku terus la keluar kan. nampak cam gelap-gelap sikit. kawan aku 2 orang tuh follow je. aku tergamam dan terkasima tengok tempat billiard tuh. bilik cam samar-samar sedikit, cahaya macam nak orang beromantika, nampak botol arak keliling kat atas meja, keliling meja tu pulak ade perempuan duduk, keliling perempuan tu pulak ade lelaki.
bunyi dum dum dum tuh, itu bukan bunyi lif. bunyi musik dalam bilik itu. macam disko. shit! da salah tempat nih. ini tempat maksiat. sambil mengelengkan kepala. tergugat iman seketika. nafsu cakap. ala, lepaklah dulu.. tengok-tengok jap,bukan nyer wat ape.kan2. iman pulak cakap, wahai fayard, segeralah kau pulang, sesungguhnya.. tempat ini akan mendatangkan kemungkaran kepadamu kelak.
fuh! naseb baek iman kuat.sumpah.haha. tekan lif, nak cepat kuar dari bilik tuh, abg kat situ da ajak-ajak maen sekejap. gler ape, kalu free takpe lah, nie mahal pulak tuh. ish, tak mau lah. eh silap, tempat nie tak sesuai untuk kami punya 'riadah'. masuk dalam lif, ade perempuan baru nak masuk tempat tuh. wah! mengancam. orang indon cakap, cantik macam manohara. ceyh, pergi mampos lah kalian.
betul kata ustaz, iman nie kadang-kadang naek,kadang-kadang turun. mantap sungguh. hoi hoi. nie da tahap cam buah semangka aku tengok. ish, da2 cukup, nnti ade orang marah tulis benda-bende camni pulak. hajat malam nie nak maen snooker tak kesampaian, takpe lah masa banyak lagi. naseb baek aku dengar cakap mak, jaga diri baek-baek, jangan pergi ke tempat bukan-bukan. mak, fayard memang budak baek.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebkn korng g yang lim?haha..insaflah wey!
ReplyDelete