24 January 2010

Jangan tinggal solat

Teruja, gembira, sedih, sebak, dan tahi. Semua ini ada aku rasa sekarang. Ah, sekarang aku da de kat medan. Tak guna rasa semua tu, aku sekarang ade misi yang mahu diselesaikan dengan cemerlang dan jayanya. Niat di hati sem 2 ini bakal memberi peluang kat aku yang aku sememangnya pelajar yang berkebolehan dan bijak dan bijak sekali. Poyo.


Ketibaan di medan semalam disambut dengan bunyi –bunyi hon yang bermacam macam nada. Entah mengapa seperti kerinduan bunyi ini. Pak teksi sedang menunggu di hadapan. ” teksi pak..teksi? ” aku senyum dam segera berambus. Mau je ikut hati tunjuk isyarat mencarut kat belakang. Tak boleh macam tu, apa salah mereka, mencari rezeki di bumi yang hanya sementara. Biarkanlah..

Sampai rumah. Bak kata omputih, Home sweet home! Masuk bilik, try la pasang airkon. Bukan pasang, on. Shit. Asal kau tak mau hidup. Kacau betul lah.. aku rasa, mungkin hari balik bercuti kelmarin, bibik curi-curi masuk bilik lepas tu tido dalam bilik aku, maklumlah ade airkon kan.. bukan maen best la dye berdengkur. Dahla rosak kan laptop aku dulu, sampai sekarang aku maseh berdendam kesumat. Takpelah, hari raya nanti baru minta maaf. Aku Cuma mencari alasan sebab ape airkon rosak, walaupun tak msuk dek akal.

Rumah bukan maen kotor lagi.. lipas bergelimpangan di sana-sini, ade gak lipas yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan, tergedik-gedik nak mati. Mesti bibik ni sembur racun perosak satu rumah nih, bibik lagi? Lantai berdebu tebal, kalau jalan baru beberapa tapak, kau tengok kaki kau, mak aii.. hitam. Tapi kalau da kulit hitam tuh, memanglah tak nampak apa kat kaki kau tu. Hajat di hati nak kemas, basuh dan sental rumah hari ini. Rajin la pulak..takpelah, niat yang baek pun sudah dapat dapat ganjaran pahala bukan?

Besok sudah start kelas. Semangat mesti ada, ini semangat bukan sehangat tahi ayam.
Aku akan berusaha sebaek mungkin. Ingat pesanan mak. ” jangan tinggal solat..”

14 January 2010

Kalaulah..

kalau lah aku boleh jadi burung,
boleh terbang kemana sahaja yang aku mahu.. terbang,terbang,terbang,
tak payah nak fikir apa. lampu trafik? jalan sesak? harga minyak?
semua tu aku tak kesah. bila bila masa boleh je pergi.
boleh pergi balik indonesia - malaysia ikut suka hati. tak payah nak bayar duit untuk permit-permit yang mengarut. tak payah nak beli tiket flight, buat abis duit je. boleh pergi dekat aku punyer apple, pastu buat berkicau-kicau..seperti menyanyikan lagu. mahu buat dia terhibur, erm mesti merdu kalau aku nyanyi.

kalau lah aku jadi rama-rama,
semua mesti puji kecantikan aku,
'waaa..cantinknyer fayard nie..'
semua mesti kagum dengan keindahan kaler-kaler badanku..

kalau lah aku jadi kuda,
aku nak lari selaju-lajunya, lari...lari..lari... boleh join masuk dalam race. pas2 dapatlah duit banyak.
perempuan dahla ramai suka naek kuda dan suka kepada kuda. mesti best gile dyorang naek atas badan aku. kalau camni lah, aku seekor kuda yang miang lagi gatal.

tapi...aku lebih suka jadi aku.
aku ade otak dan akal fikiran. tak macam si kuda, si rama-rama dan si burung.. hidup semata-mata untuk hidup. aku lagi comel dan cantik dari rama-rama. aku tahu aku tak boleh terbang, tapi aku cuba, padahal memang tak boleh terbang pun ( ayat macam keling ),
sekarang aku bukan tengah putus cinta, or kematian sesiapa. cuma mengenangkan cuti tinggal beberapa hari lagi. aku tak nak balik medan!! shit sedih. semua ini takde kaitan, kuda, rama-rama, dan burung. mereka semua makhluk ciptaan tuhan yang indah. cuma ingin tulis sesuatu.terima kaseh.

aku tidak siuman.