24 January 2010

Jangan tinggal solat

Teruja, gembira, sedih, sebak, dan tahi. Semua ini ada aku rasa sekarang. Ah, sekarang aku da de kat medan. Tak guna rasa semua tu, aku sekarang ade misi yang mahu diselesaikan dengan cemerlang dan jayanya. Niat di hati sem 2 ini bakal memberi peluang kat aku yang aku sememangnya pelajar yang berkebolehan dan bijak dan bijak sekali. Poyo.


Ketibaan di medan semalam disambut dengan bunyi –bunyi hon yang bermacam macam nada. Entah mengapa seperti kerinduan bunyi ini. Pak teksi sedang menunggu di hadapan. ” teksi pak..teksi? ” aku senyum dam segera berambus. Mau je ikut hati tunjuk isyarat mencarut kat belakang. Tak boleh macam tu, apa salah mereka, mencari rezeki di bumi yang hanya sementara. Biarkanlah..

Sampai rumah. Bak kata omputih, Home sweet home! Masuk bilik, try la pasang airkon. Bukan pasang, on. Shit. Asal kau tak mau hidup. Kacau betul lah.. aku rasa, mungkin hari balik bercuti kelmarin, bibik curi-curi masuk bilik lepas tu tido dalam bilik aku, maklumlah ade airkon kan.. bukan maen best la dye berdengkur. Dahla rosak kan laptop aku dulu, sampai sekarang aku maseh berdendam kesumat. Takpelah, hari raya nanti baru minta maaf. Aku Cuma mencari alasan sebab ape airkon rosak, walaupun tak msuk dek akal.

Rumah bukan maen kotor lagi.. lipas bergelimpangan di sana-sini, ade gak lipas yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan, tergedik-gedik nak mati. Mesti bibik ni sembur racun perosak satu rumah nih, bibik lagi? Lantai berdebu tebal, kalau jalan baru beberapa tapak, kau tengok kaki kau, mak aii.. hitam. Tapi kalau da kulit hitam tuh, memanglah tak nampak apa kat kaki kau tu. Hajat di hati nak kemas, basuh dan sental rumah hari ini. Rajin la pulak..takpelah, niat yang baek pun sudah dapat dapat ganjaran pahala bukan?

Besok sudah start kelas. Semangat mesti ada, ini semangat bukan sehangat tahi ayam.
Aku akan berusaha sebaek mungkin. Ingat pesanan mak. ” jangan tinggal solat..”

3 comments:

  1. jangan tinngal solat dimana saja kita berada~

    ReplyDelete
  2. aku nak tompang bteduh smalam dua kalo jejak sana nanti. blh?


    ya.. tegakkan tiang. smoga beroleh kemenangan.

    ReplyDelete

terangsang?