Dengar-dengar beliau adalah bekas penyanyi kumpulan nasyid. Sekarang mencuba rock pula kerana tidak mendapat sambutan. Maklumlah siapalah yang nak menonton lelaki berkopiah, berjanggut panjang, bercelak bernyanyi-nyanyian sambil berlatarkan padang pasir dan pohon kurma. Rakyat kita kan berfikiran terbuka. Maka, artis juga harus terbuka di sana sini untuk menjamin kepopularan mereka. Hidup Malaya!
Bagi selebriti negara kita, yang membuat salah atau yang tidak senonoh semuanya adalah artis negara lain. Budaya kuning, hijau, merah, biru semuanya adalah pengaruh negara lain. Seluar koyak di bahagian lutut, pengaruh punk afrika kata mereka. Berkongkek disana sini, pengaruh holiwud kata mereka. Memakai t-shirt kecil bundle beserta jeans yang hujungnya kecik (hanya muat 3 jari), pengaruh kelantan pula kata mereka.
Ehh, maaf kelantan sebahagian dari negara kita.
Penulis kacak ini selalu tersalah anggap bahawa kelantan adalah negara lain. Mereka kan lain. Pemimpin lain, rakyat pun lain dari negerinegeri lain. Mereka kan mengamalkan pentadbiran, bahasa, dan cara pemakaian yang berlainan dengan negeri-negeri lain. Tidak percaya? Sila rujuk rakan sekolej saya, Encik Syed Salikin sebagai contoh. Maaf, beliau tidak sekacak penulis.
En. Syed Salikin.
Sama juga kesnya kepada kebanyakan ibu bapa di Malaya. Budak yang minum arak, yang berzina, yang tidak menutup aurat,yang hisap ganja, yang tidak sembahyang dan yang terlibat dengan apa jua masalah moral adalah anak orang lain. Cuba tanya makcik sebelah kamu nanti didalam bus. Cuba tanya pakcik drebar teksi. Nescaya dia akan menceritakan kebaikan anak sendiri sambil mencemuh kelakuan buruk anak orang lain. Pasti.
Sama jua dengan anak-anak, ibu bapa mereka tidak pernah melakukan kesalahan walau sedikit pun. Tak percaya tanya anak polis trafik yang kamu kenal samada bapa/ibu mereka makan rasuah. "Mana ada beb, bapa aku jujur” antara dialog pilihan mereka. Kalau boleh hendak saja disamakan ibubapa mereka dengan Dr Fadzilah Kamsah. Maaf sekali lagi, beliau juga tidak sekacak penulis.
Maka di sini dengan rasminya, layaklah Tanah Malaya di gelar negara Islam (Had-berhari-hari) kerana tidak ada siapa pun sebenarnya yang berdosa jika kita menerima pandangan ibubapa dan anak-anak kebanyakan penduduk Malaya. Serta pandangan para selebriti.
p/s: Sibuk bercuti. Bizi memanjang