02 July 2010

Aku sungguh rentan.

Ya, aku sungguh rentan.

Jangan pula bertanya pada aku apa erti rentan ini. Cari sendiri. Jangan jadi seperti kucing yang menunggu di tepi akuarium. Sampai bila pun kau takkan dapat. Aku tahu budaya rakyat kita sebegitu, hanya menunggu tanpa mencari jawapan sendiri. Kenaikan tol, kenaikan harga minyak. Semuanya menjadi suatu penungguan.

Kan aku sudah mula melalut. Dari cerita rentan ke cerita politik pula. Cuba kau bertanya pada diri kau sendiri terutamanya kepada penulis blog ini. Tidakkah kau semua memendam rasa untuk memulakan entri blog kamu-kamu semua dengan ayat-ayat yang dramatik seperti ini? Kerana aku rasa, lagi dramatik blog kau, maka lagi tinggi kepopularan kau.

Aku ulang, dramatik. Bukan romantik. Ayat yang berirama dan kosa kata lebih kurang sama, tapi berlainan maksud. Kalau romantik, boleh jadi blog awek-awek. Shuuuuuuuuwit!



Tidak percaya? Percayalah aku. Aku kan penulis yang kacak. serta popular.

1 comment:

terangsang?