08 December 2010

Jolok, masuk dan picit.

Topik gosip hot dan liar makcik-makcik jual kuih kini yang kecoh dan riuh satu Malaya pasal 'sekolah harapan' khas untuk remaja yang hamil muda tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah dalam undang syariah. Bagi rakyat kita di Malaysia, tak kira apa yang sebabkan perempuan itu hamil, terjadi secara langsung dan tidak langsung, dirogol, suka sama suka, angkara hantu raya, atau mandi didalam kolam yang ada sperm aktif berenang-renang.

Anak yang dilahirkan itu secara automatis akan digelar anak haram, bastard, anak luar nikah. Istilah orang putih panggil 'anak hare'. Sangat kreatif kamu-kamu semua.

Itu belum kira orang ramai pergi berdemonstrasi dengan menyuarakan bantahan 100 persen sekolah yang kononnya boleh buat remaja muda djaman sekarang semakin galak berzina. Kalau kau hamil apa ada hal? masuk aja sekolah itu. Makcik jual kuih tadi? Ya, dia pun ikut serta memeriahkan acara demonstrasi. Negara demokrasi lah katakan.

Kamu-kamu semua memang gelabah dan kelam kabut. Cubalah berfikir sebelum menyalak sana sini. Kamu nak banding Malaysia dengan negara barat? Mana boleh macam itu. Undang-undang negara mereka lain. Kamu cakap Malaysia negara Islam dan sememangnya tak patut buat sekolah macam itu?


Oh, kamu semua silap.

Inilah contoh negara Islam yang baik, kita masih terus berdakwah untuk menyelamatkan modal insan negara biarpun mereka sudah terlanjur. Apakah kamu-kamu semua yang menyalak tak tentu pasal mahu mereka yang terlanjur terus tersilap langkah? Kita sepatutnya membantu menyelamtkan mereka dan bukan sekadar mengutuk.

Siapa kata negara Islam yang baik tak timbul masalah zina? 1 statement yang cuba menongkah sejarah. Ingatlah bahawa zina sudah berlaku sejak zaman nabi lagi. Apakah kerajaan di bawah pemerintahan nabi bukan islamik? Mana mungkin ada negara Islam yang sifar kes zina. Kalau inflasi sifar, itu lain.

Masalah agama ni ada khilafnya. Kalau tak tau jangan main hujah sembrono. Itu pun kenalah secara budiman. Tak kena pada muka batang hidung kamu sendiri memang lah pandai bercakap. Pung pang pung pang. Tunggu lah masanya bila kita yang kena seperti mereka. Bukan mahu mendoakan, tapi sebagai peringatan. Masa itu baru kamu akan faham. Jangan cakap tak mungkin kena, sebab kamu bukan tuhan untuk tentukan qada dan qadar.

"..itulah kau, anak sendiri tak pandai jaga, kan sudah dapat cucu haram.."

Kamu-kamu semua jangan salahkan sesiapa, itu, ini dan segalanya. Tak guna berdebat untuk tahu siapa juara, sedangkan penyakit ini terus menelan kita.

Janganlah jadi macam anjing kurap yang konon hebat menyalak semata-mata niat mahu naik taraf dan double standard dan berharap supaya boleh jadi Chihuahua yang comel.

18 comments:

  1. ya. itu dia ikmal fayadh. lantang sekali :)

    ReplyDelete
  2. mujor mnegajar sekolah jantan, tak dapat lah aku cucu..hehe..

    ada kawanku anak muridnya mengandung,terjadi dengan rakan sekelasnya.. terus dibilangnya..wah aku dapat cucu

    ReplyDelete
  3. rasenye makcik2 jual kuih tu marah sebab Ali Rustam ckp sekolah tu adalah jln terbaik utk menyelesaikan masalah pembuangan bayi di Malaysia.. kenape x masukkan dkm syllabus sekolah yang seks sebelum kahwin tu haram dan terangkan sekali hak dan kedudukan anak2 haram di sisi Islam.. for me, such school is best keep as a last resort..

    ReplyDelete
  4. hadi, terima kasih infomasi anda. :)

    ReplyDelete
  5. haha, betul cikgu. anak yang ada kat star pun nakal macam pelesit. apa lagi cucu. hahaha

    ReplyDelete
  6. indahnyasisuria; haha. hmmm iya..anak luar nikah sekarang tak jelas kedudukannya. apa pun benda macam ni, kena ajar dari kecil. kalau da besar memang tiada guna. ikut kepala otak di lutut dan itulah jadinya

    ReplyDelete
  7. wah..memang lantang.mmg btul xley nak salahkan sesape....
    i think pendidikan sex perlu masuk dalam syllabus kt sekolah supaya sumer anak2 pn leh tahu kebaikan dan keburukannya, halal dan haram.. so xde lagi istilah terlanjur..macam2 remaja skank ikut trend la konon.. masalah akhlak,mslh buang anak pn byk, kurg pendidikan agama..sbb sumer dalam comfort zone..sumer perkara yg buruk/salah nampak macam benar..sbb sumer gne akal n nafsu je..mmg dunia da akhir zaman.

    ReplyDelete
  8. betul tu kak amy. tapi ada orang yang cakap pendidikan seks kat sekolah buat semakin banyak anak terbuang. sebab pandai sangat dalam bab2 tuh. entah apa-apa

    ReplyDelete
  9. hmm..macm penah bce jer tulisan ko nie..haha

    ReplyDelete
  10. acong, ini semua berkat facebook si suraya. hahaha

    ReplyDelete
  11. benda ni ada baik,ada bruknya..skolah utk yg trlnjur ni,klau dijadikan mcam pusat pmulihan pn bagus gak..psal yg ali rustam sruh kawen awal tu,bkan x stuju..tapi ade bnyak lgi bnda yg lgi pnting..klau bdak ipt umur dlam 21-23 tu oke la..ni budak 13 tahun sruh kwen..gilo ko po..

    ReplyDelete
  12. ikmal! i sokong u okayh! walaupun ai ni mangsa cabul si legging, i tetap sokong u!!! xoxo!


    xaaax

    ReplyDelete
  13. adie, kalau macam tu, umur 20'an sudah ada 3 anak mungkin? haha.

    ReplyDelete
  14. ajib, damn la u ni,,teringin pulak gadis legging tuh nak cabul u.

    dia nak kat i sorang jee. ahakz

    ReplyDelete
  15. wahhhhhhhhhh aku suke entri ni....pertama kali aku rase ko mulia skit kihkihkih

    tp betol n aku SONGKONG 100% ngan ayat ko....negara Islam mane yg xde masalah zina ni....

    same seperti ayat....org yg berzina xleh masuk syurga ke???....Allah kn maseh membuka pintu taubat tok kite .....

    biase la org nmpk luaran je...tau2 nk menyalak je...nmpk yg zahir je...aarghhhhhhh aku lak yg emo!

    ReplyDelete
  16. ahaha. nadey, mulia sikit aja? ciss.

    ReplyDelete

terangsang?