25 February 2011

Warkah untuk Emak

Dear Emak ku sayang,

Mak. Fayadh tak ada duit. Nak duit sikit, boleh? Sorry. Lupa tanya khabar. Mak sihat? I hope this letter finds you in the pink of health (Inilah apa fayadh belajar masa sekolah menengah dulu.)

Kawan-kawan Fayadh semua ada i phone, paling cikai pun at least ada phone skrin sentuh sentuh. Online bukak facebook pakai phone je. Jelez gila. Fayadh terpaksa guna laptop kawan untuk 'Facebooking'. Mak, kenapa tak buat akaun fesbuk? Kalau tak, boleh kita main Texas Hold 'Em Poker sama-sama. Gambar-gambar fesbuk fayadh pun tak ada yang baru. Kamera ada, USB cable pulak tak ada. Buat rugi je fayadh camwhore sorang-sorang dalam bilik.

Bilik fayadh pun panas gila. Macam sauna. Main-main je lah! Tak ada la macam sauna. Tak logik la. Lagi panas dari sauna sebenarnya. Cakap kat ayah mintak tolong poskan air-cond yang besar sekali dari malaysia, jenama toshiba lagi bagus. Baru stailo kalau dalam bilik suhu mencapai takat beku.

Universiti macam biasa la. Setiap kali lepas kelas fayadh lepak dengan kawan-kawan dekat kantin, borak-borak aja. Tak ada duit nak makan. Fayadh pun dah kurus sikit. Orang ingatkan Fayadh ni Zac Efron. Frust tau.

Perak apa khabar? Fayadh dengar selalu hujan. Biasa la tu. Perak 'menangis' sebab Fayadh tak ada. Haha. Tapi mungkin nangis dengan tears of joy. Celaka. Ops sorry.

Mak kenal tak perempuan nama Eton? Fayadh pun tak kenal. Saja tanya. Tak ada kerja.

Sekarang Fayadh dekat rumah kawan. Tadi pergi jalan-jalan petang. Best wo. (Tak ada benda interesting yang nak diceritakan pasal jalan-jalan) Lepas tu kiteorang pergi Indomaret (persis 7E) beli air oren. Lama tak minum air oren. Mak tau tak air oren ada banyak Vitamin C? Vitamin C bagus untuk kesihatan. Mak kena banyak minum air oren.

Air oren tu sebenarnya--- alamak. Battery laptop (kawan) dah low la. Nanti bila kita jumpa, kita sembang pasal air oren dan Vitamin C okay? Bye bye.


P/S: Sayang mak sangat-sangat. Jangan lupa bagi duit.

8 comments:

  1. Fayadh,
    Mak x minum air oren.. tp mak suke twister.. dekat Indomaret ade twister? :D

    ReplyDelete
  2. hahaha..kelaka okeh..
    hak2..trend la sgtt iphone n BB tuh..
    kalo nak ikut trend je..mmg xabes..poket pon kerink lain laa parents keje cop duet kan..hahha

    ReplyDelete
  3. @indahnyasisuria
    Mak,
    twister ada aja kat indomaret. Nanti fayadh beli okay. :D

    ReplyDelete
  4. @Juice

    iya donk. ngapaaain? nggak percaya ya?

    ReplyDelete
  5. @amy emyla

    nanti lah, tunggu kerja. baru beli phone sentuh-sentuh. sekarang jimat duit nak kahwin nanti! hehe

    ReplyDelete

terangsang?