29 March 2010

"Ala sayang.. sikit je la."

Manusia diciptakan sebagai makhluk yang paling mulia diatas muka bumi ini. Manusia juga makhluk cerdik pintar yang dikurniakan akal dan nafsu.

Tapi laa ni.. aku tengok segelintir mereka lebih melayan kata nafsu. Akal kemana pergi? Akal sudah diletakkan di kelapa lutut mereka. Mungkin akal di lutut itu ada function tertentu bagi mereka. Kasihan..
Aku ada tengok akhbar Malaysia di internet, betul-betul buat aku sakit hati. Baru aku sedar, mereka gunakan akal di kepala lutut itu. Ooh, ada function rupanya! lagi kasihan.

Bila lelaki dan perempuan yang tiada ikatan sah berada berdua-duaan jauh dari pandangan orang lain, disitu syaitan join sekaki. Mengoda iman sehingga cair menurut kata nafsu, akal? akal sudah di lutut bukan? jadi tiada guna lagi akal. Lupakan aja.

" Ala sayang.. sikit je la, i takkan buat you sakit pun okay. you cintakan i kan? nanti lama-lama best tau sayang.. i janji. "

" Erm okay.. demi you, i sanggup bagi apa sahaja you nak. i cintakan you juga. "

Syaitan gembira bersorak riang, misi berjaya! selepas beberapa lama, lahirlah anak haram. Kemudian kalau tak mahu baby tuh, boleh la buang di merata-rata, tong sampah? tangki najis? sungai? semuanya boleh! jangan risau.
Rambut sama hitam, nafsu lain-lain. Semua manusia boleh buat benda yang hina seperti itu. Kau ingat orang yang berselubung hijab tuh baek sangat? Ah, sama sahaja. Aku bukan nak bersikap paranoid atau apa, manusia sekarang semakin kreatif dan pelik.

Kalau kau suka merempit, cubalah jadi adnan sempit.
Kalau kau nak liwat orang, pergilah cari saiful bahari.
ataupun mahu diliwat? anwar ibrahim ada.
Kalau kau nak tahu betapa nikmatnya kongkek itu, kau kahwinlah cepat-cepat.
Kalau kau nak bunuh, pergilah bunuh nyamuk sana.
Kalau kau nak buang, buang lah sampah di tong sampah.
Bukannya kau buang bayi di merata-rata tempat! bodoh!


Maaf.. aku sejak kebelakangan ini, asyik moody aja, selalu sangat beremosi. Apatah lagi dengan masalah yang tak berperikemanusiaan nih. Biasalah, orang yang tengah PMS memang macam ni, stress betul.

26 March 2010

Aku memang cool pun.

Setiap kali aku nampak seorang insan yang muda membawa kereta mahal aku mesti terfikir "Aku nak jadi macam dia."


Cemburu gila bila melihat orang muda yang kaya dan mempunyai TW (aku bosan guna perkataan 'gf' sebagai shortform 'girlfriend' sebab terlalu banyak guna so instead aku guna TW atau Teman Wanita) yang sangat-sangat hot. Jadi terkadang, sekadar untuk menyedapkan hati perasaan dengki iri hati ini, dengan nada yang bongkak " Aku pun ada TW la weeiii.. "


Insan-insan ini lebih dikenali sebagai Yuppie (tak tau ejaan sebenar dan aku buat-buat tahu eja begini) oh ya, dan mereka sangat cool. Pakai smart-smart dan bawa kereta mahal-mahal. Fuuhhh. Selalunya nampak diorang di tempat makan yang mahal-mahal dan ramai orang.

Sekali tu di dalam kereta kawan aku, ada Nissan Skyline potong kitorang. Memang laju gila. Bak kata kawan aku (dalam slang Perak) "Macam Setan Keluor Neghaka."

Seperti Syaitan Keluar Neraka. Ya, adik-adik boleh guna ayat tersebut dalam karangan BM anda.

Pemandunya, aku rasa, dalam lingkungan 25 dan tak lebih 30. Seperti Yuppie lain, TWnya taklah hot macam aku punyer. Cewah, masuk bakul angkat sendiri nampak.. Maaflah. Jadi seperti biasa, dengan secara semulajadi, aku cemburu. Ingin aku menjadi seperti kamu tapi apakan daya.
Aku tahu, memang ramai yang benci Yuppie-yuppie ini tetapi aku tahu bahawa mereka sebenarnya, seperti aku, cemburu.

Tetapi, aku pelik. Sebab walaupun aku kuat berangan, aku tak pernah berangan aku menjadi Yuppie. Aku pernah berangan aku James Bond, Tom Cruise, Jacob, Mamat 300 (This Is Sparta!!!) dan sebagainya tapi bukan Yuppie.


Mungkin sebab eventhough kadang-kadang aku ingin menjadi seperti diorang tetapi aku puas hati dengan kehidupan aku sebagai seorang loser. Err tak lah loser mana pun okayy. Haha. I don't mind.

She doesn't mind either. :)





PS: Tahun lalu, setelah mendapat tahu yang Rita Rudaini bersikap curang terhadap aku, dia sembunyi-sembunyi layan mamat maen bola tuh, mamat nie boleh dikira dalam golongan Yuppie di atas, apa nama dia entah, aku lupa. Aku jadi hot lantas aku break-up dengan si Rita Rudaini. Aku harap dia terimanya dengan hati yang terbuka.

18 March 2010

Lady Gaga - Telipon

unik, kreatif, dan boleh buat kepala goyang.



















amacam?


15 March 2010

Bila Izrail datang memanggil.

Mati. Dimana terjadi perpisahan roh dari jasad. Aku bukanlah seorang yang warak dan pernah belajar menuntut ilmu di sekolah pondok mahupun pasentren. Dulu ade la pergi sekolah agama petang-petang, time kecik-kecik dulu, itupun selalu ponteng, tapi tak pernah kantoi dengan parents pun sebab aku memang pandai cover line. Baek punyer.. Dulu ustaz aku ade cakap, mati ini bila-bila saja boleh datang dan confirm kau tak boleh nak elak atau nak skip suruh orang laen mati dulu. Percayalah cakap aku nie..

Kau pernah termenung sorang-sorang sambil pikirkan apa yang kau sudah buat selama kau hidup, sejak kau dilahirkan di atas bumi ini? itu muhasabah diri namanya. Macam-macam bukan kau sudah buat bukan? Kita serupa, jangan risau. Keras kepala sampai tak dengar nasihat orang tua, itu derhaka. Mengintai anak dara orang mandi, solat 5 waktu yang wajib itu pun berlubang-lubang, apakan lagi yang sunat-sunat tuh semua. Ah! macam-macamlah yang kau pernah buat dulu, no no no kau jangan nak tipu, aku tahu sebab aku pun sama saja. Manusia memang dijadikan dengan sifat kelalaian.

Kau sedar tak yang kau boleh bila-bila sahaja mati? Macam yang aku cakap tadi, tiada apa yang boleh halang bila turn kau da sampai nanti. Mati eksiden? mati dalam tidur? mati tercekik kacang? mati ketika menonton video lucah? kau jangan gelak sebab itu semua boleh jadi. Tiada yang mustahil. Kau, aku, dan mereka, semua hanya ada satu saja nyawa. Takde lebih-lebih yang boleh dijadikan spare part. Laenlah kalau kau maen counter strike, kau mati kena tembak, kau cuma kena tunggu sampai round tuh habis atau taip boot_kill. Nah, kau sudah hidup balik. Nampak magik bukan? Itu bukan realiti kehidupan yang kau lalui sekarang. Sangat berbeza.

" Bro..lepaklah bro.. enjoi la dulu puas-puas. Dunia ini sorga..sorga. Nikmat bro.."

Itu kata manusia yang tak takut mati. Respeklah! Fuh.. tak takut mati tuh..jiwa kental betul.
Bila mati nanti, semua milik kau didunia ini ditinggalkan begitu saja. Tiada lagi gelaran jaguh samseng kampung, tiada lagi kereta Merc 2-3 biji, tiada lagi perempuan seksi seperti Maria Ozawa, dan tiada lagi harta kekayaan yang kau kumpul selama kau hidup. Tinggal kau sorang aja nanti..di alam lain. Kau kena pandai settle sorang-sorang.

So semasa kita tengah hidup dengan aman damai ini tanpa ada sebarang keuzuran, kita kenalah sentiasa beringat, simpan dalam kepala, kepala yang ada otak, bukan kepala lutut ataupun kepala paip. Buatlah apa yang patut. Kerjakan apa yang telah diperintahkan oleh tuhan yang satu. Berusaha sebaek mungkin. Bersedia untuk menghadapi kematian. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Ini untuk peringatan kita bersama.



*
*
*
*


( 1990-2010)
Shah Nour, terima kaseh untuk segala kenangan.


Dia kawan aku masa kat STAR dulu, kawan sepermainan, lelaki yang murah dengan senyuman manis, dan sangat disenangi dengan kawan-kawan yang lain.
Tetapi Allah lebih menyayanginya, telah kembalinya Shah Nour ke rahmatullah pada 14 Mac 2010. Alhamdullilah, jenazah arwah telah selamat dikebumikan pada tengahari tadi. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminn..


Al-Fatihah


10 March 2010

tag baby..

Ya, Aku sangat bosan.

Terima kasih Mi kerana mentag aku.
so here goes..



1) Do you think you're hot?

- Ohh..soalan yang mencabar akal dan minda, aku rasa aku tak hot mana pun. Tapi berdasarkan apa yang orang cakap kat aku selama ini. Mungkin mereka memang yakin dengan apa yang mereka nampak dan bersungguh-sungguh mengatakannya.

" Fayard, sumpah dowh..kau hot. GILA! "

Betul, aku tak tipu. Tapi aku rasa yang aku ni lebih cenderung kearah penuh dengan kecomelan berganda. Aku sudah banyak kali bermuhasabah diri, dan aku pasti aku comel tanpa ragu-ragu. Okay, jangan nak banyak tanya. Kau diam. 



2) Upload your favorite picture of you!

- A pic of myself?!




 
 
 
  3) Why do you like that picture?

- Sebab walaupun aku rasa aku memang tak hot, tapi i'am sure i would make a very HOT rempit. Tapi apakan daya.. aku cuma boleh mencapai tahap kecomelan maksimum. Tidak lebih dari itu.



4) When was the last time you ate pizza?

- 4 bulan lepas, sudah agak lama. Sebelum aku balik ke Medan sini. Aku ada pergi melawat ke rumah rakan terdekat dan tengok ada lagi 4 keping dominos pizza di atas meja rumah mereka. Pada masa itu, jam menunjukkan pukul 11.am. Tengok line clear, kiri kanan tiada orang. Nafsu membuak buak dan ku terus ghairah. Itu adalah 4 keping pizza yang sangat berdosa yang telah ku makan, Orgasm, Celaka. Dengan aku, jangan sekali kali berpegang kepada konsep " tinggal sikit makanan untuk orang belakang ". Untuk aku, jangan sesekali meninggalkan makanan langsung. Please..



5) The last song you listened to?

- CHELSEA TEAM BOLA DENGAN KAKI PEREMPUAN GILA BABI - by Ikmal Fayadh.

* Panjang kan tajuk lagu. Ini lagu istimewa. Aku sokong Liverpool. Kenapa? Tak puas hati?



6) What are you doing right now besides this?

- Korek hidung. Maaf, aku tahu ia menjijikkan..



7) What name would you prefer besides yours?

- Fayadh Si Comel



5 Peoples To Tag

1) Rizqi Firman Sudeis

2) Raden

3) Own

4) Mastura Tuya

5) Amirah Ruzaimi



8) Who is number one?

- Kawan yang aku pinjam 3 dvd movie.Sudah genap 2 bulan aku tak pulangkan balik, mungkin lebih rasanya. Minta-mintalah dia lupa. Aminn..



9) Number three is having a relationship with?

- Err.. dia GAY. Yang terbaru aku tak tahu dia menjalin hubungan terlarang dengan siapa. Tak perlu tanya.



10) Say something about number five?

- Gadis yang comel. Tapi kak long dia lagi comel, tapi.. aku lagi comel kot! Muahaha!



11) How about number four?

- " bla bla bla bla bla..... TU DIA!! ". Lama dulu, aku dengar orang keliling bergosip dan dipercayai dari situlah dia mendapat nama Tuya.



12) Who is number two?

- Seorang perempuan. Perempuan yang kuat. Kuat Tidur. Raden, peace yaww.



aha!

06 March 2010

Aku bukan womanizer.


Aku bukan la nak bangga ke apa, dari dulu sampai sekarang, dunia aku penuh dengan liku-liku percintaan, penuh dengan dendam, suka dan duka. Ada yang meninggalkan dengan seribu kenangan terindah, dan ada pula yang tinggal memori pahit. Amat pahit seperti hempedu, sampai aku pun tak tertanggung lagi. Ini sememangnya cabaran yang terpaksa dilalui oleh insan lelaki seperti aku, apatah lagi memiliki setiap ciri-ciri lelaki yang dimahukan wanita seperti kacak, tampan, sopan, dan manis. Aku sudah lali dengan semua ini.. Ini semua menjadikan aku lebih dewasa.



Ini gf aku masa darjah enam. Nama dia Megan Fox. Sebelum dia join berlakon dalam filem robot-robot tuh, Transformers. Aku sudah kenal dia dulu. Pergi sekolah naek basikal sama-sama, dia duduk belakang, aku bawak dia. Kadang kala, petang-petang kalau free, kami pergi taman permainan dekat dengan taman perumahan, maen jongkang-jongket. Aku tahu, sweet bukan? Tapi baru 3 bulan couple, kami break up sebab dia dapat tahu aku masa tu belum baligh lagi. Aku kecewa .Perempuan sekarang sungguh meterialistik.




Selepas itu, beberapa lama kemudian, aku terjumpa dengan gadis cantik atas ni. Masa aku form 2 dulu, dia dengan family dia pindah sebelah rumah aku. Lirikan matanya sungguh menawan..

" Hi, nama saya fayard...awak? "

" Hi.., erm fayard? comelnyer nama you..comel macam you juga lah. erm btway, nama i Emmanuelle Chriqui, just panggil i Cherry je okay..?"

Hubungan kami berputik dari situ, aku macam rasa kami akan berkekalan selamanya. Tapi harapan yang sia-sia. Hubungan kami berdua tidak direstui oleh keluarga Cherry sebab papa dia memang anti betul dengan orang kelahiran negeri perak. Entah la, aku pun tak faham. wtf?!





Ini pula gf aku yang ketiga. Nama dia Jessica Alba. HOT kan? Masa aku form 4 dulu, aku masuk berasrama di STAR, ipoh. So terpaksa la tinggalkan dia sekejap. Itupun kami selalu berhubungan melalui berbalas-balas surat. Handphone dilarang keras di sekolah. Ade satu kes tu, dia ada pos surat dengan gambar-gambar sexy yang aku mintak, tapi bila surat sampai kat aku, ade kurang satu gambar. Aku syak warden yang amik masa nak tapis-tapis surat tu. Apa masalah warden tu? sampai gambar gf aku pun nak amik? Aku ingat nak report je kat pengetua. Tapi hubungan kami tidak berkekalan juga, tak sampai 2 bulan kot. Kurang kaseh sayang katanya, dan cakap aku ada skandal dengan sorang perempuan ni, Paz Vega. Merepek!





Tapi memang betul pun aku da syok pun dengan Paz Vega, Besaaaaaaaar punyer! Gambar ni  aku tangkap masa keluar dinner dengan dia. Time ni aku da habis exam SPM, tengah tunggu result. Detik-detik pertemuan? Aku jumpa dia masa tengah teman mak pergi shopping kat pasaraya Giant. Jalan-jalan cari barang, pastu dia datang dari mana entah, aku tak banyak soal, bagi je la no phone aku. Cun kot! Tapi sampai sekarang tak tahu dia kat mana, menghilangkan diri. Hidup lagi atau tidak, hanya tuhan yang tahu.




Aku rasa you all semua kenal kot dengan ex-gf aku nih. Dulu masa aku keseorangan dan kesunyian. dialah yang temankan aku, hiburkan hati aku. Tapi sekejap sahajalah, Sebab sudah kantoi dengan mak aku, cd dia bersepah dalam bilik, mak aku kutip, pastu menjerit.

" Ya Tuhanku!! Fayaaaaarrd! cd apa dalam bilik kamu nie!!!!" 

Last-last mak aku ketuk kepala aku. Suruh buang cd tuh dalam tong sampah, Malu beb! kantoi simpan cd gf sendiri. Kantoi dengan mak sendiri pula tuh, aduhai. Sejak hari tu sampai hari ni, aku sudah tak contact dia lagi. Oh ya, nama dia Paris Hilton. Entahla, aku pun sudah lupa.


Untuk pengetahuan, aku tak pernah pun cerita pasal ex aku semua ini kat gf aku sekarang. aku harap dia tak marah.haha

"Maafkan i tak beritahu semua ini awal-awal dulu, untuk kebaikan kita bersama, pen merah pen biru, you marah i love you.."


Aku bukan womanizer.




04 March 2010

Tragedi 4 Mac.


" Boleh mula sekarang."

Okay. Okay okay okay okay okay. Exam dah start. Fokus! Fokus Fayard! Fokus! Hari ni lunch nak makan apa huh? Fokus! Aku harap ayam masak kicap ada kat cafe tuh. Wei! Fokus!

First page, senang je, Alhamdulillah.
Second page. Alamak. Amende ni? Tak pernah tengok pun soalan macam ni. Apa formula dia?! Arrrgh! Takpe2. Siput ada.

"Pst! (short but loud)"

"Siput! (loud whisper)"

Tak ada respond.

"Sipuuuttttttt! (louder whisper)

Siput pandang, aku bagi dia signal "Soalan nombor dua belas." Siput pandang lecturer, tengok line clear ke tak. Siput buat bentuk B pakai dua tangan dia.

B! Bagus! Thanks. Syukur. Bagus.

Beberapa minit berlalu.

Oh no! Pensel tak tajam! Jahanam! Bodoh punya...
(tengok brand) Dolphin?! Wtf?! Pensel apa aku beli ni?!

"Pst!
(short and loud)"

"Peter! (loud whisper)"

"Peteeeerrr! (louder whisper)"

Peter pandang. Aku buat signal "sharpener"

Peter campak sharpener. Kena meja aku, jatuh atas lantai.

All right! Okay! Pensel dah tajam! tikam orang best ni. Tajam gila siot. Damn, cuba kalau tercucuk mata orang. Wow...... Fokus!
Bodoh!

Tinggal 12 minit. Tinggal 10 soalan lagi.

Alamak. Alamak! Nak pergi tandas ah. Tapi kena cepat takut tak sempat!

"Lecturer (mengangkat tangan, melambai lambai), nak ke toilet."

Lecturer mengangguk. Terima kasih Puan Su. Selepas lega, ada dua budak masuk dalam tandas, Elias dan sape sorang lagi entah, aku lupa. Diorang bukak sehelai kertas. Dalam kertas ada jawapan. Wow! Aku ada 10 soalan lagi tinggal. Masa kesuntukkan. Aku koyakkan kertas kecik dari diorang pastu salin last ten questions. Muahaha!

Masuk dalam kelas, bulat-bulatkan kertas OMR. Siap. Habis. Lega aku.

"Pst!"

"Fayaaaaaardd! (loud whisper)"

Aku pusing belakang. Di hujung kelas, sebelah tingkap. Daus tempang. Dia bagi signal "tulis jawapan dalam kertas pastu bagi aku" So aku campak kat dia kertas yang aku salin tadi. Dia nak tangkap, aku salah aim. Jawapan tu masuk celah-celah tingkap tuh. Daus tak boleh nak amik kertas yang aku campak tadi. Daus menampar dahinya dan buat signal "otak tak ada ke?!"

Dia panggil Hazwan. Mereka pas-pas jawapan.

"Masa sudah tamat."

Tulis nama. No Matrik
. Subjek.

Hantar.



                                               *************************************


Itu cerita aku jawab exam time premed dulu. Zaman jahiliah dan penuh dengan penipuan. Tapi sekarang laen, kini tiada lagi tipu helah, semua jujur dan fatonah belaka. Percayalah.. kalau macam ni,baru dapat berakah hidup kan?  Hari ini baru habis satu exam, oh tersangatlah senang kacang nyer. Kacang hantu! Sialan.. siapa cakap senang?! Tapi aku buat-buat cool aja, ikut hati nak jerit beremosi je dalam dewan tadi. Mak ada pesan,
"Yang sudah lepas tu, biarlah lepas.. itulah siapa suruh malas study. Nah rasakan, ameekk kau.."
Err ayat last tu, mak aku tak cakap, aku tokok tambah. Tapi seriouly, exam tadi sumpah macam..





Tak lama lagi, ada exam.. jangan pisang berbuah 2 kali. Nak pergi enjoi katak dulu. yeeehaa!! 



02 March 2010

Lu, Gua & Exam.





Oh, exam. Kacau hidup aku je.
Korang semua apa khabar? Sihat?




Selamat Malam.. ZZZ.