26 March 2010

Aku memang cool pun.

Setiap kali aku nampak seorang insan yang muda membawa kereta mahal aku mesti terfikir "Aku nak jadi macam dia."


Cemburu gila bila melihat orang muda yang kaya dan mempunyai TW (aku bosan guna perkataan 'gf' sebagai shortform 'girlfriend' sebab terlalu banyak guna so instead aku guna TW atau Teman Wanita) yang sangat-sangat hot. Jadi terkadang, sekadar untuk menyedapkan hati perasaan dengki iri hati ini, dengan nada yang bongkak " Aku pun ada TW la weeiii.. "


Insan-insan ini lebih dikenali sebagai Yuppie (tak tau ejaan sebenar dan aku buat-buat tahu eja begini) oh ya, dan mereka sangat cool. Pakai smart-smart dan bawa kereta mahal-mahal. Fuuhhh. Selalunya nampak diorang di tempat makan yang mahal-mahal dan ramai orang.

Sekali tu di dalam kereta kawan aku, ada Nissan Skyline potong kitorang. Memang laju gila. Bak kata kawan aku (dalam slang Perak) "Macam Setan Keluor Neghaka."

Seperti Syaitan Keluar Neraka. Ya, adik-adik boleh guna ayat tersebut dalam karangan BM anda.

Pemandunya, aku rasa, dalam lingkungan 25 dan tak lebih 30. Seperti Yuppie lain, TWnya taklah hot macam aku punyer. Cewah, masuk bakul angkat sendiri nampak.. Maaflah. Jadi seperti biasa, dengan secara semulajadi, aku cemburu. Ingin aku menjadi seperti kamu tapi apakan daya.
Aku tahu, memang ramai yang benci Yuppie-yuppie ini tetapi aku tahu bahawa mereka sebenarnya, seperti aku, cemburu.

Tetapi, aku pelik. Sebab walaupun aku kuat berangan, aku tak pernah berangan aku menjadi Yuppie. Aku pernah berangan aku James Bond, Tom Cruise, Jacob, Mamat 300 (This Is Sparta!!!) dan sebagainya tapi bukan Yuppie.


Mungkin sebab eventhough kadang-kadang aku ingin menjadi seperti diorang tetapi aku puas hati dengan kehidupan aku sebagai seorang loser. Err tak lah loser mana pun okayy. Haha. I don't mind.

She doesn't mind either. :)





PS: Tahun lalu, setelah mendapat tahu yang Rita Rudaini bersikap curang terhadap aku, dia sembunyi-sembunyi layan mamat maen bola tuh, mamat nie boleh dikira dalam golongan Yuppie di atas, apa nama dia entah, aku lupa. Aku jadi hot lantas aku break-up dengan si Rita Rudaini. Aku harap dia terimanya dengan hati yang terbuka.

2 comments:

terangsang?