Kau pernah termenung sorang-sorang sambil pikirkan apa yang kau sudah buat selama kau hidup, sejak kau dilahirkan di atas bumi ini? itu muhasabah diri namanya. Macam-macam bukan kau sudah buat bukan? Kita serupa, jangan risau. Keras kepala sampai tak dengar nasihat orang tua, itu derhaka. Mengintai anak dara orang mandi, solat 5 waktu yang wajib itu pun berlubang-lubang, apakan lagi yang sunat-sunat tuh semua. Ah! macam-macamlah yang kau pernah buat dulu, no no no kau jangan nak tipu, aku tahu sebab aku pun sama saja. Manusia memang dijadikan dengan sifat kelalaian.
Kau sedar tak yang kau boleh bila-bila sahaja mati? Macam yang aku cakap tadi, tiada apa yang boleh halang bila turn kau da sampai nanti. Mati eksiden? mati dalam tidur? mati tercekik kacang? mati ketika menonton video lucah? kau jangan gelak sebab itu semua boleh jadi. Tiada yang mustahil. Kau, aku, dan mereka, semua hanya ada satu saja nyawa. Takde lebih-lebih yang boleh dijadikan spare part. Laenlah kalau kau maen counter strike, kau mati kena tembak, kau cuma kena tunggu sampai round tuh habis atau taip boot_kill. Nah, kau sudah hidup balik. Nampak magik bukan? Itu bukan realiti kehidupan yang kau lalui sekarang. Sangat berbeza.
" Bro..lepaklah bro.. enjoi la dulu puas-puas. Dunia ini sorga..sorga. Nikmat bro.."
Itu kata manusia yang tak takut mati. Respeklah! Fuh.. tak takut mati tuh..jiwa kental betul.
Bila mati nanti, semua milik kau didunia ini ditinggalkan begitu saja. Tiada lagi gelaran jaguh samseng kampung, tiada lagi kereta Merc 2-3 biji, tiada lagi perempuan seksi seperti Maria Ozawa, dan tiada lagi harta kekayaan yang kau kumpul selama kau hidup. Tinggal kau sorang aja nanti..di alam lain. Kau kena pandai settle sorang-sorang.
So semasa kita tengah hidup dengan aman damai ini tanpa ada sebarang keuzuran, kita kenalah sentiasa beringat, simpan dalam kepala, kepala yang ada otak, bukan kepala lutut ataupun kepala paip. Buatlah apa yang patut. Kerjakan apa yang telah diperintahkan oleh tuhan yang satu. Berusaha sebaek mungkin. Bersedia untuk menghadapi kematian. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Ini untuk peringatan kita bersama.
*
*
*
*
( 1990-2010)
Shah Nour, terima kaseh untuk segala kenangan.
Dia kawan aku masa kat STAR dulu, kawan sepermainan, lelaki yang murah dengan senyuman manis, dan sangat disenangi dengan kawan-kawan yang lain.
Tetapi Allah lebih menyayanginya, telah kembalinya Shah Nour ke rahmatullah pada 14 Mac 2010. Alhamdullilah, jenazah arwah telah selamat dikebumikan pada tengahari tadi. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminn..
Al-Fatihah
alfatihah..semoga rohnya ditempat kan dalam golongan orang yang beriman dan soleh ;(
ReplyDeletealfatihah juga buat allahyarham...
ReplyDeleteinnalillah. i heard the news. hasif called me to inform me about ths. alfatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
ReplyDeleteal fatihah.. :(
ReplyDelete