04 March 2010

Tragedi 4 Mac.


" Boleh mula sekarang."

Okay. Okay okay okay okay okay. Exam dah start. Fokus! Fokus Fayard! Fokus! Hari ni lunch nak makan apa huh? Fokus! Aku harap ayam masak kicap ada kat cafe tuh. Wei! Fokus!

First page, senang je, Alhamdulillah.
Second page. Alamak. Amende ni? Tak pernah tengok pun soalan macam ni. Apa formula dia?! Arrrgh! Takpe2. Siput ada.

"Pst! (short but loud)"

"Siput! (loud whisper)"

Tak ada respond.

"Sipuuuttttttt! (louder whisper)

Siput pandang, aku bagi dia signal "Soalan nombor dua belas." Siput pandang lecturer, tengok line clear ke tak. Siput buat bentuk B pakai dua tangan dia.

B! Bagus! Thanks. Syukur. Bagus.

Beberapa minit berlalu.

Oh no! Pensel tak tajam! Jahanam! Bodoh punya...
(tengok brand) Dolphin?! Wtf?! Pensel apa aku beli ni?!

"Pst!
(short and loud)"

"Peter! (loud whisper)"

"Peteeeerrr! (louder whisper)"

Peter pandang. Aku buat signal "sharpener"

Peter campak sharpener. Kena meja aku, jatuh atas lantai.

All right! Okay! Pensel dah tajam! tikam orang best ni. Tajam gila siot. Damn, cuba kalau tercucuk mata orang. Wow...... Fokus!
Bodoh!

Tinggal 12 minit. Tinggal 10 soalan lagi.

Alamak. Alamak! Nak pergi tandas ah. Tapi kena cepat takut tak sempat!

"Lecturer (mengangkat tangan, melambai lambai), nak ke toilet."

Lecturer mengangguk. Terima kasih Puan Su. Selepas lega, ada dua budak masuk dalam tandas, Elias dan sape sorang lagi entah, aku lupa. Diorang bukak sehelai kertas. Dalam kertas ada jawapan. Wow! Aku ada 10 soalan lagi tinggal. Masa kesuntukkan. Aku koyakkan kertas kecik dari diorang pastu salin last ten questions. Muahaha!

Masuk dalam kelas, bulat-bulatkan kertas OMR. Siap. Habis. Lega aku.

"Pst!"

"Fayaaaaaardd! (loud whisper)"

Aku pusing belakang. Di hujung kelas, sebelah tingkap. Daus tempang. Dia bagi signal "tulis jawapan dalam kertas pastu bagi aku" So aku campak kat dia kertas yang aku salin tadi. Dia nak tangkap, aku salah aim. Jawapan tu masuk celah-celah tingkap tuh. Daus tak boleh nak amik kertas yang aku campak tadi. Daus menampar dahinya dan buat signal "otak tak ada ke?!"

Dia panggil Hazwan. Mereka pas-pas jawapan.

"Masa sudah tamat."

Tulis nama. No Matrik
. Subjek.

Hantar.



                                               *************************************


Itu cerita aku jawab exam time premed dulu. Zaman jahiliah dan penuh dengan penipuan. Tapi sekarang laen, kini tiada lagi tipu helah, semua jujur dan fatonah belaka. Percayalah.. kalau macam ni,baru dapat berakah hidup kan?  Hari ini baru habis satu exam, oh tersangatlah senang kacang nyer. Kacang hantu! Sialan.. siapa cakap senang?! Tapi aku buat-buat cool aja, ikut hati nak jerit beremosi je dalam dewan tadi. Mak ada pesan,
"Yang sudah lepas tu, biarlah lepas.. itulah siapa suruh malas study. Nah rasakan, ameekk kau.."
Err ayat last tu, mak aku tak cakap, aku tokok tambah. Tapi seriouly, exam tadi sumpah macam..





Tak lama lagi, ada exam.. jangan pisang berbuah 2 kali. Nak pergi enjoi katak dulu. yeeehaa!! 



5 comments:

  1. uhuk...stuju~ cm tahi jer soklan td...(-_-")

    ReplyDelete
  2. betul mak kau cakap fayard..
    itulah, sape suruh tak study bersungguh. haha

    ReplyDelete
  3. relax la apai..chillsuda..ahhaha. xD

    ReplyDelete
  4. maaf semua..

    aku terlalu beremosi.haha

    ReplyDelete

terangsang?