24 October 2010

Modenisasi, Industrialisasi dan proses Sosiologi.

Dahulu, aku ada kawan sekolah rendah, yang duduk dekat dengan taman perumahan aku, bernama Yap Kim Chin. Darjah satu sehinggalah ke darjah lima, nama panggilan beliau adalah sama seperti dalam surat beranak. Orang selalu panggil Yap, Kim atau Chin.

Sehinggalah pada suatu masa, beliau sukakan seorang gadis melayu (cantik, masak ranum, baru sahaja capai baligh dan seksi) bernama Sabrina, terus beliau malu untuk menyebut nama sendiri.


Jadi untuk menampakkan sedikit kemodenan, keurbanan, ketamadunan dan menutup segala ciri ciri asal usul, beliau menukar nama kepada Allen. Sampai sekarang aku tidak tahu mengapa memilih Allen. Tiada pula selebriti ketika itu bernama Allen. Barangkali, hendak mengikut mirip-mirip nama pekebun sekolah kami yang paling glamer pada masa itu, Pak Alang. Sebagai penutup cerita tentang beliau, Sabrina akhirnya menolak cinta Allen (Yap Kim Chin). Frust menonggeng terus. Khabarnya kerana nama beliau tidak cukup inggeris. Brungai punya melayu, itu pendapat Yap Kim Chin err.. Allen.

Bukan kaum Allen sahaja yang tidak suka dengan nama sendiri. Kaum lain pun sama saja. Bezanya, kaum lain tidak terbatas pada Allen, Albert atau John sahaja. Mereka lebih kreatif. Saiful Aizat menjadi Boy. Khairul Hirzan Ahmad menjadi Kulop. Muhammad Shafiq bin Mustapha menjadi Black@Mawi. Muniandy Ramasamy a/l Premanathan dipanggil Joe. Semuanya harus ditukar untuk menampakkan ciri-ciri ke-inggeris-an, kecuali nama Kulop. Kulop masih popular dan tergolong dalam kategori tempatan.

Pemerintah juga tidak terkecuali. Nama Islam pun mahu dipanggil Islam berhari-hari (Islam Hadhari). Sama saja la tuuu bengong. Mungkin untuk menyuruh rakyat mengikut saranan agama hanya pada sesetengah hari saja barangkali. Nama jalan pun kamu hendak tukar. Apa lah salah jalan tu. Presint-presint? Entah apa-apa. Suka sangat kamu menukar nama. Takde kerja lain ke kamu-kamu nih. Buruk sungguh perangai.

Minta maaf kalau aku nampak sangat macam orang gua yang tak reti dan faham tentang 'modenisasi'. Kalau sesuatu benda itu yang mengambarkan asal usul sejarah dan kebanggaan kita, apa perlu kita tukar?

Sebagai menghormati semangat ke-inggeris-an negara kita, aku juga ingin turut serta dalam budaya ini. Dengan ini dengan rasminya aku menamakan anu aku John. Kerana nama sebegini seakan-akan menaikkan lagi semangat aku dan anu aku sendiri. Setuju bukan?

p.s : pernyataan di atas tidak sekali kali bertujuan untuk bercakap lucah, hanyalah semata-mata untuk membuktikan betapa modennya dan telusnya penulis kacak ini. Jangan fikir bukan-bukan pula, kamu semua belum cukup umur lagi. Sudah, pergi main basikal diluar sana dengan kawan-kawan. Ssshhh! ssshh!

No comments:

Post a Comment

terangsang?