27 November 2010

Cubaan bunuh diri Dr. Rozmey.


Kini sudah terciptanya sejarah,, munculnya idea, corak pemikiran dan aspirasi dari seseorang yang sepatutnya kita jadikan idola. Setakat ini sudah hampir 39 juta orang yang tengok filem beliau ! Lagi 1 juta nak capai target beb. Reaksi penonton memang diluar jangkaan, Seperti kata beliau;

" Inilah filem melayu pertama yang ditayangkan serentak di seluruh panggung wayang Malaysia. "

Filem melayu pertama? Lu punya filem? Syabas Dr. Rozmey syabas!

REVIEWS:

1. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS);

" .. kami cukup berasa bangga. Kerana apa? Kerana inilah hala tuju industri filem yang kita mahu. Kalau usaha seperti Dr. Rozmey ini diteruskan, nescaya filem-filem kita akan mendapat perhatian di mata dunia. Ramai orang cakap, seniman negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kita sukar dicari ganti, tapi sekarang? Ternyata telah lahirnya seniman baru (Dr. Rozmey) dalam industri perfileman Malaya dan mula mencipta lagendanya tersendiri..Ini baru sahaja permulaan bagi segalanya.. "

2. Suara Keadilan;

"..Kerajaan Malaysia (Barisan Nasional) pada masa sekarang perlu ambil perhatian, sepatutnya filem ini diharamkan serta merta! banyak unsur-unsur entah apa-apa yang boleh mempengaruhi umat Islam di Malaysia. Khurafat, Freemason, Illuminati dan segala macam. Kalau sudah macam ni, macam mana nak bangunkan ukhwah Islam yang cemerlang? Mentaliti seperti ini yang sebenarnya kita kena buang.. "

3. Datuk Yusof Haslam;

"..eleh Rozmey, lu ni poyo macam pundek lah. Gua yang otai ni, relaks aja. Gua punya filem Gerak Khas lagi best dari lu punya filem laa cibai. Lu nak buat sibuk-sibuk buat pengumuman ala-ala penyimpan mohor besar raja pasal apa? Serabut betul.."

4. Michael Bay;

(terjemahan bahasa melayu)  "..cheq tak mau komen banyak-banyak, dia punya efek dalam filem tu macam cannot go la, tak sesuai. Mai sini cheq nak habaq sikit naa, bukan nak kutuk ka apa, nanti tak pasai-pasai cheq kena balun dengan Dr. Rozmey. LOL. Haa laa ni Rozmey, hang pasni toksah la buat filem lagi laa, bazir duit aja haih.. baik hang pi sedekah duit kat anak yatim. Besar pahala dapat. Ye tak? Peace yaww.."

5. Daily Mail;

"..the most hillarious film in the world! Thumbs up!.."

6. J. K Rowling;

"..hmmm i rasa, i nak ambil inspirasi filem 2 Alam tuh sebagai karya i seterusnya. fyi (for your information) i sudah dapat permission from Dr. Rozmey sendiri. So for the next 4 month after the last tayangan of Harry Potter & The Deathly Hallows part II,, i will start writing a new book, maybe akan di adaptasi juga ke layar perak, who's know right? 2 Alam and The Rozmey's Stone? kelass gitu..Avadra Kadavra ! .."

7. Ikmal Fayadh;

"..saya memang peminat setia Abang Rozmey @ Mey. Saya selalu follow up dia punya perkembangan karier. Saya jadikan kegigihan dia sebagai motivasi diri sendiri untuk terus maju, cemerlang dan gemilang. Walaupun dia dicaci maki, dan di fuck sana sini dengan orang ramai yang tak berpuas hati. Celah mana tak puas hati tak tahu lah.. Apa pun yang terjadi, i will always support you Abang Rozmey ! XOXO ! .."

****

Hebat gaya rambut bukan bermaksud hebat dalam segala-galanya.


LAGI TENTANG DR. ROZMEY

20 November 2010

Dilema seorang lelaki; Kebesaran.

My body is wonderland.


Yes.


I have this 'love-hate relationship' with my body. Body i ni adalah seorang gadis (yes, i'm a straight guy yang kacak, macho dan bergaya but my body is a gadis) yang sensitif.


Tak semua lelaki didunia ini seperti i, punya kesedaran untuk selalu jaga dan maintain body shape. Push up 500 kali sehari dan berlari 20 kilometer ulang alik kampus. Itu semua takda masalah.


Tapi..


Everytime i buat tak tau pasal dia, mesti dia merajuk. Gedik tak tentu hala. Bila dia merajuk, mulalah nak besar sana, besar sini, tambah lemak sana, tambah lemak sini, mula lah besarkan perut supaya seluar tak muat, lepas tu buat i rasa guilty. Kecewa dan menyesal. Stress betul.


So terpaksalah i pujuk dia, i kena bawak dia main futsal la setiap malam minggu, belikan makanan dan minuman yang sedap-sedap tapi mahal dan rendah kalori (dia memang jaga badan gila gila) seperti chicken salad, jus tembikai, apple pie, pumpkin pudding, popia pisang dan tempe goreng (ini bila sudah sengkek sebab hari- hari makan kedai mahal).


Memang mengada sungguh! Lepas i dah penat pujuk dia ni, i pun perlukan space okay! asyik-asyik dengan dia aja. i pun nak jugak keluar dengan my friends malam-malam, nak makan nasi lemak, makan KFC, minum Ice blended, tengok wayang sambil makan popcorn caramel. 


TAKKAN TAK BOLEH?! i PERLUKAN RUANG! Please lah faham.


But everytime i buat benda-benda yang dia tak suka seperti itu, dia akan merajuk. Mula lah nak masam muka, besar perut. Mulalah dia tak nak masuk dalam seluar dan baju baju i. Mengada betul tau! Benci benci benci.


Sudah lah, i pun perlu tidur awal malam ni, esok pagi nak bawak dia pergi jogging, nak tengok sunrise katanya.


Body i memang queen control. 


p.s: tapi.. teman wanita i lagilah queen control! Seriously tak tipu. Ahakz




Goodnight Medan. 

17 November 2010

14 November 2010

Bahasa jiwa bangsa.

Kita semua tahu yang kita perlu mula membeli DVD original. Walaupun agak mahal, tapi untuk kepuasan diri sendiri juga. Ini kerana, apabila sampai dalam bab-bab translation;

" She is not well "

di translatekan ke

" Dia bukan perigi "


****

Mai habaq kat aku sapa yang tak stress kalau sudah macam ni?

12 November 2010

Hantaran. (post untuk Fatin)

Aku baru sahaja menyaksikan drama di facebook hanya kerana sepasang couple yang sangat mencintai sesama sendiri menceritakan wedding plans mereka. Macamlah mereka aja yang berkahwin. Tak perlu nak excited dan kecoh-kecoh satu dunia boleh tak please? 

Meskipun begitu, aku tak berapa sure sama ada mereka gaduh-gaduh manja atau gaduh betul macam sampai rasa mahu pukul satu sama lain.

" You know sayang, nanti kita kahwin, hantaran you, I tak nak lah bagi barang barang typical seperti Jam la, Tie la, I nak bagi you sebuah guitar kemahuan you, tak la typical sangat kan? "

" True, I dah lama dah terfikir macam tu, guess what I'm gonna give you. Oh you are so gonna love it! "

" Auuwwwww. You're so sweet sayang. Tell tell, I have no idea "

" A treadmill, how kool kan? ^__^ "

" ........ Hmmph. Agak kool. =.= "


p/s: Ucapan tahniah kepada Fatin Farhana yang telah selamat bertunang bersama lelaki yang disayangi. Wah! Semoga berbahagia selalu yaww. Banyak-banyak bersabar lah kalau ada masalah rumah tangga nanti. Kahwin nanti panggil aku. Jangan senyap-senyap aja. Mesti tak sabar nak dapat baby banyak-banyak kan kan kan? HAHAHAHAHA




SELAMAT MALAM SEMUA!

08 November 2010

Biarkan mereka bernafas.

Ingatlah kamu-kamu semua bahawa anak adalah kurniaan Tuhan. Kamu tidak ada kuasa dalam hal ini. Yang kamu main siang malam itu adalah kerana kamu memang kaki main. Jangan tipu, aku dengan mengatakan yang ini adalah usaha.

Ini satu lagi masalah orang kita. Asal sudah bernikah saja mesti tak sabar-sabar mahu anak. Macamlah anak itu dia yang buat. Apa kamu ingat automatik kah dapat anak bila dah berkahwin. Senang sahaja dijawab bila ditanya,

" kalau dah kahwin tu tunggu apa lagi, bila nak buat anaknya.."

adakah ini tanda-tanda ketidakcukupan tamadun atau tanda kurang faham makna perkahwinan atau memandang anak itu sebagai suatu produk hasil perkahwinan semata-mata.

Kepada kaum lelaki, anak adalah lambang kepada cukupnya sifat kelakian mereka dan pada perempuan ianya adalah lambang cinta mereka kepada suami dan anak secara generalisasinya adalah lambang kesuburan bagi kedua-dua sepasang suami isteri . Ada juga yang menyatakan anak adalah lambang ikatan kasih sayang suami dan isteri. Ataupun, anak adalah senjata keselamatan. Fikirkan, kalau tak ada anak amat cerahlah masa depan untuk diceraikan atau pun dimadukan.

Orang-orang tua terutamanya pula, asalkan dapat menantu sahaja terus tanya bila nak beranak. Itulah sebabnya ramai anak-anak muda mengandung sebelum bernikah. Hanya untuk menggembirakan ibu bapa mereka. Mereka menjadi keliru-keliran. Malu pula bila anak belum nikah lagi dah mengandung. Tak ke pening budak-budak muda sekarang. Sekejap nak cucu, bila dapat cucu, malu pula. Kasihan.

gambar hiasan.

Memang benar, anak adalah penyeri rumahtangga. Anak juga kepada sesetengah orang merupakan ubat kepada kepenatan seharian berkerja. Tetapi dalam kehidupan kotemporari sekarang berapa jam masa yang dikhususkan untuk mereka. Pagi mereka di hantar ke sekolah. Petangnya pula ke kelas agama (itupun kalau yang masih beragama lagi lah) dan malamnya pula ke kelas tuisyen. Begitulah rutin seharian.

Semua aktiviti anak itu bukan untuk anak-anak tetapi untuk ibubapa. Jika anak-anak cemerlang dalam pelajaran dan mendapat anugerah pada hari sambutan disekolah, maka hari itulah ibubapa akan berpakaian paling anggun dan segak dan duduk di barisan paling depan dalam dewan untuk tujuan mengambil gambar anak mereka sambil menayang kamera digital terbaru mereka. Jangan cuba nak tipu, aku tahu muslihat kamu semua.

Pelajaran sekolah menjadi amat penting sekali, bukan untuk anak-anak saja. Cuba tengok masa dekat-dekat peperiksaan, ibubapa lah orang yang paling sibuk. Jika diadakan sembahyang hajat untuk lulus periksa, penuh masjid. walaupun untuk peperiksaan akhir darjah lima sekalipun. Untuk pengetahuan ibubapa serta orang ramai sekalian, kalau tak lulus darjah lima, anak-anak kalian tidak akan dihukum sula oleh kerajaan Malaysia. Sumpah!

Menteri Pendidikan belum lagi meluluskan undang-undang sedemikian.

Aku rasa, tidak lama lagi rakyat kita akan menjadi kronik seperti rakyat Korea atau Jepun dimana akan wujud ibubapa yang akan membunuh anak sendiri atau membunuh diri sendiri apabila anak mereka gagal didalam peperiksaan. Sekarang ini pun telah ada pelajar di negara kita yang membunuh diri kerana tidak cukup bilangan A dalam peperiksaan. Belum gagal lagi sudah terjun bangunan.

Kasihan sama budak-budak kecil semua. Cuba beri mereka peluang untuk menjadi kanak-kanak. Beri mereka ruang untuk hidup tanpa perlu menjadi kebanggaan keluarga. Sampai masanya nanti tahulah mereka untuk membina hidup mereka sendiri. Mereka bukannya anak orang utan. Mereka ada otak. Macam kamu-kamu semua. Kamu dulu pun bukannya pandai sangat.

Setakat pandai sekolah bukannya pandai segala-galanya.

05 November 2010

Kitew dapat award lagi.. ahakz!





Thanks the person who gave you the award and link the person.

Ooh..terima kasih la yaww kepada BonadSayang dan Anis sebab bagi kat kitew award nih. "Beautiful Blogger Award". Auuww kelas gitew. Kalau i tak cilap, i pernah dapat award camni taww. Takpewlah, i memang sukew sangat dapat award banyak-banyak. Ahakz. Kalau adew, bagi la lagi okeyh? 

XOXO!

Spread the words to 15 bloggers who yoSu like and you think their blogs are awesome.

Memandangkan aku malas nak copypaste url. So, aku tag semua orang!!


Tell 7 things about yourself.

1. Umur 5 tahun, aku pernah cuba meniru aksi Jackie Chan seperti dalam filem Rush Hour. Berpusing flying kick dan terus melakukan back kick sebanyak 3 kali dalam satu masa. Ternyata mengundang padah. Tersembam ke atas lantai dan 3 gigi susu aku patah begitu sahaja. Naiss

2. Dekat rumah aku di Perak. Aku ada lebih kurang 4 bantal di atas katil. Tapi aku hanya memerlukan dua untuk tidur. Satu untuk kepala, lagi satu untuk peluk. Bantal aku yang lagi dua, aku susun di tepi badan.

Dan sebelum tidur aku akan selimutkan kedua-dua bantal lebihan itu sebab aku takut mereka sejuk. Tabiat ini diamalkan dari kecil.

3. Aku pernah merajuk dengan parents aku sebab mereka tak mahu masukkan aku ke Sunway University College dekat PJ tuh. Aku tak faham kenapa mereka kejam.

Aku nak masuk ke college tu sebab Juliana Evans pun study di situ. Aku nak jumpa Juliana Evans.

Susah sangat ke nak faham?

4. Aku berpengalaman luas dalam menjawab paper exam agama islam yang ada 40 soalan dan cuma ambil masa dalam 10 minit sahaja. Sebab bangun lambat. dan wow! mendapat keputusan B+. Ini membuktikan, selagi ada dasar-dasar ajaran agama dalam jiwa, sikit pun tiada masalah. :) 

5. Pada zaman jahiliyah, aku pernah berkonspirasi dalam sindiket melarikan 2 bekas berisi perisa shisha dari kedai karpet milik warga pakistan. Tapi bila buat hisap, macam gampang rasanya. Tuhan punya nak tunjuk benda yang tak dapat keberkatan, tiada langsung nikmatnya.

6. Aku suka dengar musik. Nasyid? Hard Keroncong? Irama Malaysia? Semua boleh. Satu hari, satu koleksi cd musik aku hilang. Merata mencari.

Aku : Mak, nampak cd Linkin Park fayadh tak?

Mak : Huh? Nak pergi park? Sejak bila suka pergi taman ni? Dating eh? (mula mengejek)

Aku : ..........  (insert bunyi cengkerik)

Oh ya, saya budak indie. Tapi saya suka Bunkface je. Saya cool bukan? 

7. Aku dah menemui satu lagi kebolehan istimewa dalam diri aku.
Boleh tahan kencing dari Pulau Pinang ke Bertam,Kepala Batas (naik kereta).
Selamba.


p/s: bonad, puas hati kau? haha

02 November 2010

Mimpi hanya mimpi.

Dulu masa i dalam sekolah menengah, ramai kawan-kawan i cakap yang muka i  
ni macam Zac Effron. Tapi memandangkan, usia semakin dewasa. Rasanya tidak sesuai lagi orang panggil i Zac Effron. Rasa macam bukan lelaki maskulin. So sekarang i sudah ada pilihan lain. Ehem. Taylor Lautner.

I mengaku, i sangat nak jadi macam dia.
tetapi impian tidak akan menjadi kenyataan.


Sebab apa?

1. Senyuman Taylor Lautner boleh Membunuh.


Senyuman i sesungguhnya tidak boleh membunuh.
Senyuman i tidak laku. Kerana pernah i cuba di kedai Mamak. I beli Ais Kosong. Dan masa tu i tidak cukup rm 0.20 sen. So i told the mamak.

" Ane, itu ais kosong kasi free la.. "

dia buat tak layan.

" boleh lah ok? "

I pun senyum ala ala Taylor, dengan harapan dapat minum ais kosong free. Mamak tu pun senyum. Okay, and so i thought, Wah, Laku juga senyuman i ni. Boleh la i jadi Taylor Lautner lepas ni, i thought to myself, sangat excited. I pusing je nak jalan keluar kedai, dengar suara sumbang berkata; 

" Boss, senyum-senyum juga..tapi itu air kosong kena bayar. 0.20 sen Boss.. "

So memang dari segi senyuman, sudah pasti i tiada what it takes to jadi Taylor Lautner.

2. Bentuk badan Taylor dapat menyembuh hati wanita yang luka dan berkecai.

Bentuk badan Taylor Lautner  memang boleh mencairkan hati, jiwa dan perasaan  wanita-wanita diluar sana termasuk golongan lelaki yang tertentu sahaja.
Cuba kalau dia buka baju, mereka-mereka itu boleh menjadi hysteria secara automatis. I pula?  hanya boleh mencairkan tetapi bukan membuat mereka-mereka menjadi hysteria. Damn. Tetapi tidak apa. Brad Pitt juga bukan nya tough macam i. Jadi dari segi ini, i dan Brad Pitt sama sahaja level (statement menyedapkan hati).

3. Taylor Lautner pernah date dengan Taylor Swift dan Selena Gomez.

I pula. Bukan single lagi. Sorry.. hehe. Tetapi i rasa dari segi ni, i menang, sebab i sudah ada this one lady yang sekarang membuatkan I sangat happy. :) dan Taylor Lautner tidak.
Boooo hoo Taylor Lautner. IN YOUR FACE.

Taylor Lautner 2 - Fayadh 1.

4. Taylor Lautner Hensem Sial.

Taylor Lautner lalu sahaja, pasti orang memandang dia. 
Tapi bila i yang lalu sahaja, pasti semua orang buat-buat tak nampak kerana mereka tidak mahu menambah dosa berpura pura senyum dekat i.

5. Perbezaan yang paling ketara dan menyedihkan.

adalah:

Apabila i google image Taylor Lautner, Gambar pertama yang keluar adalah ini;

  

Dan apa bila i google image Ikmal Fayadh, gambar pertama yang keluar adalah;



Ni apa siot?! 


Jadi dengan itu, selepas hati i hancur berkecai, kecewa dan punah.
I pun cari impian yang lain,
yang lebih logik dan boleh direalisasikan. Yeah!

Jadi, Sekarang i nak jadi John Mayer.

you all rasa boleh tak? :D