05 November 2010

Kitew dapat award lagi.. ahakz!





Thanks the person who gave you the award and link the person.

Ooh..terima kasih la yaww kepada BonadSayang dan Anis sebab bagi kat kitew award nih. "Beautiful Blogger Award". Auuww kelas gitew. Kalau i tak cilap, i pernah dapat award camni taww. Takpewlah, i memang sukew sangat dapat award banyak-banyak. Ahakz. Kalau adew, bagi la lagi okeyh? 

XOXO!

Spread the words to 15 bloggers who yoSu like and you think their blogs are awesome.

Memandangkan aku malas nak copypaste url. So, aku tag semua orang!!


Tell 7 things about yourself.

1. Umur 5 tahun, aku pernah cuba meniru aksi Jackie Chan seperti dalam filem Rush Hour. Berpusing flying kick dan terus melakukan back kick sebanyak 3 kali dalam satu masa. Ternyata mengundang padah. Tersembam ke atas lantai dan 3 gigi susu aku patah begitu sahaja. Naiss

2. Dekat rumah aku di Perak. Aku ada lebih kurang 4 bantal di atas katil. Tapi aku hanya memerlukan dua untuk tidur. Satu untuk kepala, lagi satu untuk peluk. Bantal aku yang lagi dua, aku susun di tepi badan.

Dan sebelum tidur aku akan selimutkan kedua-dua bantal lebihan itu sebab aku takut mereka sejuk. Tabiat ini diamalkan dari kecil.

3. Aku pernah merajuk dengan parents aku sebab mereka tak mahu masukkan aku ke Sunway University College dekat PJ tuh. Aku tak faham kenapa mereka kejam.

Aku nak masuk ke college tu sebab Juliana Evans pun study di situ. Aku nak jumpa Juliana Evans.

Susah sangat ke nak faham?

4. Aku berpengalaman luas dalam menjawab paper exam agama islam yang ada 40 soalan dan cuma ambil masa dalam 10 minit sahaja. Sebab bangun lambat. dan wow! mendapat keputusan B+. Ini membuktikan, selagi ada dasar-dasar ajaran agama dalam jiwa, sikit pun tiada masalah. :) 

5. Pada zaman jahiliyah, aku pernah berkonspirasi dalam sindiket melarikan 2 bekas berisi perisa shisha dari kedai karpet milik warga pakistan. Tapi bila buat hisap, macam gampang rasanya. Tuhan punya nak tunjuk benda yang tak dapat keberkatan, tiada langsung nikmatnya.

6. Aku suka dengar musik. Nasyid? Hard Keroncong? Irama Malaysia? Semua boleh. Satu hari, satu koleksi cd musik aku hilang. Merata mencari.

Aku : Mak, nampak cd Linkin Park fayadh tak?

Mak : Huh? Nak pergi park? Sejak bila suka pergi taman ni? Dating eh? (mula mengejek)

Aku : ..........  (insert bunyi cengkerik)

Oh ya, saya budak indie. Tapi saya suka Bunkface je. Saya cool bukan? 

7. Aku dah menemui satu lagi kebolehan istimewa dalam diri aku.
Boleh tahan kencing dari Pulau Pinang ke Bertam,Kepala Batas (naik kereta).
Selamba.


p/s: bonad, puas hati kau? haha

15 comments:

  1. hahahahaha fayadh beautiful blogger siot! haha apekah? kes bantal tu dah sme dah dgn i. ok, dah jmp geng. high5 sikit! hehe

    ReplyDelete
  2. eh, mestilah beautiful. hehe
    sama kah fika bantal banyak2? waaaah, sep sikit. haha

    ReplyDelete
  3. hahahhaaa..siot tol.
    xmen la tido ada bantal.
    xbes uhh ;p

    ReplyDelete
  4. lor.. kalau bantal takde. guna apa?

    ReplyDelete
  5. Hooo..secret2.
    org da kawen je leh tau..
    hahahahahaa XD

    ReplyDelete
  6. oooohhh! hahaha. anis sengal gila. gatal!

    ReplyDelete
  7. aku ckp ape??
    ko yg pikir len tu..hahahaha =D

    ReplyDelete
  8. nape x nak masuk Lim kokwing..kat sane ade Acha Septriasa.. :P

    ReplyDelete
  9. mangkok tol la awk ni ikmal.ko jaja nama aku kat bawah skali tu.hahaa..tp berhasil jugak paksaan aku.kah3...

    ReplyDelete
  10. hahahhahah lawak ok!!!!!!!!! seyes xjd aku tido mlm2 sbb bc kisah taylor lautner ni!!!!!!! hahahahhahah

    ReplyDelete
  11. anis; memang pun! haha
    makdara; saya tak suka minah indon. :P
    bonad; puas hati kan? jaja sekali lah..
    nadey; ooh..biasa-biasa aja. ;)

    ReplyDelete
  12. cun.nnt buat entry pasal aku pulak.tu yg sebaiknye. :)

    ReplyDelete
  13. yg last skali tuh...hahaha sah2 boleh dpt penyakit!

    ReplyDelete
  14. bonad; insyaallah.. :)

    komang; eleh, kau pun hisap juga! poodah.cisss

    mira; haha.err..kalau terpaksa nak buat macam mana lagi.

    ReplyDelete

terangsang?