16 February 2010

Bila eletrik sudah tiada.

Dua tiga menjak dahulu sampai hari ini sekarang, masalah bekalan eletrik di medan ini, kian menjadi-jadi. Kesabaran sudah sampai tahap maksimum. Ustaz kat sekolah dulu ada cakap, sabar itu indah, sabar itu separuh dari iman. Kalau tak silap aku lah, ingat-ingat lupa, sebab dulu-dulu zaman kanak-kanak riang, galak betul ponteng. Itu nostalgia dulu, sekarang sudah baek.

Tapi ustaz, ini tak boleh jadi. Sampai bila mau tahan? Aku tau, ustaz pun mesti tak boleh tahan juga kalau kena kat muka sendiri. Ustaz nak bet? Hari yang lepas, malam-malam tengah sedap layan baek punyer chatting dengan buah hati di dunia alam maya. Rindu la katakan. Pastu, blackout dan gelap terus. Sepantas kilat aku mengucap, terkejut beb. Sumpah aku tak bohong. Ingat dalam hati nak menjerit kecarutan je. Dunia di hujung jari.. ceyh, apa guna bila eletrik sudah tiada. Modem terus tiada guna. Ah, kacau betul lah kalau camni, apatah lagi kalau niat di hati nak mengaji dan menelaah pelajaran. Bukan nak masuk bakul, angkat sendiri. Cuma poyo sedikit. Aku tak boleh tidur kalau tak study langsung. Dah terbiasa dari kecil. Memang niat hanya tinggal niat. At least, dapat lah juga pahala.

Macam mana lah agaknyer zaman tok nenek dulu kan? Mereka dahulu mana ade elektrik macam sekarang. Study malam-malam pun pakai pelita minyak tanah, kononnya tiada alasan tak boleh study walaupun tiada cahaya lampu eletrik. Aku tak tahu betul ke tak, tengok dalam cerita-cerita drama tv3 macam tu. Aku ingat nak tiru style belajar guna pelita minyak tanah time sesak-sesak takde eletrik ni, risau pula berjelaga habis satu bilik. Tak berani. Kalau raya-raya nanti, barulah boleh pasang pelita.

Bila eletrik sudah tiada, barulah nak gelabah. Barulah nak fikir balik, masa ade eletrik, bazir-bazirkan begitu saja. Tak ingat langsung nak berjimat, haaa..padanlah muka aku. Aku harap jabatan bekalan listrik medan segera ambil tindakan sebelum aku tulis surat aduan. Tak pun panggil je Karam Sigh Walia, kan senang. Aku ade kabel besar kalau nak contact dia. Buat liputan masuk dalam Aduan Rakyat. Eh silap, ini Indonesia. Buat apa nak sibuk-sibuk kat sini. Sudahlah ugut mahu bunuh orang guna buluh runcing. Akai tak dak, gila punya orang.

Lampu dalam bilik aku ni sudah berkelip-kelip macam tak cukup kuasa, airkon pun bunyinya sudah semput-semput. Maksudnya eletrik sudah mahu pergi. Tinggal tunggu masa. Damn.

No comments:

Post a Comment

terangsang?