06 February 2010

“Kau sepatutnya makan nasi padang..”






Hari ini ade tutorial. Malam tadi aku da trainin gila babi nak bentangkan tugas yang telah ditetapkan kelmarin lepas. Naik turun tangga cari bahan ilmiah nak jadikan rujukan. Bukanlah nak tunjuk atau bangga diri. Kalau kau nak jadi pelajar cemerlang, kenalah berusaha keras mencari ilmu. Betul kan? Aku da siap dengan nota-nota semua, flipchart pun suda siap aku buat. Cun gak flipchart yang aku buat nie kalau ditengok dari jauh, tulisan macam dalam komputer, ala-ala times new roman font 12. gambar yang aku lukis macam gerak-gerak. Lukisan itu nampak hidup! Tapi kalau tenung dekat-dekat, macam cakar ayam. Ini sampah, bukan flipchart. Aku kesah pula, kau yang baca aku bentangkan je.

"Baeklah..kita lanjutkan ke learning issue ke lima, regenerasi sel saraf.." ini turn aku, bersemangat berkobar-kobar beb, suda bersedia la katakan. Aku bantai cakap semua yang aku suda hafal malam tadi, siap lukis-lukis lagi kat papan putih, tapi lukisan kali nie tak gerak-gerak. Blah, blah, blah,blah.. sambil petah berbicara, ku lihat teman-teman yang laen. Muka berkerut-kerut.. mungkin sedang menangkap apa yang aku tengah cakap.mungkin-mungkin. Aku teruskan berbicara. Dosen pulak tengan buat apa entah, macam amik endah tak endah. Mungkin dia tengah memberontak nak balik cepat, suda bosan duduk dalam bilik ini agaknyer.

Aku rasa suda cukup sempurna apa yang aku bahaskan tadi. Semua perihal aku suda terangkan. Hati berasa cukup riang dan puas bila teman-teman yang bertepuk tangan lepas aku habis bentang.
Aku terus duduk. Pastu dosen panggil nama aku.

"Siapa nama kau tadi? Fayadh ya?”
"Ya doc..” aku jawab sambil berlagak cool. Ini mesti dia nak puji aku la nie. Confirm lah.

"Fayadh..kau sepatutnya makan nasi padang, bakso, nasi ayam penyet.. bukannya kau makan nasi kandar, dan apa itu.. pasembur."

"Err..mengapa doc?” aku tanya kekonfiusan.

"Bagi kau mahir berbahasa indonesia. Kau tinggal di medan seharusnya udah bisa lancar bicara dalam bahasa indonesia..gaul lah sama teman indonesianya. Ini apa yang semua kau mengarut di depan tadi, aku pun gak faham..”

Semua teman-teman yang laen terus gelak terkekeh-kekeh. Ketawa tanpa belas kasihan. Sialan betul. Sumpah aku kecewa. Shit! Aku tanya la diaorang, faham tak apa yang aku cakap tadi. Diaorang cakap faham je. Dosen nie memang cari pasal. Ini suda kira racism. Padahal tadi dia bukan dengar pun apa yang aku cakap. Mungkin tadi dia terdengar istilah-istilah yang aku hentam keromo je tadi kot.

Balik dari kampus, aku cari-cari kedai nasi padang yang terdekat. Mulai minggu depan dan seterusnya. Aku kena start makan nasi padang, sekali seminggu.

7 comments:

  1. hahaha =D
    sian ko apai..
    bersimpati diri ini ke atas dirimu..
    huhuh~

    ReplyDelete
  2. pecel jgn lupa...

    ReplyDelete
  3. hakim; haha. sabar je la..nak wat macam mane lagi. siot betul.

    iya2, pecel tidak ketinggalan.huhu

    ReplyDelete
  4. huhuhuhu...
    cian gle kt ko...spe dosen ko??

    ReplyDelete
  5. huhu.
    doc hasanul arifin. muka cam cina2 itu.

    ReplyDelete
  6. sedapnya. teringat hari tu makan lontong medan. lauk dia mcm lebih kurang je. best.

    ReplyDelete
  7. alaa.. jgn risau.. tu baru hal racism yg minimal.. kitorg para senior ni dh bosan dh.. huhu~~ makanla nasik padang tu ye...

    ReplyDelete

terangsang?