11 February 2010

Bukankah ini begitu manis sekali?

Maaf entri kali ini mungkin mengandungi unsur-unsur romantika, kejiwangan mahupun kemanjaan. Kepada kalian yang anti, merasa loya-loya atau keyampahan kepada perihal yang disebut diatas, anda boleh mula muntah sekarang.


Ini cerita betul. Hurm.. macam mane nak start eh, aaaa okay-okay. Bayangkan kalau kau ade masalah yang sememangnya menyusahkan hati dan perasaan kau. Sehingga bermacam menyelubungi. rasa nak bunuh diri, telan beberapa biji panadol, berdiri di tengah jalan dan mengharapkan bus akan melanggar kau dengan seberapa yang laju, atau dengan sengaja terjun dari bangunan yang agak tinggi dengan gaya ala-ala superman?

Aku tak buat benda-benda macam ini semua. Mati tak yang tidak diredhai tuhan. Siapa nak kan? Naseb baek aku ade seseorang. Seseorang yang betul-betul aku sayang. Sayang sangat-sangat. Dalam hal ini, selain tuhan yang satu, ibu, ayah dan ahli keluarga. Dia merupakan orang yang paling penting dalam hidup aku.
Kalian jangan jeles yaww.. sebab apa kah?

Sebab dia sudah membuat hati dan perasaan menjadi tenang semula. Kalau seseorang itu sudah menyayangi kau, dia akan bersedia berkongsi dan memahami segala apa yang kau alami, at least dia akan cuba memahami. Dia akan cuba menolong sedaya yang mungkin. Pada saat ini, dikala sokongan moral diperlukan, dia membantu. Bertanya apa yang berlaku, apa rasa perasaan, dan memberi seberapa banyak mungkin nasihat dan dorongan. Dia cuba menjadi tempat dimana segalanya dicurahkan. Membantu semula mencari semangat yang hilang. Hingga kau menjadi tenang dan berfikiran waras semula. Ini sungguh bermakna.
Bukankah ini begitu manis sekali bukan? Sangat manis.
Itu sahaja yang aku mahu beritahu.


Entri ini ditujukan khas buat Izlaiza Afifah Ruzaimi. Terima kaseh banyak-banyak untuk segalanya. :)
I LOVE YOU.


notakaki; Selamat Tahun Baru Ilmek 2010! (Chinese New Year).

No comments:

Post a Comment

terangsang?