26 February 2010

Replikasi Reverbasi Masturbasi

Aku sudah bosan. Serius. Midlife crisis? Another midlife crisis post…damn it…

Kau pula? Jangan berlakon. Sedarkah kehidupan kamu semakin bosan. Bangun pagi, pergi kelas, makan nasi soto, balik kelaas, makan lagi dan tidur. Kepada para pembaca yang masih takut pada tuhan, sertakan sembahyang di celah-celah aktiviti tadi. Kepada yang sudah berkahwin, sertakan pula senaman kongkek.

Kepada yang kurang takut, mereka bangun, minum kopi, sosial, mabuk, kongkek, tidur, bangun, kopi, sosial, mabuk, tidur.Esoknya, sama sahaja. Bangun, pergi kelas, makan, balik, tidur. Dan hujung minggu, rasa sedikit gembira kerana cuti dan tak payah bangun pagi. Sampailah kau gol. Mahu jadi ahli nuraka?

Pernahkan kau terfikir, adakah kehidupan ini secara keseluruhannya adalah proses pengulangan abadi? Perhati di kampus kau lebih-lebih lagi di FK (nama glamour fakultas kedokteran). Semuanya adalah pengulangan. Mungkin nombor atau tulisan yang berubah. Rule tetap sama. Formula tetap sama. Proses tetap sama. Tetapi, makian dosen kau mungkin berubah, daripada dia marah kau ‘bangun la woi, tidur aja kau..” kepada “bodoh laknat” atau “bebal cam lembu”, tetapi proses makian tetap berulang.

Musik? Mmm…sama juga. Muzik sama diulang-ulang dilaung-laung dan diadun dengan melodi citrawarna sedikit. D major, C minor, G gurindam, apa-apa la akan berterusan. Ketuk-ketuk drum sikit. Goreng-goreng  gitar sikitt. Habis cerita. Lirik? Ahhh kacang. Ulanglah perkataan cinta sayu sedih mati kanser barah otak, mati kanser sum-sum tulang, putus cinta banyak kali, tentang lelaki kesepian dan kegersangan, sure meletup. Ohh itu lagu melayu. Kalau lagu bahasa lain, elemen-elemen cinta sayu sedih mati tidaklah seperit lagu melayu. Aku peminat musik indon, peminat hardcore betul. Wali! Wali! Shit bosan.

Traffic jammed pun sama. Masuk simpang, kete,angkot, becak penuh atas jalan, mengeluh, pasang radio, tekan-tekan hon berbagai nada, menyelit sana sini, lepas 1 jam baru sampai rumah. Kau mengeluh macam mane pun, traffic jammed tetap wujud. Takkan ade perubahan pun. Pusing-pusing mana pun jammed juga. Esok pun sama. Lain lah, kau mansuhkan kewujudan angkot dan becak atas jalan di Medan ini, disitu barulah terdapat keamanan.

Politik pula. Saya tidak mahu bercerita panjang. Dahulu seorang menabur janji. Seorang lagi menyangkal menyelar memberitahu dunia dan negara mereka adalah lebih baik. Kemudian menang menjadi ahli politik dan meneruskan tugas seperti ahli politik yg pertama tadi. Sama sahaja. Negara pun jadi kucar-kacir, tahu makan duit haram sahaja. Fack kiu.

Seks? Haaa, apa senyum-senyum. Dah-dah, aku tak ingin berlucah disini. Faham-faham kaulah. Kata sudah besar panjang, baligh pun sudah. Ya bukan? Repetition juga la pendek kata. Exam? AF? EPL? Lampu trafik? Putaran bumi? Nasi soto? Sebutkan apa saja.

Jadi, untuk pengajaran hari ini, kau janganlah mengeluh. Kalau kau rasa hidup kau sumpah membosankan, terimalah fakta bahawa dunia ini adalah tempat pengulangan. Seperti seks, jika pengulangan, kau itu kena pandai bajet pada masa dan bijak digunakan, tengok kalendar dan tanda hari yang berkenaan yang dirasakan subur dan sesuai ataupun buat reminder di handset, pasti hidup kau tidak sebosan mana.

Terimalah kebosanan pengulangan dengan hati yang terbuka. Kalau dosen kau suka maki kau bodoh baghal setiap hari, pasti satu hari nanti kau akan rase makiannya semakin hari semakin membosankan, lalu seterusnya kau akan rase hidup kamu akan lebih ceria walau dimaki seteruk mana. Kalau kau sudah bosan menghadap buku setiap hari kerana materi pengajaran kuliah sudah habis semata-mata untuk bersedia menjawab ujian yang tak lama lagi, last minute punya pasal. Dan mengenangkan mungkin result ujian yang lepas macam haram. Kau secara spontan akan study lebih gigih. Hanya golongan-golongan terpilih yg bijak dan kacak seperti penulis kacak ini mudah menyedari hal sedemikian. Jadi, hargailah pengulangan.

Aku rasa myelin sheath dalam saraf otak aku sudah koyak. Study bagai nak mati.
Aku nak sambung perjuangan, study la woooiiiii! Kau tu sudah la bodoh. Berlagak pula.

Bye.

2 comments:

  1. aku suka entry kau. life is about rotation benda yang sama, walau kau cuba create miracle pun, esok pasti serupa. layan kan aja. kalau nk endkan juga..mati..mungkin.

    ReplyDelete
  2. oh terima kaseh.
    kena hidup macam robot.. kalau ikut hati mati nanti.

    ReplyDelete

terangsang?