06 March 2010

Aku bukan womanizer.


Aku bukan la nak bangga ke apa, dari dulu sampai sekarang, dunia aku penuh dengan liku-liku percintaan, penuh dengan dendam, suka dan duka. Ada yang meninggalkan dengan seribu kenangan terindah, dan ada pula yang tinggal memori pahit. Amat pahit seperti hempedu, sampai aku pun tak tertanggung lagi. Ini sememangnya cabaran yang terpaksa dilalui oleh insan lelaki seperti aku, apatah lagi memiliki setiap ciri-ciri lelaki yang dimahukan wanita seperti kacak, tampan, sopan, dan manis. Aku sudah lali dengan semua ini.. Ini semua menjadikan aku lebih dewasa.



Ini gf aku masa darjah enam. Nama dia Megan Fox. Sebelum dia join berlakon dalam filem robot-robot tuh, Transformers. Aku sudah kenal dia dulu. Pergi sekolah naek basikal sama-sama, dia duduk belakang, aku bawak dia. Kadang kala, petang-petang kalau free, kami pergi taman permainan dekat dengan taman perumahan, maen jongkang-jongket. Aku tahu, sweet bukan? Tapi baru 3 bulan couple, kami break up sebab dia dapat tahu aku masa tu belum baligh lagi. Aku kecewa .Perempuan sekarang sungguh meterialistik.




Selepas itu, beberapa lama kemudian, aku terjumpa dengan gadis cantik atas ni. Masa aku form 2 dulu, dia dengan family dia pindah sebelah rumah aku. Lirikan matanya sungguh menawan..

" Hi, nama saya fayard...awak? "

" Hi.., erm fayard? comelnyer nama you..comel macam you juga lah. erm btway, nama i Emmanuelle Chriqui, just panggil i Cherry je okay..?"

Hubungan kami berputik dari situ, aku macam rasa kami akan berkekalan selamanya. Tapi harapan yang sia-sia. Hubungan kami berdua tidak direstui oleh keluarga Cherry sebab papa dia memang anti betul dengan orang kelahiran negeri perak. Entah la, aku pun tak faham. wtf?!





Ini pula gf aku yang ketiga. Nama dia Jessica Alba. HOT kan? Masa aku form 4 dulu, aku masuk berasrama di STAR, ipoh. So terpaksa la tinggalkan dia sekejap. Itupun kami selalu berhubungan melalui berbalas-balas surat. Handphone dilarang keras di sekolah. Ade satu kes tu, dia ada pos surat dengan gambar-gambar sexy yang aku mintak, tapi bila surat sampai kat aku, ade kurang satu gambar. Aku syak warden yang amik masa nak tapis-tapis surat tu. Apa masalah warden tu? sampai gambar gf aku pun nak amik? Aku ingat nak report je kat pengetua. Tapi hubungan kami tidak berkekalan juga, tak sampai 2 bulan kot. Kurang kaseh sayang katanya, dan cakap aku ada skandal dengan sorang perempuan ni, Paz Vega. Merepek!





Tapi memang betul pun aku da syok pun dengan Paz Vega, Besaaaaaaaar punyer! Gambar ni  aku tangkap masa keluar dinner dengan dia. Time ni aku da habis exam SPM, tengah tunggu result. Detik-detik pertemuan? Aku jumpa dia masa tengah teman mak pergi shopping kat pasaraya Giant. Jalan-jalan cari barang, pastu dia datang dari mana entah, aku tak banyak soal, bagi je la no phone aku. Cun kot! Tapi sampai sekarang tak tahu dia kat mana, menghilangkan diri. Hidup lagi atau tidak, hanya tuhan yang tahu.




Aku rasa you all semua kenal kot dengan ex-gf aku nih. Dulu masa aku keseorangan dan kesunyian. dialah yang temankan aku, hiburkan hati aku. Tapi sekejap sahajalah, Sebab sudah kantoi dengan mak aku, cd dia bersepah dalam bilik, mak aku kutip, pastu menjerit.

" Ya Tuhanku!! Fayaaaaarrd! cd apa dalam bilik kamu nie!!!!" 

Last-last mak aku ketuk kepala aku. Suruh buang cd tuh dalam tong sampah, Malu beb! kantoi simpan cd gf sendiri. Kantoi dengan mak sendiri pula tuh, aduhai. Sejak hari tu sampai hari ni, aku sudah tak contact dia lagi. Oh ya, nama dia Paris Hilton. Entahla, aku pun sudah lupa.


Untuk pengetahuan, aku tak pernah pun cerita pasal ex aku semua ini kat gf aku sekarang. aku harap dia tak marah.haha

"Maafkan i tak beritahu semua ini awal-awal dulu, untuk kebaikan kita bersama, pen merah pen biru, you marah i love you.."


Aku bukan womanizer.




7 comments:

  1. memang bukan womanizer.

    ni namanya sex robot.hahaha

    ReplyDelete
  2. hahahaha..klakar sial cerita kau..

    ReplyDelete
  3. asal ex kau semua hot2 fayard?

    rugilah~.haha

    ReplyDelete
  4. hahahaah!kelaka la ko fayard!!!
    smua hOt dowh!

    ReplyDelete
  5. aku tau semua hot.
    tapi sudah kenyataan suratan takdir, aku tak boleh buat apa2 pun.
    haha!

    ReplyDelete
  6. cilaka! macam tu sekali kau ye? haha

    ReplyDelete
  7. aku tau, semua jelez dengan ex2 aku nih. haha

    ReplyDelete

terangsang?