13 May 2010

Ini bukan Tragedi Bukit Kepong.

“Awek keling tu juga kau usha..takda orang lain kah” kata Ikmal Fayadh kepada Mawi yang suka perasan badan tegap sasa sedangkan beliau boroi.

“Bila masa lak Usha Nanteni tu keling…apa kebende kau ni….abih tu yang kau usha awek yang cute tu pehal lak, Usha Nanteni tu 1000 kali lagi cun dari anak cina kampung kau tuh” balas Mawi.

“Muka macam kene langgar dengan lokomatif…tu pun nak usha Usha kah?” tambah Ikmal Fayadh dan tersenyum puas.

Padahal Usha Nanteni tu memang keling asli, dengar nama pun sudah tahu yang dia bukan celup punya. Pundek sungguh kenyataan Mawi. Ada masalah personaliti agaknya.
Walaupun perbualan tersebut berbaur perkauman, ia adalah kisah benar. Aku tak tipu.

Keling, perkataan paling mudah untuk menggambarkan kaum India di sini. Kebanyakan masa digunakan untuk dijadikan bahan makian. Tidak percaya? Welcome to Bolehland.

“Pundek la, cakap macam keling”  ini untuk menggambarkan cakap putar belit. Silap. Yang putar belit bukan kerja keling. Ia adalah kerja rasmi menteri dan calon pilihanraya. Kejap harga minyak akan diturunkan, sekejap lagi kata negara akan miskin kalau diturunkan. Beruk sungguh. Ahh, kan aku sudah melalut.

Hubungan kaum India dengan kerajaan menjak dua menjak ini sedikit tegang akibat permintaan yg merapu dari sesetengah wakil kaum India yang berbau perkauman yang dilepaskan kepada kerajaan dan Britain. Dengar-dengar, minta gantirugi beberapa trillion dari Maharani negara penjajah itu. Pehh trillion tuh.

Seperti yang diketahui, di India, rakyatnya suka berpiket. Tetapi apa yang mahu kita hairankan, jika sekiranya bekalan buah manggis berkurangan sekali pun, rakyat India akan berpiket. Sudah itu kegemaran mereka. Hobi mungkin. Seperti budak-budak hijau putih dan biru putih di sini, sikit-sikit piket, sikit-sikit piket. Bina sekolah piket, robohkan sekolah nak piket. Kemudian balik rumah dan tidur sehingga ada isu baru yang perlu di piketkan. Macam celaka. Isu Siti Nurhaliza kenapa bertudung misalnya. Lumrah.

Yang Cina pula sibuk dengan kumpul harta. Oh ya, Ah Long jangan dilupa.

Sifat perkauman memang tidak dapat dipisahkan dalam semua diri manusia. Sifat ketuanan terlampau adalah penyebabnya. Yang mengekangnya adalah sifat ingin atau cuba memahami agama dan budaya kaum lain. Kalau tidak, memang berulanglah segala bentuk peperangan antara kaum.

Banyaknya masalah perkauman berlaku asalnya adalah kerana ketidakmahuan menghormati agama dan budaya orang lain. Ketidak-terimaan kaum lain sebagai warga sejagat negara, malah negeri. Orang Islam di sini di wakili sebahagian besarnya oleh kaum Melayu. Walaupun ada kedengaran ada Melayu yang tidak Islam. Mungkin kebanyakan melayu memang tidak Islam sebenarnya. Hanya sekadar nama. Maaf itu bukan topik sekarang.

Kembali kepada topik asal, tidak kiralah yang datang dari mana,mereka tetap Islam. China, India, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Kelantan, atau mana-mana negara sekalipun. Mereka membawa adat dan budaya mereka sebagai adat dan budaya Islam. Ingatlah bahawa semua manusia yang hidup di bumi ini berpunca dari ibubapa yang sama, Nabi pertama kita.

Satu-satunya cara untuk menghapuskan sifat perkauman,adalah dengan sifat tidak peduli. Tidak peduli dengan bangsa kita. Kaum kita. Kerabat kita. Asal usul kita. Mungkin kamu dari parti keris dan berasa cemas mendengar penyataan ini. Cuak kerana selepas ini tidak dapatlah lagi untuk mencium keris di depan orang ramai yang bertepuk tangan. Tetapi jikalau kamu serius dan bersungguh hendak menghalang perang kaum atau rusuhan secara total, hanya inilah caranya. Agama penulis pun menyarankan sebegitu.

Sebentar.

Kamu ada pilihan kedua. Kamu boleh saja makan minum apa saja, termasuk berkongkek dengan sesiapa saja,jangan fikir halal haram, jangan fikir orang lain. Aku percaya kamu-kamu semua akan di terima dikalangan mereka.

Pilihan ada di tangan kau. Sepertimana kau disarankan untuk membina masyrakat 1 Malaysia, kau juga diberi peluang untuk berfikir. Fikirlah melebihi batas kaum, bangsa, darjat, harta, pangkat itu semua. Berfikir dan bercampurlah dengan kaum-kaum yang lain. Tidak hanya suka pada materialistik semata-mata. Ataupun hanya melihat sahaja pada raut wajah yang kacak ataupun cantik. Sesungguhnya tiada sesiapa mukanya yang lebih kacak dari penulis ini. Terima sahajalah kebenaran itu.

Sama-sama beringat pada tragedi 13 Mei yang lalu. Sebenarnya, aku sudah naik muak dan menyampah pasal benda "tragedi berdarah" ini. Tapi apa boleh buat, ia sejarah. Kalau tiada sejarah itu, tiada lah kehormonian yang kau rasa pada masa sekarang.


Sekian.




-Posted using BlogPress from my iPhone-




2 comments:

  1. cilaka.. aku pikir aku paling hensem.

    ps : si mawi jangan nak buat gile usha awek sana. nanti gua usahakan pikat awek sini untuk dia. barulah tak segan gua nak pegi kenduri kawin dia nanti

    ReplyDelete
  2. haaa. baguslah macam tu, lu cari yang putih pink2 sikit.

    haha

    ReplyDelete

terangsang?