19 May 2010

Jeritan Batin

Aku tidak berniat untuk menulis hari ini, memandangkan exam pun sudah di sekeliling koner (around the corner) tetapi demi untuk mengekalkan populariti dan ditambah pula terlihat blog seorang gadis yang meluahkan cintanya di alam maya, aku menjadi sangat teruja. Teruja secara total. Sungguh diversity sekali fungsi blog. Kagum.

Sungguhpun begitu, ratapan-ratapan pembaca blog penulis kacak ini juga tidak dilupakan. Sampaikan ada yang menelefon penulis kacak ini bertanyakan kenapa tidak mengupdate blog ini *tipu sikit*. Terharu sungguh.

Terharu kerana mereka mempunyai masa untuk membaca blog selain dari menonton rancangan-rancangan realiti yang memakan kredit telefon mereka. Syabas inspector sahab syabas. Oh ya! Dengar kata, Shahir sekarang bukan main lagi jadi hot stuff dalam Akademi Fantasia? Ya kah? Sampai teman wanita aku pun tergedik-gedik gilakan dia dibuatnya. Damn u Shahir.

Kembali kepada topik asal. Kerana kebosanan secara maksima memaksa penulis kacak ini membaca beberapa blog belia-belia sekarang, yakni yang dikenali atau yang langsung tidak penulis kenal. Rata-rata penulisnya memang tidak kacak atau cantik.

Ini adalah rumusannya.

Kenapa orang (lain yang tidak kacak/cantik) menulis blog:-

Satu
Penulis blog itu tiada teman berbicara maka dia berbicara seorang diri di depan pc. Berkemungkinan kurang mendapat perhatian semasa kecil menjadikannya cenderung untuk meluahkan perasaannya di alam maya. Kemudian dia baca komen-komen dari orang lain - tersengeh,ketawa,marah.Ada gaya sewel sedikit.

Dua
Memang penulis blog itu sewel.
Contoh: dia tidak kacak sebenarnya tetapi mengaku dia kacak sekali tiada
tandingannya. (Memang tidak dinafikan tentang reliti dunia kini-tidak ramai di
dunia ini mempunyai wajah yang kacak seperti penulis blog ini) *aku tahu kau sudah bosan dengar*

Tiga
Penulis blog itu punya dua personaliti. Di alam maya dia Superman, tapi di luar sana hanyalah sekadar mat supir.(sila lihat kamus bahasa indonesia untuk mengetahui makna supir)

Empat
Dia mahu mengikut jejak langkah penulis blog kacak ini untuk menjadi orang yang popular dalam masa yang singkat. Jika ada sesiapa yang mahu menjadi popular seperti penulis kacak ini, silalah beritahu aku. Aku bukan jenis yang kedekut ilmu. Aku bukan seperti datuk K.(grr..)


p/s realiti: Sebenarnya, sesiapa saja penulis blog itu, dia telah mengilmukan
orang lain. Paling tidak dia menghibur. Syukur. Kepada semua penulis blog, janganlah menjadikan blog sebagai ruangan melepaskan semua kata-kata kesat dan beremosi mencarut disana-sini. Sikit sikit tak mengapa. Mungkin lebih baik berjumpa kaunseling atau siapa-siapa, mana tahu mungkin lebih berkesan?

Aku rasa macam sudah banyak sangat air ludah sendiri jatuh kat muka ni. Tapi macam Azwan Ali si nyah pot pet itu cakap, "Ada aku kesah?"

Sebenarnya aku memang dah lama pendam perasan membara kat Azwan Ali ni. Geli macam celaka. Pundek betul. Err..



Selamat Malam!

11 comments:

  1. hahha..kelakar2..
    abes la cmnie..blog utk org hensem jek la...org xcantek/xhensem kne bce blog org hensem/cantek je la jd nyee

    ReplyDelete
  2. erm setiap orang ada kehenseman atau kecantikan dalam diri masing-masing,
    jadi siapa yang baca blog siapa.. itu tak jadi masalah bukan?

    hihihi

    ReplyDelete
  3. oit2..sape yg trgedik2?

    ReplyDelete
  4. haha ok, shahir agk hotstuff. comel kot weh! bkn gf u je dok gile2 kt die. i pn sme :D
    haha

    hmm, tp i rs ade jgk org yg beblog sb die rs lg selesa bercerita pjg lebar tanpa ada respond dr blog? haha mungkin la.

    ReplyDelete
  5. izey: eleh, nak cover la tu~ :P

    fika: haha. haha, mungkin la. terpulang kepada individu sendiri.

    ReplyDelete
  6. hahah..kau jadi supir ke kat indon? bawak ape? beca? ;P

    ReplyDelete
  7. supir? apa barang beca.haha
    aku bawak angkot (silat lihat kamus indonesia) barulah keren!

    ReplyDelete

terangsang?