31 October 2010

♫ Damn you's a sexy beach, sexy beach ♪

Hari ini hari hujung minggu. Sudah rancang mahu pergi shopping mall, ronda-ronda sambil usha awek-awek. Ahakz

Tunggu nak dekat 1 jam. Biasalah janji Melayu. 

Kawan aku sampai, so aku pun naik. Kereta nama "Kijang", nama saja kijang padahal kereta Unser buatan Toyota. Indonesia punya kreatif, beginilah. Laju tak macam kijang pun. Retorik berapi-api.

The weather was awesome, so kawan-kawan aku tak pasang penghawa dingin dan membuka tingkap kereta merasa breeze pagi yang sejuk tapi panas sikit tak panas sangat tapi still panas lah.

Aku duduk di belakang, kawan kepada kawan perempuan aku yang yang memandu kereta.

" Pasang air-cond boleh tak? "

" Ooh, ok boss.. " jawab kawan aku sambil sibuk mencari CD untuk di pasang ke radio.

CD di pasang. Penghawa dingin masih belum di pasang.

" Air-cond, please? "

" Kejap lah, tungu kejap boleh tak bro.. sabarlah. " still busy mencari track di dalam CD itu.

Aku pun tunggu.

Music di mainkan.

"  Damn you's a sexy beach, sexy beach  "


Aku panas, sudahlah lagu macam bongok.

" Panas laaa woii, pasang air-cond boleh tak? Please..please..please.. "

" Ni kan Akon? Kau nak lagu yang manaa? "

Pundek betul.

Aku tak salahkan siapa-siapa. Ini semua salah Freemason dan Illuminati. Mereka yang exposekan kita kepada Akon, Rihanna dan artis-artis yang lain. Maher Zain? Itu lain cerita.


SELAMAT HARI AHAD!

24 October 2010

Modenisasi, Industrialisasi dan proses Sosiologi.

Dahulu, aku ada kawan sekolah rendah, yang duduk dekat dengan taman perumahan aku, bernama Yap Kim Chin. Darjah satu sehinggalah ke darjah lima, nama panggilan beliau adalah sama seperti dalam surat beranak. Orang selalu panggil Yap, Kim atau Chin.

Sehinggalah pada suatu masa, beliau sukakan seorang gadis melayu (cantik, masak ranum, baru sahaja capai baligh dan seksi) bernama Sabrina, terus beliau malu untuk menyebut nama sendiri.


Jadi untuk menampakkan sedikit kemodenan, keurbanan, ketamadunan dan menutup segala ciri ciri asal usul, beliau menukar nama kepada Allen. Sampai sekarang aku tidak tahu mengapa memilih Allen. Tiada pula selebriti ketika itu bernama Allen. Barangkali, hendak mengikut mirip-mirip nama pekebun sekolah kami yang paling glamer pada masa itu, Pak Alang. Sebagai penutup cerita tentang beliau, Sabrina akhirnya menolak cinta Allen (Yap Kim Chin). Frust menonggeng terus. Khabarnya kerana nama beliau tidak cukup inggeris. Brungai punya melayu, itu pendapat Yap Kim Chin err.. Allen.

Bukan kaum Allen sahaja yang tidak suka dengan nama sendiri. Kaum lain pun sama saja. Bezanya, kaum lain tidak terbatas pada Allen, Albert atau John sahaja. Mereka lebih kreatif. Saiful Aizat menjadi Boy. Khairul Hirzan Ahmad menjadi Kulop. Muhammad Shafiq bin Mustapha menjadi Black@Mawi. Muniandy Ramasamy a/l Premanathan dipanggil Joe. Semuanya harus ditukar untuk menampakkan ciri-ciri ke-inggeris-an, kecuali nama Kulop. Kulop masih popular dan tergolong dalam kategori tempatan.

Pemerintah juga tidak terkecuali. Nama Islam pun mahu dipanggil Islam berhari-hari (Islam Hadhari). Sama saja la tuuu bengong. Mungkin untuk menyuruh rakyat mengikut saranan agama hanya pada sesetengah hari saja barangkali. Nama jalan pun kamu hendak tukar. Apa lah salah jalan tu. Presint-presint? Entah apa-apa. Suka sangat kamu menukar nama. Takde kerja lain ke kamu-kamu nih. Buruk sungguh perangai.

Minta maaf kalau aku nampak sangat macam orang gua yang tak reti dan faham tentang 'modenisasi'. Kalau sesuatu benda itu yang mengambarkan asal usul sejarah dan kebanggaan kita, apa perlu kita tukar?

Sebagai menghormati semangat ke-inggeris-an negara kita, aku juga ingin turut serta dalam budaya ini. Dengan ini dengan rasminya aku menamakan anu aku John. Kerana nama sebegini seakan-akan menaikkan lagi semangat aku dan anu aku sendiri. Setuju bukan?

p.s : pernyataan di atas tidak sekali kali bertujuan untuk bercakap lucah, hanyalah semata-mata untuk membuktikan betapa modennya dan telusnya penulis kacak ini. Jangan fikir bukan-bukan pula, kamu semua belum cukup umur lagi. Sudah, pergi main basikal diluar sana dengan kawan-kawan. Ssshhh! ssshh!

22 October 2010

Gila

Apakah dosa jika aku ingin berjatuh cinta? Apakah salah jika aku ingin mencapai cita?
Apakah ertinya jika kita mula bersengketa? Apakah dosa, apakah salah, apakah kejadahnya? Andai akhirnya hilang minda.

Gila bila insani dilamun cinta, gila bila manusia bersuka cita, gila bila orang mereka cerita, sengketa.

Apalah dosanya, jika kita iningin berjatuh cinta? Apalah salahnya, jika kita pingin mencapai cita?
Apalah ertinya, tika kita mula bersengketa.
Apalah dosa, apalah salah, adakah hukumannya?
Pandai akhirnya hilang minda.

Gila bila, insani disamun cinta. Gila bila, manusia berduka cita. Gila bila, orang Amerika cipta, senjata.

Berdamailah, muafakat. Beramailah, bersepakat. Hari ini esok lusa dan tulat!

20 October 2010

"Saye bukan orang Malaysie, saye orang Singapure.."

Aku baru balik dari pejabat pos. Ini pasal barang yang aku nak pos kena tahan dengan imigresen Indonesia. Kata mereka, barang yang menuju ke Malaysia akan di buat pemeriksaan lanjut, dicurigai mengandungi bahan-bahan yang merbahaya. Fuck. Apa kejadahnya? Warga Indonesia, kamu-kamu semua memang gelabah tak tentu pasal. Jelas, kebodohan jelas terpancar disitu. Aku sabar sahaja, dalam hati sudah sumpah seranah.

"Aku kasi bom betul-betul satu pejabat pos ni baru lu orang tauu..cibai."

Untuk pulang ke rumah, aku kena naik betor (beca bermotor). Pilih beca yang cantik-cantik sikit lah. Spring punya seat, vizor kaler-kaler pelangi, ada siap bunga-bunga lagi. Tuu dia sekali pandang, macam kereta berhias la haii. Baru selesa ye tak?

Dalam perjalanan, pak beca tanya

"Abang orang mana, Acheh?"

Masa tu, jalan tengah meriah dengan bunyi-bunyi hon kereta, angkut, dan sebagainya. Celaka punya bising.

"Hmm.. orang Malaysia."

"Apa? orang Indonesia?" tanya pak beca lagi, beliau kurang kedengaran. Aku syak beliau pekak.

"Err.. saya orang Singapura!"

"Ooohh,, orang Singapore rupanya. Ngapain di medan sini? Kuliah ya?"

"Iya..kuliah disini, fakultas kedokteran USU, semester ketiga." jawab aku dengan yakin sekali.

"Wah, jadi dokterlah nanti ya? Baguslah" kata pak beca.

Aku tersenyum tersipu-sipu. Sambil aku menawarkan kuih yang aku beli ditepi jalan sebelum aku tahan dia tadi. Dia cuma mengelengkan kepala. Sudah kenyang katanya. Lantas dia bertanya lagi;

"Di Singapore itu, antara negara yang maju bukan? Sama aja dengan Malaysia. Bangunan tinggi-tinggi, lingkungan bersih dan teratur. Beda kali sama Indonesia, kotor, macet sana-sini, rakyatnya nggak terurus. Iya kan?"

"Nggak tahu la pak.. sama aja rasanya." ujar aku.

Dalam hati, baguslah wahai orang tua, sekurangnya kau sedar negara kau macam mana.

"Asal Singapore bukan? dimana?"

Ahh sudah.. habislah temberang aku. Jahanam.

"Err..dekat-dekat dengan Johor di Malaysia itu. Bapak tahu?" aku menjawab tanpa berfikir, cuba mengunakan ayat pancing dan berharap berlakunya keajaiban.

"Oohh..bapak tahu! yang dekat-dekat dengan Pulau Pinang itu ya?"

"Haaa..ya pak, betul-betul!" aku mengiyakan aja dengan bersungguh-sungguh.

Dalam hati, fuh! sikit je lagi. Wahai orang tua, konfiden betul kau kan.
Pak beca ajak borak lagi, aku pun layan. Kasihan pula. Mulut beliau pot pet pot pet. Aku cuma angguk-angguk geleng-geleng. Dengan gaya slang ala-ala slang Malaysia. Bajet macam lah aku tak boleh nak tangkap kalau dia cakap bahasa Indon. Wahai orang tua,, kau sungguh lucu sekali.

Oh ya, berbelit-belit juga lidah beliau.

"...Orang Singapure lagi bagus dari orang Malaysie. Mereke tak banyak komplen. Tak macam orang Malaysie. Sikit-sikit nak komplen, nak bergaduh aje. Sebab tu, negare Malaysie terkenal dengan 'negara komplen'.."

"...Orang-orang Malaysie semuanye sombong, tak macam orang Singapure.."

Mungkin beliau teguh kepada prinsip Ganyang Malaysia dan mahu menunjukkan nusabangsa Indonesia lebih bagus. Tiba-tiba semangat nasionalisme aku terus membara! Terasa seperti mahu cari buluh runcing kasi sodok bontot pak beca yang itu sampai mati. Oh, agak kejam.

Sudah sampai di depan rumah, tanya pak beca berapa harga bayaran.

" Pak, berapa pak?"

" Hmm.. dua belas ribu (rupiah) ajalah." jawab beliau

Aku hairan, kenapa murah sangat. Selalu paling kurang pun, dua puluh ribu melayang. Wow! ini sudah sangat bagus. Terima kasih wahai orang tua.
Aku pasti, kalau orang Malaysia yang pak beca ni bawa, mesti kena ketuk duit kaw-kaw punya. No mercy. Mungkin lain kali di lain waktu, teknik ini akan diguna pakai tanpa ragu-ragu. HAHA!

Aku bukan nya malu mengaku anak Malaysia, cuma di negara ini yang penuh dengan orang pelbagai ragam, tidak jelas tujuan hidupnya selain dari mahu mencari keganasan dan kesalahan dengan negara jiran yang lain, diri sendiri kenalah pandai-pandai hidup bukan?

Lain kali, aku ingat nak jadi mamat orang putih aja lah. Sebab ramai orang cakap, muka aku dah nak seiras dengan Zack Efron. 99% sama. Muka bersih, suci dan jambu. Aku serius okay. Apa sengih-sengih?


Aku cepat-cepat bayar dan berjalan pergi. Sempat toleh tengok muka pak beca tadi. Muka beliau seperti cukup puas. Mungkin puas kerana seronok mencaci-maki Malaysia di depan 'orang Singapura'.

"Terime kasih yee.. teng kiu (sambil cuba cakap loghat omputih) " ucap pak beca.

Aku cuma menjawab.

"You are welcome..you suck ass bastard " sambil senyum sinis.

Pak beca membalas senyuman, mungkin beliau sekarang sudah suka sama 'orang Singapura', peramah, tak macam orang Malaysia. Kamu-kamu lah! kamu orang Malaysia kan? oh, saya?

Saye bukan orang Malaysie ler, saye orang Singapure. 

16 October 2010

Rozmey oh Rozmey


Abang Rozmey, saya memang hard fan abang. Betul tak tipuu. Abang sekarang sudah jadi idola saya tau. Habis dinding satu bilik tidur ni saya tampal gambar abang. Bangun pagi gosok gigi, semangat motivasi saya terus mencanak naik  bila tengok gambar abang. Tapi..

Kenapa ramai tak suka kat abang? Saya pun tak faham, apa yang mereka nak?
Ada orang cakap, mereka benci dan menyampah tengok rambut abang. Betul kah?

"..aku pening dgn gaya rambut DDR (Datuk dr Rozmey), adakah beliau mahu buat rambut macam the Beatles ataupun Sailormoon? rambut belakang beliau tu kalau buat pigtail, comel koott. "

Abang abang, baru saya teringat, kan abang cakap abang nak buat filem kan?  Saya sampai sekarang setia tunggu filem abang tu tau. 2 Alam yang abang target pecah panggung 40 billion orang. Fuh.. memang meletop la abang Rozmey oooii. Saya nak tanya, filem tu pasal apa? pasal jual-jual obat? pasal rambut-rambut? ataupun pasal duit-duit? 

Saya doakan filem abang tu nanti tercalon dalam Festival Filem Malaysia. Sebab saya rasa yakin yang filem abang tu lebih baik dari filem Papadom, Setem, Cicakman 1 dan Cicakman 2. Itu filem semua mengarut, abang punya lah yang baru taraf internasional.
Go! go! go!





Lagi satu kan, saya memang berkenan sangat dengan tema fesyen yang abang cuba bawa. Menonjol, kemas, nampak kacak bergaya. Ada ke patut, ada orang cakap abang ni macam badut sarkas, nampak "sarcastic", punya masalah dalaman penampilan diri dan sakit mental. Ada orang cakap macam pukimak pun ada juga. Ish ish ish.. kesian abang kan.

Abang Rozmey, saya baru aja join fan group abang kat fesbuk. So lepas ni, boleh lah hari-hari updated pasal cerita-cerita abang. Suka! suka!






"saya sudah berjaya sekarang, anda bila lagi?"



Peace yawww! hihi

14 October 2010

Cukup pedas? Tambah lagi.



Persahabatan. 

Aku terkenangkan kawan baik aku semasa aku kecil dahulu. Iwan, walaupun namanya mirip nama panggilan penyanyi dangdut,dia adalah antara manusia  terawal yang sanggup berkawan dengan penulis yang hensem ini. Walaupun menyedari dirinya tidak cukup kacak untuk berkawan dengan penulis yang kacak, dia memberanikan dirinya.

Tidak ramai yang sebegitu. Aku kagum. Aku dan Iwan bersekolah di tempat yang sama dari darjah satu. Tapi, berlainan kelas. Masa bersekolah dan remaja aku banyak di habiskan bersama dia. Bola sepak, guli, bola tekan, kad judi, main tikam. Aku tetap juara dalam semua permainan itu.(maaf Iwan, aku suda exaggerated sedikit). Keluarganya juga aku anggap seperti keluarga aku sendiri. Ibunya yang suka memekak sambil memegang mikrofon sebesar botol air….

sering menggunakan alasan latihan menyanyi untuk melalak tak tentu pasal.
katanya sedang berusaha sedaya upaya untuk menjadi popular. Hendak mencuba nasib di RTM katanya. Maklumlah tiada Idol semalaya atau Akademi Fantasia pada masa itu, jika tidak mahu aje berduet dengan M Daud Kilau atau A Rahman. Mungkin nasib Mawi tidak sebegini.

Cuba kau lihat lelaki-lelaki yang berkumpul sesama kawan. Baik yang muda atau yang dah melepasi umur pencen. Duduk berbual kosong sehinggalah punggung terasa panas. Meninggalkan keselesaan di rumah. Sanggup melepak dengan kawan-kawan di kedai mamak. Hanya untuk bertemu kawan.


Tidak kira samada kawan-kawan mereka berstatus atau tidak. Ada saja masalah, kawanlah tempat pertama untuk mengadu. Yang penting mereka berseronok apabila dapat berkumpul bersama kawan-kawan. Memang benar kata-kata seorang kawan saya ‘friends for life, nigga’. Walaupun agak keterlaluan dengan mencuba gaya lelaki kulit hitam amerika, kata-katanya membuatkan saya terfikir. Hanya kata-katanya adalah realiti, orangnya entah kemana.

Lain pula hal bagi kaum hawa. Mereka biasanya akan melupakan terus kawan-kawan lama mereka sejurus selepas mendapat kawan baru yang lebih berstatus dari kawan lama mereka. Status amat penting pada mereka. Kerana itulah perempuan amat gemar menceritakan status lelaki mereka kepada orang ramai. Jumlah rantai emas di tangan, wang berkepul-kepul dalam poket, itu dan ini.

Dari segi bilangan kawan juga perempuan tewas. Perempuan amat-amat memilih dalam hal untuk menentukan siapa yang layak menjadi kawan mereka. Status, kecantikan, wang dan barulah aspek keserasian menjadi checklist mereka untuk memilih kawan. Gang Pussycat Doll, gang mama hot, dan lain-lain. Akibat dari sikap ini, kuasa untuk me’reject menjadi berleluasa. Pernah kamu dengar lelaki me’reject lelaki yg lain? (aku tidak dapat mencari perkataan melayu yang sesuai untuk reject..maaf) Dashyat sungguh
perempuan. 



Perempuan juga tidak ramai yang setia dalam persahabatan dan biasanya jika memutuskan persahabatan, peluang untuk kembali berkawan adalah amat tipis. Jika mereka marahkan lelaki? Mereka akan baling kasut mereka atau simbah asid.


Pernah dengar lelaki baling kasut atau simbah asid? Aaah,,mengarut sungguh cerita macam tu. Bohong belaka bukan?



p/s: perkataan me’reject antara lelaki dan lelaki lebih
bermaksud memulaukan/mengetepikan.