08 November 2010

Biarkan mereka bernafas.

Ingatlah kamu-kamu semua bahawa anak adalah kurniaan Tuhan. Kamu tidak ada kuasa dalam hal ini. Yang kamu main siang malam itu adalah kerana kamu memang kaki main. Jangan tipu, aku dengan mengatakan yang ini adalah usaha.

Ini satu lagi masalah orang kita. Asal sudah bernikah saja mesti tak sabar-sabar mahu anak. Macamlah anak itu dia yang buat. Apa kamu ingat automatik kah dapat anak bila dah berkahwin. Senang sahaja dijawab bila ditanya,

" kalau dah kahwin tu tunggu apa lagi, bila nak buat anaknya.."

adakah ini tanda-tanda ketidakcukupan tamadun atau tanda kurang faham makna perkahwinan atau memandang anak itu sebagai suatu produk hasil perkahwinan semata-mata.

Kepada kaum lelaki, anak adalah lambang kepada cukupnya sifat kelakian mereka dan pada perempuan ianya adalah lambang cinta mereka kepada suami dan anak secara generalisasinya adalah lambang kesuburan bagi kedua-dua sepasang suami isteri . Ada juga yang menyatakan anak adalah lambang ikatan kasih sayang suami dan isteri. Ataupun, anak adalah senjata keselamatan. Fikirkan, kalau tak ada anak amat cerahlah masa depan untuk diceraikan atau pun dimadukan.

Orang-orang tua terutamanya pula, asalkan dapat menantu sahaja terus tanya bila nak beranak. Itulah sebabnya ramai anak-anak muda mengandung sebelum bernikah. Hanya untuk menggembirakan ibu bapa mereka. Mereka menjadi keliru-keliran. Malu pula bila anak belum nikah lagi dah mengandung. Tak ke pening budak-budak muda sekarang. Sekejap nak cucu, bila dapat cucu, malu pula. Kasihan.

gambar hiasan.

Memang benar, anak adalah penyeri rumahtangga. Anak juga kepada sesetengah orang merupakan ubat kepada kepenatan seharian berkerja. Tetapi dalam kehidupan kotemporari sekarang berapa jam masa yang dikhususkan untuk mereka. Pagi mereka di hantar ke sekolah. Petangnya pula ke kelas agama (itupun kalau yang masih beragama lagi lah) dan malamnya pula ke kelas tuisyen. Begitulah rutin seharian.

Semua aktiviti anak itu bukan untuk anak-anak tetapi untuk ibubapa. Jika anak-anak cemerlang dalam pelajaran dan mendapat anugerah pada hari sambutan disekolah, maka hari itulah ibubapa akan berpakaian paling anggun dan segak dan duduk di barisan paling depan dalam dewan untuk tujuan mengambil gambar anak mereka sambil menayang kamera digital terbaru mereka. Jangan cuba nak tipu, aku tahu muslihat kamu semua.

Pelajaran sekolah menjadi amat penting sekali, bukan untuk anak-anak saja. Cuba tengok masa dekat-dekat peperiksaan, ibubapa lah orang yang paling sibuk. Jika diadakan sembahyang hajat untuk lulus periksa, penuh masjid. walaupun untuk peperiksaan akhir darjah lima sekalipun. Untuk pengetahuan ibubapa serta orang ramai sekalian, kalau tak lulus darjah lima, anak-anak kalian tidak akan dihukum sula oleh kerajaan Malaysia. Sumpah!

Menteri Pendidikan belum lagi meluluskan undang-undang sedemikian.

Aku rasa, tidak lama lagi rakyat kita akan menjadi kronik seperti rakyat Korea atau Jepun dimana akan wujud ibubapa yang akan membunuh anak sendiri atau membunuh diri sendiri apabila anak mereka gagal didalam peperiksaan. Sekarang ini pun telah ada pelajar di negara kita yang membunuh diri kerana tidak cukup bilangan A dalam peperiksaan. Belum gagal lagi sudah terjun bangunan.

Kasihan sama budak-budak kecil semua. Cuba beri mereka peluang untuk menjadi kanak-kanak. Beri mereka ruang untuk hidup tanpa perlu menjadi kebanggaan keluarga. Sampai masanya nanti tahulah mereka untuk membina hidup mereka sendiri. Mereka bukannya anak orang utan. Mereka ada otak. Macam kamu-kamu semua. Kamu dulu pun bukannya pandai sangat.

Setakat pandai sekolah bukannya pandai segala-galanya.

7 comments:

  1. err, apsal tiba2?
    ps : baru aku perasan tu gambar Izzy rite? hahaha

    ReplyDelete
  2. nak orgasm ni nak orgasm ni!

    ah~

    ReplyDelete
  3. juice; tiba2 apa? HAHA. yup, itu izey. :)

    ayap; tahan weyh! tahan! kau tewas terlalu cepat.

    ReplyDelete
  4. aishh.. masalahnya,
    mak kena tetak ngan kapak de!

    gile, syok buat anak lagi..

    ReplyDelete
  5. ooh..kalau yang itu, anak yang mental emosi. si tanggang betul. bukan salah ibu yang mengandung

    ReplyDelete

terangsang?