26 January 2011

Guru Sami.

Macam mana you nak tahu yang you sudah hebat memandu kereta? Senang je. Kalau driving instructor you sedang tidur sewaktu you memandu, maksudnya you sudah hebat. Yeah. Syabas!

Ini cerita tahun 2008 punya.

Dulu, masa 1st time mahu ambil lesen, ramai orang jalanan (motorists) marah dengan i sebab drive slow. Tetapi diaorang harus maafkan i sebab i hanya student driver.

Guru Sami, driving instructor i, selalu mengulangi point yang sama dua kali. Macam kalau i lupa nak pasang signal;

" You kena pasang signal, dik, bila nak tukar lane. "

" Okay2. Sorry2. "

" Kalau nak tukar lane, dik, you kena pasang signal. "

" Sorry2. Okay2. "

i boleh bayangkan kalau dia order nasi lemak;

" Itu sambal, kak, kasi lebih. Kasi lebih, kak, itu sambal. Kasi lebih itu sambal, kak. Kak, itu sambal kasi lebih. Lebih kasi sambal itu, kak."

Guru Sami bagaikan Yoda versi tinggi, middle-age dan buncit. Ya, dia tinggi tetapi dia sangat sensitif dan mungkin nerd di kalangan driving instructors sebab ramai instructors lain malas nak layan dia. Sekolah memandu ni macam sekolah biasa jugak. Semua orang ada geng sendiri. Semua orang, kecuali Guru Sami.

Mungkin sebab dia selalu ulang point yang sama banyak kali orang malas nak layan dia kot. Cuba bayangkan kalau dia jumpa kawan dia;

" Hei, Mat! You apa khabar? "

" Sami! Saya.."

" Hei, you apa khabar, Mat? "

" Saya.."

" Apa khabar you, Mat. Hei! "

" .... "

Itulah dia, lifestyle Guru Sami the Driving Instructor. Memiliki kerja yang paling bosan dan stressful tetapi masih buncit dan gembira ( i tak tau la dia gembira ke tak) dan i hormat dia sebab bagi i, dia still awesome..macam i.

i nak tido. Goodnight. Chow.

Chow. Goodnight. i nak tido.

24 January 2011

Lisa Surihani gedik manja.



" Tengok TV sorang-sorang ye abang? " soal isteri i ( Lisa Surihani ) dengan manja sambil keluar dari bilik tidur.
" Ha'ah." balas i. Mata masih fokus ke arah tv.

" Cerita apa tu? " Lisa Surihani mula duduk di sebelah i. Tangan mengusap-ngusap perutnya.
" Cerita apa ntah. i main tengok je ni.."  balas i dengan ringkas.

" Abang...tengok la perut ayang niii..." rayu manja Lisa Surihani. i pun segera berpaling.
" Eh eh eh...apa ni? Napa perut macam ni? " i terkejut beruk.

" Laa, fayadh da lupa? ayang kan dah 8 bulan mengandung. Apa la abang ni! " Lisa Surihani mula muncungkan bibirnya. Comel.

Sepi. Hanya bunyi tv kedengaran.

" Abang..serius la sikit." Lisa Surihani masih muncungkan bibir.
" Ayang..buang bantal dalam baju tu, jangan nak buat benda pelik-pelik. Terkejut abang tadi tau.." i mengomel sambil mata still melekat di tv.

" Tapi..ayang nak perut macam ni." Lisa Surihani mula merengek-rengek sambil menepek di bahu i. Manja.
" Ye lah ye lahhhhh......dah..buang bantal tu." balas i sambil terus menutup tv





"Auuuuwwwww!!!" jeritan manja isteri i (Lisa Surihani) sayup-sayup  kedengaran dari dalam rumah.

p/s: Malam itu, Pak mat jiran sebelah tak nyenyak tidur, 'nyamuk' bising sangat katanya.

22 January 2011

Kelakar lah sangat.

" You drive cepat skit please, i nak tengok news. i selalu miss news kat tv "

" Damn nigga, newspaper kan ada? and sejak bila you buang tebiat tengok news ni? "

" Newspaper lain, berita dia lain. Eh i memang selalu tengok news okay. Kita perlu tahu berita terbaru di Asia dan dunia "

" Ish yela,, fineee ".

Tiba sahaja di rumah, kawan i rushing ke TV. Kami terlewat sedikit. News tu sudah pun start 5 minit yang lalu.

Tiba tiba kelihatan kelibat Dom dan Marion Caunter.



******
Tak kelakar okay kalau you suruh i rush sebab nak tengok E! News.

Seriously, tak kelakar.

20 January 2011

Eavesdropping.

Sementara tunggu kawan yang janji nya pukul 11.00 pagi padahal sudah pukul 11.10 pagi, i lepak dekat kedai mamak. i duduk termenung sorang-sorang sambil minum air oren.

Tiba-tiba ada dua orang perempuan ni datang dan duduk satu bench dengan i. Mereka mungkin dalam usia 20-an. Sorang pakai  tudung macam Yuna dan sorang lagi free hair. Agak vogue. Mereka bersembang dengan agak kuat. Biasalah perempuan, volume susah sikit nak slow. Bingit.

Perempuan 1: Engkau tau tak, semalam aku teman Miera (unknown, erti; anu) pergi beli jam untuk balak dia.
Perempuan 2: Ye ke? Mesti mahal kan? Miera kan loaded.
Perempuan 1: Jam Swatch ori kot! Tapi kau tau la balak dia macam mana kan?
Perempuan 2: Tau la. Macam badak sumbu! Ha ha ha!
Perempuan 1: Tu la pasal, aku cakap la dekat Miera, 'Miera, kau beli tali pinggang, lepas tu kau ikat kan dengan jam dinding, baru muat untuk balak kau!'
Perempuan 1 & Perempuan 2: Ha ha ha!
Fayadh : Ha ha ha!

Terdiam seketika. Sunyi sepi. Mereka pandang kat i. i cepat cepat bangun dan blah pergi tandas. Air oren terpaksa ditinggalkan. Arghh,, kenapa lah i boleh ter-join gelak sekali! Demmit! Benci benci benci!

17 January 2011

Buai laju-laju.

HAHAHAHHAHAHHHAHAHAHHAHAHAAHAHAHAHAHAHHHAHA!!!!


sumber dari  Nanobooru

16 January 2011

Brader tiket bas yang celaka.

i tiba di Penang Sentral. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari. i kena cepat cepat naik bus Rapid Penang untuk sampai ke Kepala Batas. Hajat hati mahu jumpa awek disana, biasalah bukan selalu dapat berjumpa. Turun je dari platform bas, i cepat-cepat cari jalan keluar. i lajukan langkah.

Ada amoi cantik berdada gebu tengah lepak depan bas, i buat tak tahu. Ada makcik offer kerepek ubi pedas suruh i beli, i buat tak tahu. Ada budak minta sedekah, i balas dengan senyuman. Senyum dikira sedekah juga.

i pilih jalan keluar menuju ke arah kedai makan persis medan selera seberang jalan sana. Ala, yang lalu depan kaunter jualan tiket bas banyak banyak tuh. Kat situ memang ramai penjual tiket bas tengah tunggu. i tak hairan sebab i baru je sampai. Buat apa nak beli tiket bas lagi? Lagipun, mana ada orang nak naik bus rapid kena beli tiket kat kaunter bukan?

i redah je laluan tu untuk keluar. Orang ramai jugak. Tiba-tiba ada sorang brader jual tiket bas ekspress datang dekat i slow-slow. Mungkin jual tiket bas ke Johor rasanya.

" Nak pegi mana bang?"
" Tak apa." i balas sambil buat gaya tangan menolak.

" Nak pegi mana bang?" sekali lagi beliau bertanya.
" Tak apa. Saya baru sampai Penang ni." i balas dengan harapan dia akan faham.

" Takpe..takpe...saya nak tau je. Abang nak pegi mana?" balas dia. Degil yarabbi.
" Tak apa." i buat gaya tangan menolak. i terus berjalan. Dia masih ikut di sebelah. Rimas.

" Abang nak pegi mana? Cakap je. Saya nak tau." dia desak i.
Dalam hati i berkata, apa ke bodoh mamat nih tak faham bahasa, tak kan nak suruh gua speaking mandarin pulak.
" Saya nak pergi Kepala Batas." i balas sambil berjalan.

Brader tadi diam membisu seketika, tengok i dengan muka minta pelempang.


Tiba-tiba


" Mana ada ada tiket pergi Kepala Batas!! " dia jerit pada i dengan pitching tinggi.

Semua orang sekitar pandang-pandang, seperti mahu melihat apa yang telah terjadi. Brader tersebut terus berambus dengan muka puas hati. Kalau ikut naluri, memang nak aja i bagi beliau makan tayar bas. Dah la tak kacak macam i. Stupid macam lembu pulak tu.




Kalau i la Mona Fendley, dah lama i kerat 14 badan brader tersebut. Tak tipu.

10 January 2011

Asmaradana.

Duit sholarship sudah masuk. i dan sorang kawan lagi bergegas ke ATM CIMB yang berdekatan dengan melakukan teknik rempitan secara sopan, stail macam mat rempit dalam KL Menjerit, tapi tak ganas la.

Masa rempit tu da pikir macam-macam da. Nak beli baju band music lah, beli itu, beli ini, nak makan tu makan ni, kira memang dah tak sabar-sabar dah.

Elok sampai, tengok ada 2 orang sedang terkial-kial depan skrin ATM tu, lelaki dan perempuan. i syak mereka couple, dan pada masa yang sama tiba-tiba ramai pula orang yang datang, kiranya barisan tadi jadi panjang la. Ada la dekat 6 hingga 7 orang. Kalau barisan dah panjang, secara automatik kita kena lah cepat-cepat berurusan dengan mesin ATM tersebut. Ye tak? Tak kan itu pun nak kena ajar. Common sense la.

Sedang i menunggu, kelihatan pasangan tadi sangat mesra di hadapan mesin ATM, siap bincang-bincang lagi berapa nilai duit yang nak dikeluarkan. Tak apalah, i boleh sabar lagi.

Tiba-tiba mereka buat aksi paling gampang yang i boleh ingat dengan jelas sampai hari ni.

"  CAK!....ha....nampak tak ....nampak tak....." ujar si jantan tadi kepada makwenya sambil menutup mata makwenya dari belakang dengan penuh mesra, dan makwenya tadi pula tergedik-gedik seronok sambil marah-marah manja sebab tak dapat lihat skrin ATM dengan jelas.

" Apa ke lancau beromen depan ATM nih? " dalam hati i.

 Macam setan!

09 January 2011

Otak susu.

Membaca " You are what you eat " di sebuah majalah.

Otak i rancak berbincang sesama sendiri.

Kalau banyak makan gula-gula, you akan jadi manis mulut;
Kalau banyak makan garam, you akan serba tahu dalam kehidupan;
Kalau banyak makan rasuah, confirm you akan dicampak ke dalam neraka, kecualilah you sempat taubat nasuha sebelum mati, kan?

Hmm..kalau you banyak minum susu? Nanti akan bertambah lah you punya susu? Wow! HAHHAHAAHA! Err okay, tak lawak.

" i suka makan otak-otak, tapi i still juga bodoh "

" A ah, memang betul you ni bodoh "

" Ah gittew.. "


* Konflik dalaman *

05 January 2011

Emosional.

Tahun baru. i inginkan kelainan. Blog pun sebegitu jua. Ia juga memerlukan pembaharuan. Dahulu, tahun 2008, bila awal-awal mengenali dunia blog ini, satu sahaja cita-cita i ketika itu. Mahu beritahu kepada semua awek-awek, yang i ada blog sendiri. Secara automatis, i akan dipandang sebagai jantan yang cool, macho dan bergaya. Saham pun naik melambung. Ya, itu zaman dahulu.

So i terus surf internet. Kononnya mahu mencari idea. Awal-awal dahulu, mahu tulis pasal diri dan kehidupan seharian. Tapi, terasa amatlah bebal bila terbaca penulisan seperti diari orang lain. Kentut berapa kali pun hendak diperdebatkan. Berapa lelaki yang jatuh cinta dengan diri pun hendak dibanggakan. Cinta cintun, sayang, rindu, sedih, romen, nangis, jiwa kacau, bunga-bunga sikit, comel-comel la. Pundek la aii.

Lepas tuh, terfikir untuk menulis isu-isu semasa yang terhangat di pasaran. Politik, artis kongkek sana sini, kaum suka berpiket, duit korup, semua i belasah. i suka. Tapi lama kelamaan menjadi bosan. Bosan kerana menulis sebegitu sahaja. Sepesen.

Hendak menulis pasal muzik pula tidaklah searif mana. Lagipun dah cukup bersepah-sepah orang tulis pasal muzik mereka. Bajet semua muzik yang mereka dengar adalah paling ' in thing ' la. Terasa unik mungkin? Pendek kata mereka pun pundek juga.

Pasal makanan? Resepi? Masakan? i hanya tahu makan makanan sahaja. Menulis tentang makanan adalah jauh panggang dari api.

Hmmmm.. menulis puisi sajak? memang tiada dalam perancangan. Sebab i memang tak reti. Sumpah. Kalau hendak tunjuk pada dunia yang i ini romantik jinjang, puisi sajak cinta cintan bukan pilihan i, i ada cara lain. Hanya kepada kekasih hati. Dan, bukan di blog. Err okay fine, dulu ada la sikit. Ah, lupakan! HAHA

Lama-lama, i dah malas nak pikir pasal konsep blog. Lepas ni i nak tulis apa sahaja, selagi tak melanggar undang-undang manusia dan paling penting, undang-undang i punya tuhan sendiri. i nak tulis isu-isu berat pun bukan ade faedah pun. Bukan ada siapa pun yang peduli. Ye tak?

Sekarang. Semakin melarat, semakin malas. Macam entri ini. Main tulis saja. Tanpa draft di kepala. Biarkan saja jari menekan merayap keyboard. Suka i lah kan. Kalau you nak tulis pasal cinta you, i pun boleh tulis. Kalu you nak tulis pasal you manusia paling cool dan paling hip dlm dunia, i pun takkan segan silu menulis sebegitu jua. Lepas ni i nak tulis pasal sume bende yang i sebut tadi..


SUKE HATI LA WEYYYYYY!!!!!!!

Yeay..dah siap satu post.



p/s: maaf, i bukan emo. i cuma pressure sebab motor i kena sagat masa parking tadi. Babi betul lah.

04 January 2011

Iblis laknatullah

i nampak seorang awek cun. Memang sumpah cun gila babi. Dia datang menghampiri i.

Masa tu i ada di tepi sebuah bangunan. Bangunan di tepi air terjun. Memang cantik. Pemandangannya memang lawa lah. i berbual mesra dengannya dan dia juga sangat mesra dengan i, saling berbalas senyuman. Manja. Dilatari dengan pemandangan yang cantik, suasana sungguh romantis sekali.


Sedang asyik memadu kejora asmara, tiba-tiba air terjun melimpah. Banjir besar berlaku. Kami panik. i lantas menyelamatkannya dari lemas. Akhirnya i berjaya. Syukur Alhamdulilah. i cepat-cepat membawanya menuju ke tebing sungai. Dia memeluk i dengan erat, sangat erat.

" Fayadh, you jangan lepaskan i please, mahu you disamping i, takut.. "

" Baiklah baby, untuk you, i akan selalu berada disisi. i janji. :-) "

Mulutnya menghampiri mulut i perlahan-lahan. Hampir bercium. Jantung i berdebar kencang, sangat kencang seperti genderang mahu perang.

Tiba-tiba badan awek tersebut kembang jadi belon yang besar gila.

Celaka. Terus mati selera nak bercium.







Serius, i tak suka iblis memperkotak-katikkan perasaan i dalam mimpi-mimpi macam ini. i terasa seperti dipermainkan.

Jahat! Jahat! Jahat!

Benci tau.

03 January 2011

Tagged by Rizqi.


UCAPAN ANDA :

Terima kasih Rizqi kerana menge-tag. Terharu okay, sebab dah lama takda orang nak main tag-tag dengan i tau. Benci. Oh ya, kepada gadis-gadis diluar sana yang rasa dirinya comel. Baik you all cepat ambil pen, kertas dan catat. Kalau ada apa apa yang terkait sila tanpa malu contact i okay? So here it goes..

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN UNTUK DIJADIKAN ISTERI :

1. Solehah, pakai tudung, tutup apa yang sepatutnya ditutup dan tiada nak sexy-sexy tak tentu hala, bukan jenis yang letak pics daring-daring dalam fesbuk nampak segalanya.

2. Hmm..i nak perempuan yang bodyshape macam Olivia Wilde, bibir macam Angelina Jolie, mata macam Miranda Kerr, notty macam Lisa Surihani.

3. Okay, yang no.2 i tipu aja, i nak yang comel macam Izlaiza Afifah. :)

4. Baik, lemah lembut tak sombong.

5. Garang. Sebab bila ada wife yang garang seperti singa ataupun naga, baru ada life sikit dalam rumah tangga. Jangan risau, senang je i nak handle. hehe

6. Berterus - terang. contoh; " Fayadh,, ayang sunyi la. i nak baby. please..gimme..gimme..gimme.." You all boleh faham? bagus.

7. At least boleh memasak telur goreng dan nasi. Kalau malas sangat nak masak, takpe, i boleh belikan 1 restoran lepas tuh pindahkan betul-betul depan rumah, agak-agak lapar, order saja ikut tingkap. Apa ada hal ? i kan orang kaya.

8. i mahu kan isteri yang dapat manjakan i siang dan malam di mana sahaja. Aauuwww

9. i berharap dapat isteri yang rela hati tanpa paksaan beri permission untuk i berpoligami. Bukan satu, dua atau tiga. Tapi empat. Aha! ramai isteri baru hidup meriah sikit ye tak?

10. No.9 diatas confirm tak dapat, mana ada perempuan mahu berkongsi madu? i tau lah, sebab i kan jiwa gadis. Jangan risau isteriku, suami mu seorang yang setia pada yang satu. wink* wink*

1 TIPS UTK KEKALKAN HUBUNGAN DGN PASANGAN :
  
"..Meskipun hubungan anda telah lama, anda masih perlu menghargai dan menghayati hubungan anda seperti baru bermula. Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai. I Love You.. jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya saban hari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dahulu mengucapkannya.." - Ikmal Fayadh @ Romeo.


PERNAH JUMPA DOA PENDEKAT JODOH OR PUTUS CINTA :

Ooh..erm i guna ubat guna-guna from bomoh siam aja. Simple.

10 ORG BERTUAH : 

i tag semua orang!


p/s: Kepada perempuan sila tukar "wanita" kepada "lelaki". Kecuali lah kalau you memang jenis lesbian tegar, itu lain cerita.

02 January 2011

Pak Ngah ku sayang.

Setelah di pujuk dengan cara yang sangat keji (reverse psychology) oleh mak i sendiri, i telah bersetuju untuk mengikut i punya uncle ( Pak Ngah) pergi ke wedding cousinnya yang sudah berpuluh tahun dia tak jumpa.

Berpandukan memori zaman dahulu, uncle i ingat-ingat lupa rumah cousinnya. Bajet power sampai kad undangan pun dia tak bawak. Mana lah tahu, agak sesat boleh refer plan rumah pengantin. 

Sampai sahaja di Parit Buntar, kami nampak ada satu wedding dan terus masuk.

Masuk masuk, nampak sayup samar-samar dalam rumah, pengantin sudah berada di jinjang pelamin sedang dimandikan air mawar yang sememangnya i yakin tak bau macam mawar langsung dan mereka dicampakkan sampah sarap daun-daun apa entah, untuk berkat dengan lagu Selamat Pengantin Baru berkumandang di background nya.

" Eh, lepas makan lah baru kita jumpa pengantin, macam ramai sangat aja orang sekarang. " ujar Pak Ngah.

" Okay boss. " i layankan aja sambil angguk kepala tanda setuju.

Seperti guests guests lain, kami pun terus duduk dan makan. Menu nasi beriani beb! meleleh.

Sedang enak menjamu selera, seorang pak cik tua yang mukanya ala ala Homer Simpson datang dan approach kami.

" Encik ni dari mana? " tanya pak cik tu dengan nada seperti ingin mengorat i punya uncle.

" Oh kami dari Teluk Intan, Perak ni. dekat aja.. " jawab Pak Ngah, macho konon jual mahal. macam gampang.

" Oh, encik ni belah pengantin mana? "

" Belah laki "

" Oh belah Aswad la ye?, lama tak jumpa sampai saya pun terlupa tak cam dah encik. Encik ni anak Kak Milah ka? "

Uncle i tiba-tiba berhenti makan. Dia toleh pandang i dengan slow motion, i pun macam; apahal lu ni mat? termakan cengkih ka? Pastu uncle i senyum comel.

" Ye pak cik " dia jawab ringkas dan senyum.

" Oh, Kak Milah mana? dengaq pun macam dah tak sihat aja "

" Eh, Apo pulak tak sihat. Kejap lagi sampai lah tu.. jalan jammed kot. "

" Oh la ye ke. Okay Okay. Eh jemputlah makan, buat macam rumah sendiri. Saya masuk dulu ye.."


*****

" Pak ngah, nama nenek bukan Sumiah binti Nasir ke? " i tanya sambil berbisik.

" A ah, mungkin your uncles and aunties yang lain panggil dia Milah, mungkin nama glamour? " jawab uncle.

dia buat phone call dan kami terus berangkat pulang.

*****

Wedding cousin Pak Ngah itu adalah sebenarnya keesokan hari. Wedding yang kami pergi tu adalah wedding jirannya. Taman perumahan sudah betul, rumah sahaja yang tersasar. Uncle i boleh pula buat muka tak berdosa.

i rasa uncle i ni totally stoned lah. you all rasa tak?

sumpah stress okay.